"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, April 26, 2012

Pelancaran JWJ3 Ringkas Padat

KLANG 25 April- Ekspedisi Jejak Warisan Jawi diteruskan buat kali ke tiga. Pelancaran yang dianjurkan oleh Persatuan Warisan Budaya dan Seni Melayu itu berlangsung secara ringkas dan sederhana di Restoran Semenanjung, Klang, Selangor. Pelancaran itu juga dihadiri oleh peserta-peserta JWJ1-JWJ2 dan juga para jemputan.

Siri JWJ3 akan memulakan episod pertama bermula dengan melawat kepulauan Riau-Lingga pada 25-29 April ini, dan dijangka akan membawa para pesertanya menjejak sejarah Islam, kesultanan, para pahlawanan serta yang paling utamanya menjejaki sejarah para ulamanya. Siri JWJ3 ke kepulauan Nusantara ini akan diikuti sub-siri yang seterusnya sehingga akhir tahun 2012.

Dimajlis yang sama menyaksikan upacara penyerahan tugas daripada Pengarah JWJ2 iaitu Ustaz Zaid Rais kepada Pengarah JWJ3 iaitu En Yusoff Kamarudin. Pengarah JWJ3 yang baru berkata banyak yang perlu dipelajari daripada pengarah JWJ2 dan diharap JWJ3 juga berjaya seperti siri JWJ yang lepas.

Tuan Haji Adnan Mohd Dom selaku peserta veteran JWJ1 dan JWJ2 dalam sumbangan-ucapnya berkata anak-anak muda Melayu mestilah berjiwa besar dan tidak boleh lagi hidup dalam kepompong yang jumud.  Anak-anak Melayu haruslah keluar dan bersikap global. Beliau menjadikan Panglima Awang sebagai contoh orang Melayu yang berjiwa besar sehingga menjadi orang Melayu pertama mengelilingi dunia.

Ekspedisi JWJ3 kali ini mendapat kerjasama sepenuhnya Kerajaan Lingga dan disertai oleh empat belas pemuda Melayu daripada segenap bidang dan lapangan.

TMP

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger