"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Februari 14, 2012

Cerita Anjing Tak Cukup Umur.

(Adab Berguru) Menghormati Guru Cara Imam Syafie
Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Imam Shafie amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam malik sudah meninggal dunia. Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia tidak berqunut semasa bersembahyang subuh ditepi makam Imam Malik. Ini kerana dalam Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut sewaktu sembahyang Subuh. Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya menghala kerumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu.

Pernah diriwayatkan lagi tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang Imam Shafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Sabda Nabi:

Ertinya: “ Bukan daripada akhlak orang mukmin perbuatan menghina diri kerana meminta sesuatu melainkan di dalam menuntut ilmu. “

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger