"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Februari 22, 2012

Ibu Segala Murtad? Surat Terbuka Untuk Dato Dr Hassan Ali.

Untuk perhatian: Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Tuan,

Asal usul sejarah pemurtadan dan misi mengkristiankan umat Islam bukan baru. Semenjak kehadiran British ke Tanah Melayu dengan misi "3G-Gospel, Gold and Glory" begitu banyak usaha yang telah mereka jalankan untuk menjayakan misi mereka. Dan hasil dari kejayaan itu (telah digunakan sejak zaman purbakala lagi) maka lahir perkataan TRIUMPH - asal dari TRI-umph berlandaskan konsep trinity - 3 nity

Mereka bukan setakat mengkristiankan, malah memporak-perandakan sejarah Melayu dengan mengarang sejarah Melayu mengikut acuan mereka sendiri. Seperti mana mereka menggodam kitab Injil begitu jugalah sejarah Islam Melayu digodam mereka.

Masyarakat memerhati Jalur Tiga yang dikatakan berimej syaitan yang perlu dibersihkan dengan keikhlasan pihak JATI.

Perkara ini tidak akan berlaku jika tidak mendapat bantuan daripada orang-orang besar Melayu ketika itu yang menjadi talibarut penjajah yang ingin merampas kuasa dan kekayaan bagi diri mereka sendiri. Mereka ini (pembesar-pembesar Melayu) sanggup menggadai agama dan aqidah demi dunia.

Oleh kerana itu saya bagi pihak The Malay Press menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh JATI seperti yang telah disarankan oleh Dato Presiden JATI. 

Dan dengan itu saya mencadangkan agar Manuskrip Undang-undang Kedah (UUK) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2005, diambil sebagai sumber utama untuk mengembalikan sejarah Islam ketempat yang paling tinggi seperti mana asalnya. UUK jika dikaji telah pun menggariskan tiga elemen utama yang menjadi tunggak JATI iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak.

PENULIS / PENYELENGGARA: Mariyam Salim
 PENERBIT: DBP
NO. KK: 340 104125101
 ISBN: 9836282106
 TAHUN TERBITAN: 2005
 HALAMAN: 175

Ketahuilah bahawa orang-orang Melayu sudah pun Islam sebelum 222H (812 Masehi) dan bukannya 1402 Masehi seperti yang dimomokkan oleh barat dan talibarut-talibarut mereka kategori Melayu kafir. 

Seperti yang diketahui umum, bahawasanya kalimah Allah telah pertama kali diguna pakai oleh salah seorang talibarut missionari kristian iaitu Munsyi Abdullah dalam terjemahan Injilnya ke bahasa Melayu. Dan isu kalimah Allah itulah juga yang sedang dimainkan untuk menyerang aqidah umat Islam di Tanah Melayu ini bagi menyebarkan fahaman pluralisma agama.

Bukti serangan Missionari Kristian terhadap Islam terdapat dalam buku Percetakan Awal Jajahan Selat 1806-1858, terbitan DBP.

Dan penterjemah ini jugalah yang diangkat oleh talibarut-talibarut mereka sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden dan telah disuapkan doktrin itu kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti di Malaysia ini - tapai yang manis sudah menjadi tuak yang memabukkan.

Aqidah perlu dijaga (gambar pinjam)

Sebenarnya sudah banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak missionari kristian di Tanah Melayu ini, dan perkembangan mutakhir ini menunjukkan mereka sedang menuai hasil daripada benih yang mereka tanam lebih kurang dua ratus tahun dahulu. Saya percaya kerana kerosakan itulah menyebabkan tertubuhnya JATI hari ini.


Kerajaan China Manchu juga tidak terlepas daripada serangan missionari yang berpusat di Jajahan Selat. Kerajaan China Manchu dipertahankan oleh General-general perang Muslim sewaktu pemberontakan Boxers untuk menghalang kemasukan 8 negara bersekutu Barat dan Eropah (dipukul rata oleh Panglima-panglima Islam Manchu yang dikatakan bertarekat Nashabandiah dan bendera Hitam) sehinggakan Kerajaan Ottoman Turki dipanggil untuk menghantar utusan mereka masuk campur bagi menenangkan keadaan. 
"The German Kaiser Wilhelm II was so alarmed by the Chinese Muslim troops that he requested the Caliph Abdul Hamid II of the Ottoman Empire to find a way to stop the Muslim troops from fighting. He agreed to the Kaiser’s demands and sent Enver Pasha to China in 1901, but the rebellion was over by that time."
Pihak Barat kemudian mengatakan pemberontakan Boxers (maksudnya orang Kung Fu) itu adalah barbarik dan sangat kejam, begitu jugalah dalam filem2 terbitan Hong Kong (jajahan British) yang hanya memaparkan buruk kerajaan Manchu sahaja. 

Akibat daripada itu kerosakan itu (spiritual blindness) dewasa ini umat Islam, Melayu khasnya mempunyai nilai-nilai hidup yang lebih hina dan lebih rendah daripada orang Arab zaman jahiliah; yang ketika itu sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, tetapi orang Melayu hari ini lebih dahsyat, lebih sanggup membuang anak tidak kira lelaki atau perempuan ke tempat lebih hina iaitu ke lubang jamban- itulah perbandingannya.

Janganlah kita terlepas pandang sejarah yang asas ini. Oleh itu selagi sejarah kerajaan Islam di Tanah Melayu ini tidak dikembalikan pada tempatnya yang asal, selagi itulah sebarang usaha kedepan ini akan menemui kegagalan. Kerana sejarah Islam yang asal membuktikan Islam telah kukuh bertapak di bumi Melayu ini lengkap dengan perundangan dan sistem pemerintahan yang teratur-itulah asal jati diri "Melayu" yang sebenar yang telah ditutup kehebatannya.

Saya berharap JATI ini bukanlah platform pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan momentum politik atau kepentingan peribadi dan sebagainya. Dan saya juga berharap JATI bukan juga satu platform untuk membalas dendam akibat tidak mendapat kontrak sewaktu mereka berjuang didalam parti politik satu ketika dahulu. 

Saya juga berharap JATI bukanlah tempat berkumpulnya golongan munafik dengan agenda yang tersendiri untuk memperdaya masyarakat dengan imej suci. Saya percaya JATI tidak begitu dan jangan dihancurkan kepercayaan itu. 

Minum Air Sami Buddha
 Petikan daripada buku Dokumentasi Konvesyen Sejarah, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, 1991, ms60.

"Fasal menyatakan hukum murtad. Apabila seorang Islam itu murtad maka disuruh taubat tiga kali. Jika tiada mahu dibunuh, dan tiada disembahyangkan dan jangan ditanam pada kubur orang Islam." UUK, ms 82.

"Bersama Martabatkan Sejarah Realiti Umat Islam dan Melayu Nusantara."

Wassalam.

The Malay Press

S/K: info@jatimalaysia.org

response kepada:

Akidah from jalur3 on Vimeo.

1 comments:

  1. Assalamualaikum...wrt,

    "Bersama Martabatkan Sejarah Realiti Umat Islam dan Melayu Nusantara."

    InsyaAllah.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger