"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, Ogos 13, 2012

Empayar Islam 1498-1590 ا لإ سلام بنوا سيم كداه

Portugis tidak pernah menjajah Empayar Islam Benua Siam Kedah.

PERINTAH dan ADAT (Undang-undang) ini supaya tetap tidak berubah-ubah, sambung menyambung sehingga zaman Sultan Rijaludin (1424 - Parameswara @ Pangeran @ Pembesar Melaka bukannya Hindu, yang semayam di NAKA (NAGA) UUK MS14) ibni Saidina Ali Wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Johan Syah, 1388-1395 yang bergelar Johan (جوهن HN جو Jo Hn) ظل الله في العالم ادم ا لله تعل Zilullahu Fil'alam Adamallahu Taala (Berdaulat DiDunia Adam dibawah takluk Tuhan Allah Taala) di Melaka UUK MS87, sehingga Sultan Mahmud Syah Melaka 1650 (UUK MS98) yang mengarahkan Portugis yang memang hormat kepada kerajaan Islam Siam Kedah di Melaka sejak mula lagi untuk ber-Prang Besar dengan Kompani Belanda 1641 Masehi (nama dan sejarah Prang Besar pun dah hilang timbul Putrajaya), sehingga Sultan Muhiyudin Mansor Syah Kota Palas Langkawi 1757/58 Masehi (ini adalah zaman Raja Ali Haji melanjutkan perang ke atas Belanda di Melaka, dan pada tahun 1784 masehi ketika Syarif Syah berundur dari Ligor ke Istana Kota Mengkuang Kedah akibat ditekan hebat oleh Thai Buddha di sebelah Utara, Raja Ali Haji pula terkorban syahid di Teluk Ketapang Melaka. Angkatan Tunku Long Putera Perdana Menteri Siam Kedah Malaka dizaman Musuh Bisik juga adalah terdiri daripada orang-orang Bugis -- "Pulau Penyengat Connection" -- adinda Tunku Long Putera iaitu Tunku Anjang Johan Raja Ranong @ Rundung adalah bapa mertua kepada Sultan Ibrahim Bugis Selangor juga adalah Korban Musuh Bisik), sehingga zaman Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ligur - Kota Mengkuang Kedah 1821 Masehi, sehingga zaman Duli Yang DiPertuan Sultan Muzaffar Syah III Perak Berahman Indera Kuning 1824 Masehi, sehingga zaman Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang 1832 masehi, sehingga zaman Sultan Jaafar Muadzam Syah (Long Jaafar) Perak - Kedah, 1876 Masehi, sebelum baginda dibunuh dan UUK dirampas Inggeris dan seterusnya hasil timah dan kekayaan negara ini disedut keluar melalui Singapura buat membiayai perang salib di Eropah sewaktu WW1 dan WW2.

Jika kita lihat, Kepulauan Rempah itu berada di Wilayah Moluku. Dimana sebenarnya realiti kedudukan Kepulauan Melayu yang sebenar?

Kekayaan sebenar bumi Semenanjung ini pada zaman dahulu adalah bijih timah. Dan kerana bijih timah itulah RAJA DAERAH MELAKA PENCURI BIJIH TIMAH itu dihalau keluar dari kawasan Pelabuhan Melaka yang penuh korupsi. Dalam kumpulan pencuri itu pun ada lagi penyamun Raja Mendeliar, ada Si Kitul dan sebagainya yang dok diseru-seru sebagai contoh teladan dalam hal tikam-menikam politik Melayu zaman moden.

"Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat mengkehendaki dia dan kapal lain pun setengah mengkehendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah, dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi niaga dengan timah, tiadalah ramai bandar dan rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah datang dari negeri lain dan daripada jajahan negeri pun.

Maka adapun yang ditegahkan oleh raja daripada membelanjakan dia timah daripada sebidur dan setampang dan sepenjuru dua penjuru ia dua penjuru membeli sireh pinang dan tembakau dan yang dijadikan, itulah ditegahkan oleh raja dan orang bekerja, serta dicanangkan barang siapa daripada ditegah raja itu disulakan tiga hari dalam pasar. Maka cacak sulanya itu tiga tempat dalam pasar....Daripada kerana itulah hal ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan beroleh orang lain kemudiannya..." UUK MS10

Sedangkan realitinya Malaka itu adalah nama lama lagi besar bagi Semenanjung ini. Bukannya kecik cepotet seperti yang kita sangkakan.

Maka adalah satu kepalsuan dalam sejarah Melayu jika dikatakan Portugis datang menjajah Melaka kerana yang diserang itu hanyalah perlabuhan yang kecil sahaja -- berapa buah kapal dan berapa orang pula orang Portugis yang bertenggek dalam kapal benggali itu? Berapa ramai pula benggali yang hitam? Dan perkataan Feringghi itu merujuk kepada kata Farang, gelaran "slang" untuk orang eropah yang datang mencari betina dimana penggunaannya cukup meluas di Thai, Laos dan Indo-Cina.

Dan pada masa yang sama undang-undang syariat masih lagi berjalan diserata empayar ini tanpa ada gangguan sehinggalah Inggeris datang membikin Common Law. 

Dan jika diteliti maka tiada satu tempat pun di Semenanjung ini bertukar nama kepada nama Portugis seperti yang berlaku dilain-lain tempat atau dilain-lain benua yang dikatakan terjajah dek Portugis. Brazil contohnya dijajah Portugis pada tahun 1500 masehi dan hari ini menjadi "the largest Portuguese-speaking country in the world".

Tunggul masih digelar tunggul dalam Undang-undang Kedah dan tidak disadur perkataan Portugis, bandeira seperti yang dilakukan oleh Melayu pada zaman Inggeris.

Dan khas buat penduduk Rakhine atau Arakan, nama wilayah itu telah pun ada tercatat dalam peta Portugis diatas, maka sudah ada fakta untuk menafikan yang mereka ini kaum pendatang seperti yang dituduh oleh Burma, yang namanya pun belum ada lagi tercatat dalam peta abad ke 15/16 masehi. Perkataan Burma itu sebenarnya bermaksud Pendatang dalam perbendaharaan kata Siam. Sebab itu mereka tukar kepada Myanmar. (kalau depa larat tepih hat nih)

Ciri-ciri penutupan sejarah atas alasan yang tidak munasabah;

"Salah satu usaha diplomatik beliau adalah mengadakan perundingan kerajaan Siam selepas penawanan Melaka. Malangnya duta Albuquerque iaitu Duarte Fernandez ialah seorang rakyat biasa. Tentulah tidak bermaruah untuk mengaku bahawa kekurangan kakitangan yang mahir menjadikan bapanya terpaksa menghantar "homem de baixa sorte" dalam urusan yang begitu penting. Oleh itu dalam edisi kedua, butiran ini lenyap." Albuquerque Caesar Timur, 1995, MS81, Universiti Malaya.

*Alfonso Albuquerque hanya tunjuk "terrer" ataupun "cakap lawa" dalam kisahnya sebagai Caesar Timur, padahal realitinya tak terrer mana pun.

4 comments:

  1. TERBAIKKK !!! Pencuri itu juga merampas tanah bijih di Pantai Remis Perak milik Kedah dan Kedah turut membuat aduan mengenai tindakan mereka kepada Maharaja Siam. Kenapa kepada Maharaja Siam kalau bukan Maharaja Siam itu Islam dan merupakan pemilik mutlak Benua Siam? Nama Benua Siam disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah dan tidak pernah pun ia di sebut sebagai negeri Siam. Takkan la puak ni tak tahu beza Benua dengan negeri?

    BalasPadam
  2. Tunku Long Putra Datuk Sri Raja Putra adalah cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Boromoraja Ekataat adalah Perdana Menteri Siam Melaka Benua Siam Kedah.

    Kita berasa bersyukur walaupun baginda terbunuh dalam perang Musuh Bisik 1821 namun namanya tetap bersemadi di Putrajaya -- itulah hakikat yang sebenar yang kita terlepas pandang.

    Baginda adalah Perdana Menteri pertama yang menggunakan nama Putra.



    BalasPadam
  3. *bukan cucu tetapi anak saudara baginda Khalifah Syarif daripada adiknya Pumintharaja Nang Che Yam Paduka Bonda yang membawa kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
  4. Tun Dr M, waris Tunku Long Putra Datuk Sri Raja Putra daripada sebelah ibunya Tunku Dayang Tanjung Puteri Kuala Ketil (sumber TNLK) ini jugalah yang mengarahkan UUK dibawa balik ke Malaysia pada tahun 2003 sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.

    (politik UMNO toksah ambil kira, ni citer sejarah)

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger