"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, Januari 21, 2012

Konvensyen Asal usul Melayu: Induknya di Alam Melayu

Asal usul Melayu: Induknya di Alam Melayu
Jumaat, 20 Januari 2012, Dewan Merdeka PWTC
Anjuran: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Perasmi: YAB Timbalan Perdana Menteri

Sessi soal jawab.

Soalan THE MALAY PRESS:
Assalamu'alaikum wbt. Melihat kepada tajuk dan tayangan klip, pembentangan kertas kerja daripada permulaan sehinggalah ke sessi soal jawab ini, adakah maksud atau motif konvensyen ini untuk menyatakan bahawa Melayu itu berasal dari Afrika? Bagaimana Semang dan Jakun itu pula menjadi induk kepada Melayu hari ini? Apakah "stand" para pemakalah yang berada di hadapan ini?

Jawapan daripada Dr Zafarina Zainuddin (USM):
Kita berpegang kepada agama Islam, manusia berasal daripada Nabi Adam. Tidak! Melayu tidak berasal daripada Afrika, tetapi teori penghijrahan yang berlaku dan kajian DNA yang telah dijalankan menunjukkan bahawa induk kepada bangsa yang terdapat di Alam Melayu adalah daripada golongan yang disebut tadi (evolusi puluhan ribu tahun). Memanglah pada asalnya tiada nama Melayu itu kerana ia datangnya kemudian.

Kesimpulan TMP:
Begitulah seperti yang difahami.
Maka setelah diamati dan difikirkan motif konvensyen ini, maka ia telah mencapai matlamatnya untuk menangkis teori "express train" iaitu teori migrasi daripada Yunnan dan Taiwan kononnya Melayu Polenesia berpunca darinya.

TMP berandaian ada benarnya dakwaan teori baru ini; yang telah dikemaskinikan dengan kajian berlandaskan kaedah moden, kerana berdasarkan daripada pengalaman, perantauan serta pemerhatian yang telah dijalankan sepanjang ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 - Kembara 7 Negara, memang orang asli yang berada di serata benua Indo-China ini saling tidak tumpah kehidupannya seperti orang asli yang terdapat di Malaysia.

Dan daripada konvensyen yang telah dijalankan ini, maka rakyat Malaysia khususnya orang Melayu haruslah menerima teori yang mengatakan bahawa bangsa yang menjadi induk kepada Melayu hari ini adalah orang asli keturunan Semang dan Jakun (sebagai contoh) dan sudah tentunya mereka bukan pendatang seperti yang dakwaan sesetengah pihak yang menyangkal Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu ini.

Ketuanan Semang - Negrito

Mungkin ada sesetengah pihak memandang pelik kepada teori ini, tetapi hakikatnya Orang-orang Asli telah lama berada di sini (dikatakan semenjak 35,000 tahun dahulu) sebelum orang Melayu dikenali sebagai Melayu. Dan orang-orang asli inilah yang memenuhi pentas sunda dan telah berhijrah ke utara asia (orang selatan naik ke utara) dan bukanlah sebaliknya. Orang-orang asli inilah induk kepada bangsa Melayu yang kita banggakan hari ini.

This Time Everybody's Going Crazier.

Antara lain perkara yang telah disentuh oleh pembentang konvesyen ini (disebut sebagai pemakalah) adalah penerapan nilai-nilai Islam dalam mengambil sejarah kewujudan manusia di dunia ini yang berlandaskan Al Quran. Perkara ini telah disentuh oleh Prof. Madya Dr Wan Salleh Wan Ibrahim (UITM). Ianya dilihat sebagai satu perkembangan yang positif, menunjukkan keberanian cerdik pandai Melayu Malaysia untuk menolak teori palsu evolusi Darwin yang telah dianggap sebagai satu agama oleh para saintis barat.

Jakun blow gun hunting party 1906. - Parti menyumpit Jakun 1906
Itulah maksud satu anjakan paradigma yang cuba disampaikan oleh cerdik pandai Melayu dalam konvesyen ini.

Cuma yang menjadi kekesalan dalam konvesnyen ini adalah para pemakalah masih tidak berani berganjak paradigma untuk mengutarakan Manuskrip Undang-undang Kedah sebagai bukti kedatangan Islam ke Alam Melayu ini walaupun daripada bahan bercetak yang diedarkan itu terdapat satu petikan mengenai wang syiiling Abbasid bertarikh 234H yang dijumpai di Lembah Bujang, kawasan yang dianggap kuil oleh sarjana Barat (ms 57). Bukti wang itu sebenarnya mengkuatkan lagi hujah penggunaan UUK sebagai perlembagaan syariat Islam yang pertama yang digunapakai kepada orang-orang Melayu semenjak 222H.

Jika tidak kerana rahmatan filalamin Rasulullah s.a.w, tanpa agama Islam mungkin orang-orang Melayu Malaysia hari ini masih lagi makan beruk, ular dan biawak sebagai lauk, memelihara abau (kerbau pendek) di halaman rumah seperti kehidupan orang-orang Melayu Purba yang masih terdapat di serata Benua Indo-China (Benua Siam).


Kehidupan masyarakat Melayu Purba bangsa Melayu suku HMONG yang terdapat di sempadan Viet Nam - Laos. Berkain batik, menumbuk padi, berumah seperti kebanyakkan rumah orang asli di Malaysia - photo TMP Ekspedisi JWJ 2 2011

Pemerhatian dan kajian peserta ekspedisi dalam siri JWJ 2-Kembara 7 Negara yang dimuatkan dalam artikel the Borneo Post Online.

Kampung Muangsepon @ Ban Meuangsepon
Perhatikan wajah makcik Hmong berwajah Melayu Purba dan kanak-kanak di Laos, berkain batik dan bersemutar.
 - photo TMP Ekspedisi JWJ 2 2011

"Sekumpulan Melayu Purba telah sampai dan menetap di Benua China (Wan Salleh Wan Ibrahim, 2011). Kumpulan orang-orang Melayu Purba ini dipanggil orang China Miao di Viet Nam, Meo dan Hmong di utara Thailand. " - Orang Melayu dalam susur galur bangsa dunia, WSWI, 2012, ms63.


 

10 comments:

  1. REALITINYA antara kita dengan Nabi Isa, selama 2000 tahun. Ahli sejarah menyebut, antara Nabi Isa dengan Nabi Ibrahim lebih kurang 5000 taun. Antara N. Ibrahim dengan Nabi Nuh dikatakan 5000 taun. antara nabi noh dan Nabi Adam tak lebih 10 ribu taun.

    BalasPadam
  2. gang semang jakun ni bila dah masuk islam dok bawah anak2 raja muhajirin merong, baru bijak jadi MELAYU TUA. Masa tu tak mengaku la pernah makan abau dan tak pernah pakai cawat.

    dah pandai solat, posa dan buat kota batu ...taknak la dok dlm rimba lagi, maklumlah sejak dah islam cakap melayu dan arab aje, bahsa semang jakun dah takmain lagi maklumlah bijaksana jadi MELAYU TUA d bawah naungan MERONG BERDAULAT.

    SELAMAT TAHUN MERONG ( tahun nagelah tu )wssslm.

    BalasPadam
  3. Telah dibuktikan oleh Al Quran, Zulkarnain dengan angkatannya telah pergi ke Barat dan Timur menyebar agama Tauhid. Bermakna zaman itu telah ada suku2 bangsa yang bertebaran diseluruh dunia. Termasuklah Yakjud dan Makjud, dan diceritakan pula mengenai satu kaum yang bahasanya yang tidak difahami. Mahu memberi upah kepada Zulkarnain untuk menghalang bangsa yang bernama Yakjud dan Makjud.

    Zulkarnain kata tak payah, sudah mencukupi apa yang Allah taala beri padanya, jadi tak payah upah. Dia pun tolong bangsa itu membuat tembok besi waja - org skg kata stainless steel le.

    Oleh kerana itu pada zaman Zulkarnain itu sapa yang menjadi Raja?

    Realitinya...ada puak asal dan ada golongan yang datang iaitu tentera Zulkarnain.

    Bangsa apa pula bala tentera Zulkarnain dan Zulkarnain itu sendiri?

    Semang Jakun ke?

    Baik bab kedua pula , ada atau tidak disebut kisah ATLANTIS dalam Al Quran?

    BalasPadam
  4. Abuirfan, rasanya teori kamu silap.

    tidak mungkin Melayu itu asal usulnya dari orang asli yang berada di tanah timur ini. kerana jikalau dikira dari segi populasi, nyatalah ianya tidak mungkin. kerana populasi Melayu itu jauh lebih besar dari orang asli. makanya adalah Melayu itu kewujudannya lebih kompleks dan telah wujud sebelum zaman Nabi Allah Ibrahim as lagi. dari segi teori masa pula, bukti kewujudan manusia itu melalui penemuan rangka manusia yang telah dibuat 'carbon dated' oleh pakar adalah ratusan ribu tahun dahulu.


    aa

    BalasPadam
  5. teorinya sekali imbas.

    1. asal manusia di pentas sunda terhasil daripada migrasi orang afrika.
    2. bangsa yang bermigrasi ini memenuhi garisan khatulistiwa - papua new guinea - hawaii - amerika selatan dan seterusnya.
    3. bukti yang mengatakan itu datang daripada kajian seorang dr daripada universiti oxford namanya Dr Oppenheimer...ada dia datang hari tu membentang kertas kerja.
    4. pasai apa dia cakap macam tu sebabnya DNA dan dan bukti gigi yang ada pada orang Semang ni sama sahaja dengan orang afrika dan seluruh orang asli benua siam.
    5. selepas itu dalam teorinya lagi mengatakan populasi yang tinggal selepas letupan gunung berapi KARAKATUA di Indon sana menyebabkan populasi pupus tinggal lebih kurang 10000 orang sahaja yang duduk dalam gua dan sebagainya. letupan itu meledak dan angin bertiup kebarat bukan ke timur.
    6. teori banjir besar kemudian mengurangkan lagi populasi dan menyebabkan pentas sunda tenggelam dan membentuk muka bumi yang ada sekarang.
    7. lepas tu tak tahu dah....

    kalau mengikut kajian TMP, banjir besar ini menghapuskan terus golongan anak cucu Qabil yang menderhaka kepada Nabi Adam a.s

    dan diganti dengan golongan yang beriman. golongan anak cucu Qabil ni memang tak beriman sebab dah dipengaruhi oleh bisikan Iblis menyembah pokok-pokok, menyembah api dan sebagainya.

    maka setelah pembersihan itu berlaku diganti dengan golongan baru...yang beriman diatas kapal Nabi Noh a.s tadi.

    Kita perlu ingat selepas kejadian pembuhan Habil, Qabil lari membawak diri...membiakan keturunan baru, keturunan jenis degil tak mahu berubah, dan ada kemungkinan puak-puak inilah yang menjadi Semang yang dok ada sekarang ni...bukan semang moden, tapi semang purba.

    ATLANTIS jika pun ada adalah golongan yang dilaknat juga kerana tidak beriman kepada Allah taala. maka ditelangkup atau ditenggelamkan bumi tempat mereka membina tamadun. Kita boleh ambil contoh Pompei.

    Maka oleh itu tidak mustahil golongan yang ada di semenanjung ini adalah golongan Qabil, supaya menjadi iktibar kepada orang Islam yang ada hari ini.

    Allah taala menjadikan setiap itu berpasangan, kenapa Qabil tidak mahu berkahwin dengan adiknya Habil? Kerana hitam dan tidak menarik...apakah kerja Qabil? Bercucuk tanam...apakah yang ditanam? Sayur-sayuran...

    Ini semua adalah pengajaran kepada manusia hari ini. Maka telah dijadikan golongan purba ini tidak mahu berjumpa atau menerima budaya baru kerana pada asalnya telah dijadikan sifat mereka sebegitu.

    Allah taala boleh menjadikan apa sahaja. Jadi maka Jadilah!

    Cuma yang jadi logik sebab memang ada penduduk asal di pentas sunda ini...itu kita tidak nafikan sama sekali. Dan logik ada golongan yang datang menyebar agama Islam, contohnya golongan Zulkarnain...itu pun wajib kita percaya.

    Jadi tidak mustahil perkahwinan demi perkahwinan, dan hasilnya adalah apa yang ada hari ini.

    Apa pun kejadian yang telah berlaku, tetap ada ruang untuk umat Islam hari ini berdakwah mengajak mereka kembali menyembah Allah taala. Dan Allah taala itu tidak zalim, dan untuk bab dakwah ini pula, ada seksyen nya pula,

    1. golongan yang telah sampai syiar Islam kepada mereka lalu mereka beriman
    2. golongan yang telah sampai syiar Islam kepada mereka tapi mereka tidak beriman
    3. golongan yang tidak pernah sampai syiar Islam kepada mereka...

    golongan ke 3 ini...golongan ini kalau ada dikalangan kita maka kita belum lagi menjalankan kerja dakwahlah...takkan selepas wafatnya Rasululluh s.a.w syiar dakwah itu terhenti?

    Paderi kristian boleh duduk bertahun-tahun lamanya dalam hutan takkan orang kerajaan Islam dok sehari dalam hutan nak balik rumah dahhh?

    jadi golongan ke 3 ini boleh kita cari dan masih ada di serata benua siam ni...jadi jika tidak tercapai oleh para pendakwah apa pula hukumnya buat mereka yang tidak pernah terdengar syiar Islam?

    Jawapan tu kena tanya Tok Guru masing-masinglah.

    BalasPadam
  6. Dan jika dikaji kenapa Mat Salleh beria-ia sangat nak menjadikan golongan yang jenih Qabil ni sebagai asal usul manusia?

    Sebabnya Qabil lah CEO (pinjam kata seorang Dr dari Indonesia) golongan pengikut Iblis yang pertama yang pertama MEMBUNUH MANUSIA...

    so bukankah DARWIN itu pengikut Iblis no 1?

    BalasPadam
  7. Maka ada 2 golonganlah di pentas sunda ini.

    1. golongan semang yang asli purbakala sampai hari ini tidak berubah.contohnya HMONG di utara Viet NAM dan Laos.
    2. golongan yang sudah pun menerima dakwah islam hasil daripada usaha para sahabat dan pendakwah terdahulu...

    jadi kita tidak boleh pukul sama rata seme orang asli tu jenih Qabil lah...

    cuma teori yang ada yang hendak dinyatakan pada masyarakat dunia hari ini oleh cerdik pandai melayu dalam konvensyen ini adalah SUDAH ADA PENDUDUK ASAL DI TANAH MELAYU INI...dan mereka ini asalnya bukannya MELAYU tapi bercampur gaul bernikah dan sudahpun digelar MELAYU supaya MELAYU tidak dianggap pendatang. itu je pun.

    Kalau mengikut para ulama terdahulu maka digelarlah mereka itu MELAYU bermaksud Al MALA -UL bangsa yang masuk Islam secara masal...

    Oleh kerana itu kita kena kaji la pulak bila Islam mula bertapak di Tanah Melayu ni...maka disitulah peranan Undang-undang Kedah dan Merong Mahawangsa yang datang membawa syiar Islam. Bukannya 1404 Parameswara Hindu Melaka tu.

    Maka kembali lah martabat bangsa Melayu dan Islam di Nusantara ini semenjak 222 Hijrah.

    apa yang susah sangat nak terima?

    Pasai POLITIKLAHHH buat kacau!

    BalasPadam
  8. teori mengatakan bahawa Islam itu tiba di bumi timur jauh ini pada tahun 222 Hijrah oleh saudara TMP mungkin ada benarnya. kerana ada catatan oleh kerajaan dinasti Tang di China pernah mencatatkan bahawa Pahang adalah negara Islam pada sekitar tahun 867 Masehi.

    BalasPadam
  9. sedap nama, Adam Abdullah.

    1.Anyway, 222H bukan teori tapi ada bukti Manuskrip UUK

    2. Syiling Darhammmm Abasid 234H di Lembah Bujang.

    3. Batu block signature series "Ibnu Sirdan" ada di Lembah Bujang 213H.

    4. Jika ada perkampungan Islam di Pahang pada tarikh yang tersebut itu pun tidak pelik kerana melalui Kuala Kedah ada hiway pintas ke Champa dan China, dan ada exit ke Kelantan dan ke Pahang depa cari emas disana. Jalan dulu takde tol sebab ikut sungai. :-)

    5. Sahabat Rasulullah s.a.w bernama Wahab Abi Kabahah pernah merayau-rayau di utara Sumatera mencari Kafur Barus atas arahan Rasulullah s.a.w dan pada masa yang sama Saad Abi Waqqas dan para sahabat yang lain tiba di China.

    Dulu depa tak lalu Singapore tak lalu Bandar Hilir Melaka sebab buat apa pening jalan jauh ikut Kedah Entreport lagi dekat dah sampai laut seberang sana.

    British la sibuk bikin Singapore jadi pelabohan sebab British kan suka Pulau...habih seme pulau depa nak amik...sekali ngan Pulau Australia pun depa sapu.

    BalasPadam
  10. annnnddd...kalau ada bukti Kerajaan Tang mengenai Pahang minta tolong sila kongsikan dengan pembaca yang lain.

    tima kasihhh :-)

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger