"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, April 23, 2012

PESAKA JANGAN MASUK CAMPUR

Melihat pada perkembangan glokal mutakhir ini, maka adalah dinasihati supaya PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN (PESAKA)tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian golongan Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung 28 April ini.

Persatuan-persatuan silat yang bersifat kebudayaan hendaklah menahan diri daripada menjadi agen 'politik' dan 'gangsterisma' yang sudah mula dilabelkan oleh masyarakat kepada orang-orang silat di Malaysia.

Penyertaan PESAKA dalam apa jua bentuk aktiviti politik yang menuju sifat keganasan hanya akan memburukkan nama persatuan silat Melayu.

PESAKA dinasihatkan supaya tidak menjadi agen kepada "bukan Melayu" untuk mencaturkan serta mengkudakan ahl-ahlinya yang terdiri daripada orang-orang Melayu untuk bercakar sesama sendiri.

Secara amnya, semua orang-orang Melayu (yang bersih ataupun tidak bersih) yang diarahkan untuk turun dalam perhimpunan besar dalam waktu terdekat ini hendaklah bertanyakan sebab musabab kepada pemimpin-pemimpin secara rasional.

Sebarang pergerakan dan perhimpunan secara besar-besaran oleh PESAKA diwaktu-waktu ini hanya akan memberikan mesej negatif kepada rakyat dan seterusnya menimbulkan rasa benci rakyat kepada pesilat.

Perlu diingat PESAKA tidak punya kad kuasa untuk bertindak sebagai penguatkuasa undang-undang dan sebarang tindakan agresif hanya akan memarakkan lagi api kemusnahan yang sedang ditiup oleh orang-orang politik yang berkepentingan diri.

Oleh itu sekali lagi disarankan agar PESAKA bersifat neutral dan berhati-hati dalam hal ini.

"Menurut Biar Tahu, Mengikut Biar Reti."
23/4/2012

Responses:

KUALA LUMPUR 25 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru para pesilat di seluruh negara yang merupakan barisan pertahanan ketiga negara agar menterjemahkan taat setia mereka melalui sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Beliau percaya para pesilat merupakan golongan yang amat berdisiplin dan menghormati undang-undang negara sekali gus menolak tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap golongan tersebut.

‘‘Malam ini telah membuktikan para pesilat adalah mereka yang mempertahankan undang-undang negara, justeru kenapa pihak lain tidak boleh buat perkara yang sama sedangkan ini adalah sikap kecintaan terhadap negara," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Kejohanan Silat Kebangsaan 2012 yang turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini malam ini.

Pada majlis tersebut, Najib turut merasmikan Perhimpunan Pesilat Seluruh Negara dan Malam Pendekar 2012 yang dihadiri kira-kira 15,000 peserta dari seluruh negara.

Pada majlis tersebut, beliau turut dianugerahkan anugerah tertinggi Laksamana Negara oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang disampaikan oleh Pengerusi Dewan Perguruan Pesaka Malaysia, Tan Sri Omar Din.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kebebasan mutlak tidak boleh diwujudkan tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat dan negara kerana ia akan membawa huru-hara.

‘‘Kita sedia maklum bahawa kita mengamalkan demokrasi berparlimen, kuasa mutlak bukanlah melalui laras senapang dan tidak berada di hujung keris... kuasa mutlak ialah di tangan rakyat... di tangan rakyat kuasa itu... penentuannya adalah sekali dalam empat atau lima tahun dan mestilah diterjemahkan dalam bentuk sokongan melalui peti undi," katanya

Naib Pengerusi DAP bantah himpunan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR 26 April - Seorang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menggemparkan sesi persidangan dewan apabila secara terbuka membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketika bangun membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian beliau terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

“Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang.

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, beliau menjelaskan bantahan itu adalah atas dasar pengalaman peribadinya apabila melihat banyak demonstrasi aman bertukar ganas.

Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

Matlamatnya adalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ini adalah tidak adil," tegasnya.

Beliau kemudiannya menempelak segelintir ahli Parlimen yang akan menyertai demonstrasi itu kerana hanya menggalakkan masyarakat di negara ini melanggar undang-undang.

Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang.

“Ini jelas bertentangan sama sekali," tambahnya. - UTUSAN


DBKL bertegas Dataran Merdeka tidak boleh jadi lokasi perhimpunan haram

KUALA LUMPUR 27 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berganjak dengan pendirian tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 esok.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, keputusan tersebut adalah sejajar dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1992 yang memperuntukkan bahawa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti menunjuk perasaan atau melakukan bantahan.

“Kita konsisten dengan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang atas dasar Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah kepada negara.

Sebelum ini, penganjur seni silat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengemukakan permohonan seumpamanya turut ditolak.

“Begitu juga dengan perhimpunan Bersih 3.0 tidak dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini hari ini. - UTUSAN



Baju T Gerak 2012 Silat juga warna kuning

KOTA BHARU, 28 April: Sama ada dirancang atau satu kebetulan, namun hampir 2,000 peserta pesilat Kelantan menyertai Gerak 2012 Silat memakai kemeja T berwarna kuning.

Cuma bezanya, kemeja T yang mereka pakai bukannya bertulis Bersih 3.0 (Duduk Bantah), sebaliknya Kelantan TMK@2012, simbolik kepada tahun ini sebagai Tahun Melawat Kelantan.

Lebih menarik, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir Bersih 3.0 kerana masalah kesihatan turut memakai kemeja T berkenaan sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’, serentak itu peserta silat bersorak sambil melaungkan takbir.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, sekiranya ingin menegakkan perjuangan Islam, setiap umat perlu mempertahankannya dengan akidah.

Dengan akidah umat Islam mempertahankan kesucian Islam apa lagi setiap kali ianya dilabelkan dengan perkara buruk terhadap agama suci kita.

Begitu juga dengan ilmu mempertahankan diri, untuk menjaga keselamatan diri, perlu mempunyai ilmunya agar tidak mudah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bagaimanapun setiap peserta silat perlu mengikut ajaran Islam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pesilat.

“Kalau boleh setiap kali menunaikan solat khususnya pada program tertentu, solatlah dengan memakai pakaian pesilat sebagai seorang pendekar,” ujarnya.

(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menunaikan solat berimamkan pesilat.)

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana persatuan-persatuan pesilat di negeri itu mengutamakan solat selain tatatertib yang tinggi dan berdisiplin.

Gerak 2012 Silat diadakan sempena Karnival Kebudayaan Kelantan bertempat di Padang Perdana.

Antara pertubuhan yang mengambil bahagian dalam program ini, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Fattani Kelantan.

Selain itu Seni Silat Terlak Asli Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Tiga Kalimah Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Segerak Kelantan dan lain-lain lagi.


Foto Duduk Bantah 23/04/2012
"Duduk Bantah atau Duduk Muhasabbah? - kata seorang Abang.


Kata-kata mereka ada munsabahnya juga walaupun hanya bertahan 7 hari sebelum diangkut DBKL.


Kira-kira pusing kot mana pun yang kaya tetaplah saudagar bank lintah darat bapak yahudi yang menyedut interest daripada para peminjam.


No problem loading, but make sure you got the latest antivirus.


Ideologi is a prism.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger