"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Ogos 30, 2009

Iskandar Zulkarnain: destinasi akhirnya selatan?

Foto: Tanjung Piai, Johor. Penjuru Benua Asia paling selatan.


Keterangan Surah Al Kahfi:


"Mereka bertanya kepada engkau Muhammad tentang masalah Zulqornain. Katakanlah: tunggulah akan aku bacakan keterangannya kepada kamu, sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan dimuka bumi dan Kami berikan jalan-jalan untuk mencapai cita-citanya. Maka lalu ditempuhnya jalan-jalan itu" (ayat 83-84-85)


"Kemudian sampailah Iskandar ke sebelah Barat ke arah matahari terbenam dilihat matahari seolah-olah terbenam dalam lumpur hitam yang mendidih. Didapatinya disitu suatu bangsa umat manusia. Kami berkata: Hai Zulkarnain terserah kepada engkau, apakah engkau akan menyeksa bangsa itu dengan memerangi mereka, ataukah engkau akan membuat perdamaian kepada mereka" (ayat 86)


"Jawab Iskandar: Barangsiapa berbuat kezaliman, maka kami akan siksa dia, kerana mereka tidak mahu beriman. Kemudian mereka akan kembali kepada Tuhannya dihari kemudian ia akan mendapat siksaan yang pedih. Dan barangsiapa beriman lalu beramal soleh, maka ia akan menerima balasan yang baik. Dan akan kami suruh dia melakukan pekerjaan yang kami gampang" (ayat 87-88)


"Kemudian ditempuhnya suatu jalan, hingga sampai ke arah matahari terbit (Timur), atas suatu bangsa yang belum kami jadikan suatu dinding bagi mereka, demikianlah sesungguhnya kami apa yang ia kerjakan" (ayat 89-90-91)


"Kemudian Zulqarnain menempuh jalan (kearah Utara) hingga sampai ke sebuah negeri yang letaknya berada di antara dua gunung dan disitu didapati suatu bangsa, yang hampir tidak dapat dimengerti bahasa mereka itu" (ayat 93)


"Mereka berkata: Ya Zulqarnain. Sesungguhnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj membuat kerusakan dimuka bumi. Maukah Tuan kami beri upah agar tuan membuat tutupan yang memisahkan kami dari (gangguan) mereka itu." (ayat 94)


"Kata Zulqornain: Apa yang Tuhanku berikan kepadaku lebih baik buat diriku. Oleh kerana itu bantulah aku dengan sungguh-sungguh semoga aku buatkan sebuah bentengan"(ayat 95)


"Kata Zulqornain: Berikanlah padaku kepingan-kepingan besi, letakkan disitu sehingga sama rata dengan dua tepi gunung. Tiupkanlah kepingan besi itu sehingga menjadi cair merah seperti api. Kata Zulqarnain tuangkan kepingan tembaga" (ayat 96)


"Lalu bangsa Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat memanjat dinding itu. Dan tidak sanggup pula mereka melubangi" (ayat 97)


"Kata Zulqornain: Inilah rahmat dari Tuhanku. Maka apabila telah datang saat kiamat nanti apa dijanjikan Tuhanku, runtuhlah dinding ini. Dan adalah janji Tuhanku itu tepat" (ayat 98)


"Kata Allah: Kami tinggalkan SEBAHAGIAN keturunan Ya'juj dan Ma'juj bercampur baur dengan manusia. Dan ketika ditiup sangsakala dihari kiamat lalu kami kumpulkan mereka disuatu tempat (padang Mahsyar)" (ayat 99)


Keterangan ayat:


Dengan keterangan ayat surah Al-Kahfi diatas, jelas Zulqornain mendapat petunjuk jalan dari sisi Allah, sampai ia menjelajahi negeri-negeri disebelah Timur dan kesebelah Barat (Afrika) terus ke Utara menyerukan kepada umat manusia supaya bersatu dalam kepercayaan beriman kepada Allah s.w.t


Dalam ayat itu diceritakan pula tentang Iskandar memberikan pertolongan kepada suatu bangsa yang bahasanya hampir tidak dapat dimengerti. Ia memberi pertolongan kepada bangsa itu dengan membuat dinding tebal yang teguh dengan cairan besi dicampur dengan cairan tembaga. Sehingga bangsa Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat mengganggu mereka lagi.


Akan tetapi kata Allah bila sudah tiba janji Allah dengan datangnya hari kiamat, dinding baja akan runtuh dan akan keluarlah Ya'juj dan Ma'juj.


Demikianlah usaha Iskandar Zulqornain akan mempersatukan umat manusia Timur dan Barat didalam satu kepercayaan kepada Allah s.w.t.


Kemudian diakhir zaman nanti akan muncullah seorang yang mempunyai cita-cita demikian yang mendapat julukan Imam Mahdi yang mendapat bimbingan dari Tuhan dan diberi kekuasaan dimuka bumi yang dapat mempersatukan umat manusia.


source: Berita Alam Ghaib Sebelum dan Sesudah Hari Kemudian, 1979.


--------------------------------------------------


Nota Penulis:


Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Datanglah apa jua sumber rujukan sekalipun - dari punca mana sekalipun, namun bagi menetapkan ketentuan sejarah dan memberi pertunjuk tentang perjalanan sejarah manusia ini tiadalah apa yang boleh menandingi Al-Quranur Karim - darinya terdapat segala kisah nabi-nabi untuk dijadikan teladan kepada umat manusia. Maka berpeganglah kita padanya disamping sunnah - ijmak dan qias bagi menentukan hukum.


Oleh itu dalam hal Iskandar Zulkarnain - yang telah tertulis namanya didalam Undang-undang Kedah, telah temaktub bahawa adat istiadat yang telah diturunkan dan diamalkan oleh bangsawan dan Maharaja Islam Benua Siam Kedah itu datangnya dari protokol Zulkarnain yang berlandaskan syariat Nabi Ibrahim Khalilullah.


Ia tersebut sedemikian rupa:


"Syahadan maka pukul gendang nobat lagu Ibrahim Khalilullah. Maka menjunjung duli bentara tiga kali, iaitu mengatakan "Daulat Tuanku". Maka sebanyak-banyak menjunjung duli tujuh bingkis atau lima kali." (UUK MS 33)


"Fasal pada menyatakan faedah raja-raja di dalam negeri. Maka tiap-tiap raja itu mengadakan ia pekerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu, dan majlis istana Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang di atas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu [] akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu di atas sembilan hukum." (UUK MS 49)


Baiklah tuan-tuan, petunjuk utama telah mengatakan bahawa Iskandar Zulkarnain ini diberi kelebihan oleh Allah swt diatas muka bumi ini untuk menyeru dan mengembalikan manusia ke jalan yang benar. Dan baginda telah pun pergi menurut jalan-jalan yang telah ditentukan ke Barat - Timur dan akhirnya ke Utara untuk berjumpa Ya'juj dan Ma'juj.


Cuma jika tuan-tuan perasan cerita itu seakan-akan tergantung disitu dan baginda belum lagi menuju ke selatan sebagai pelengkap destinasinya iaitu empat penjuru dunia...


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 52. JAGA LAH TANAH SEMENANJUNG INI SEBAIK MUNGKIN.


Wassalam.

13 comments:

  1. salam..very nice blog..juz nk share sumting bout dzulkarnain..di dalam quran tidak pernah menyatakan psl iskandar dzulkarnain..tetapi hanya menyatakan tentang dzulkarnain(rujuk surah al kahfi).dan siapa identiti sebenar dzulkarnain mash menjadi 1 misteri dan menimbulkan pelbagai perdebatan dalam kalangan sarjana..dan iskandar sebenarnya adalah merujuk kepada alexander yhe great yang dicanang oleh barat sebagai dzulkarnain.sbb tu klu tengok bandar alexandria di egypt turut dikenali sbg bandar iskandariah sempena nama alexander the great..dan sepastinya iskandar itu bukan dzulkarnain dan dzulkarnain itu bukan alexander (",)

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana berkongsi pandangan. Memang tiada nama Iskandar dalam Al-Quran dari surah Al- Kahfi, apa yang telah dinyatakan di atas adalah KETERANGAN si penulis(pentafsir kitab) mengenai ayat itu.

    Dan dalam keterangannya ia meng-atributekan Iskandar itu kepada Zulqornain. Maknanya dia (pentafsir tadi) memberi nama Zulqornain didalam Al-Quran itu dengan nama Iskandar Zulkarnain.

    Dan saya pasti Iskandar Zulkarnain yang di maksudkan oleh si pentafsir kitab ini bukan merujuk kepada Iskandar Zulkarnain yang dimaksudkan oleh barat atau yang digelar Alexander the Great dari Cyrus itu.

    Iskandar Zulkarnain yang dimaksudkan ini adalah Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam UUK MS 49 "pada majlis Raja Iskandar Zulkarnain..."

    Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran itu SANGAT JAUH BERBEZA dengan ALEXANDER the Great yang dibangga oleh barat. Itu semua orang kena tahu.

    Alexander the great hanya sampai India tetapi Iskandar Zulkarnain sampai ke Selatan Benua Asia...

    Identiti masih rahsia bagi mereka yang belum tahu rahsia...:-)

    BalasPadam
  3. Alexander the Great seperti digambarkan sejarawan barat itu harus seorang yang berbeza dengan Zulkarnain dalam surah Al-Kahfi yang diceritakan sebagai seorang yang soleh. Ini kerana Alexander the Great diriwayatkan sebagai bisexual dan membunuh sewenang-wenang. Apabila sampai disatu tempat di India, semangat juang askar-askarnya sudah luntur dan ramai ingin pulang jadi Alexander tidak sampai lebih jauh ke timur. Beliau kemudian mati dalam umur 30an sahaja sesudah demam panas semasa dalam perjalanan pulang ke Macedonia dan singgah di Parsi.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.

    Sudah sampai masanya sejarah Islam dipemurnikan kembali. Terlalu banyak campur aduk dgn sejarah yg direka2 oleh puak2 Yahudi.

    Contohnya Peristiwa Karbala, yg membunuh cucu Rasulullah S.A.W tu adalah orang Yahudi yg memakai nama Syiah.

    Wassalam.

    BalasPadam
  5. Cukupkah hanya berdasarkan Undang2 Negeri Kedah? Selain dari Undang2 Negeri Kedah, tidak ada lagi sumber2 yang muktabar?

    BalasPadam
  6. Iskandar Zulkarnain bukannya Alexander The Great, tapi Cyrus The Great, Raja Parsi (Iran). Kadangkala disebut sebagai Sirius atau Raja Kurush. Saya setuju dengan pendapat saudara Herman. Kalian boleh dapatkan buku Iskandar Bukan Zulkarnain kalau nak penerangan lebih lanjut.

    cucu kepada Cyrus The Great ni tak lain dan tak bukan adalah Xerxes The Great, yang digambarkan sangat kejam dan hodoh dalam filem 300. Jelas filem 300 adalah satu propaganda yang nak mengangkat puak Sparta (Eropah/Barat) yang terkenal tak ada perikemanusiaan (cth: sanggup bunuh bayi2 yang dianggap tak sempurna) dan memberi gambaran puak timur (Parsi/Iran, kini majoriti Islam) adalah satu puak barbarik yang zalim.

    sekian...

    BalasPadam
  7. http://www.youtube.com/watch?v=EjjgZC3xG-I

    saya tgk vclip ini...

    sayu melihat umat Islam yang membawa Islam ke Malaysia ditindas teruk..

    Melalui Maharaja Sai Tee Sung kepada cucunya Murong Maha Wong Ser..

    sedih..

    BalasPadam
  8. http://www.geocities.com/mzfr/nobility/dat34.html#4

    salasilah keturunan cucu chulalongkun dari anak dia yang bernama Che Sepacandara

    puak puak ni kata Nai Sofiah gundik..

    Sultan Badlishah bukan anak gahara

    Sultan Abdul Halim pun sama

    biadap!!

    BalasPadam
  9. SIMBOL KESULTANAN RIAU-LINGGA (COGAN EMAS)
    Cogan yang diperbuat daripada emas adalah sebahagian daripada alat kebesaran Sultan Riau-Lingga. Tulisan Melayu Jawi yang terdapat padanya berbunyi: "Bismillah HirRahman Nir Rahim" Bahwa inilah Raja yang berketurunan dari Bukit Seguntang asalnya dari Baginda Seri Sultan ISKANDAR ZULKARNAIN. Inilah Raja yang Adil lagi Berdaulat yang mempunyai Tahta Kerajaan serta Kebesaran dan Kemuliaan kepada segala Negeri Tanah Melayu kurnia Tuhan Rabbul-Arsyil Azim atasnya dikekalkan Allah Subahannallahu Taalla diatas Kerajaannya ditambahi Allah pangkat yang Kebesaran serta Darjat Kemuliaan Daulatu Sa'adati Allahuma Khalidullahulahu Bija-annabiyi Mursalin Waalla=alihi Wasyahbihi Ajemain - Amin Amin - Allahuma - Amin.

    BalasPadam
  10. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

    Carilah mata air berlumpur hitam itu di suatu tempat bernama Qattara Depression, Mesir....

    Dari situ, jika kalian mencarinya melalui Google Earth, ianya tepat diatas koordinat 30 darjah Utara...

    Itulah 'jalan' yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Dzulqarnain...

    Jalan yang dimudahkan-Nya untuk menakluk Timur & Barat...

    Dipenghujung Timur perjalanannya, berhampiran kawasan itulah, dengan Izin Allah, Tembok penghadang Yakjuj wa Makjuj terbina...dan kini diamnya di dalam air...

    Kekunci diberikan terus oleh Allah:
    "Tembaga cair yang menyaluti ketulan besi separas gunung"

    Tembaga: agen anti karat...

    BalasPadam
  11. http://www.atlan.org/

    dzulkarnain= atlantis. Apa pendapat saudara?

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum
    sekedar ingin berkongsi :)
    Bedasar buku baharu tajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" (2010) karya Muhammad Alexander, dijelaskan bhw Alexander the Great (356-323SM) adalah Zulqarnain Quranik sebenarnya. Metode content analisis (analisis matan) & Sanad, iaitu dg menggunakan analisi pd 8 tafsir quran, kemudian kata kunci ini dipake bg mengalisi teks sejarah alexander karya Plutarc, Diodurus, Quintus & Arrian (hidup thn 50SM smp 200M) dan peta laluan rute alexander.
    Penulis berjaya menemukan bhw rute alexander sama dengan rute zulqarnain.
    Rute Zulqarnain ke arah matahari terbenam (maghrib asysyams) adalah ke mesir, di sini alexander membinan bandar iskandaria, kemudian pergi ke arah barat lagi & berjumpa dengan qattar depreseion, ini adlh mata air hitam berlumpur yang pernah dijumpai Alexandr, disblh qattara itu ada kaum pagan amon siwah. ini semua sesuai dengan quran. kemudian Zulqarnain ke arah mthri terbit, yaitu ke timur di Kandahar (ini jg dari nama alexander/iskandar)di afghanistan. kawasan ini pada masa islam disebut "khurasan" yang bermakna "negeri tempat matahari terbit" dlm bhs parsi. kemudian ke utara di asia tengah, alexander berjaya membina tembok besi di pergunungan fergana. jadi sememangnya alexander itu zulqarnain.
    Alexander itu bhs greek, mankala masuk ke bhs arab, mk suku kata "al" dibuang, krn kedah bhs arab "al" hnya boleh bg nama benda bkn manusia cnth: al kitab; jg nama gelaran (al masih), nama tempt (al quds) jadi nama Alexander ktika masuk ke bhs arab, dibuang "al" jdilah "EXANDER" yg dibc "ISKANDAR" org parsi & india membaca "Srikandar". sila tengok buku tu: http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/

    BalasPadam
  13. "SIMBOL KESULTANAN RIAU-LINGGA (COGAN EMAS)
    Cogan yang diperbuat daripada emas adalah sebahagian daripada alat kebesaran Sultan Riau-Lingga. Tulisan Melayu Jawi yang terdapat padanya berbunyi: "Bismillah HirRahman Nir Rahim" Bahwa inilah Raja yang berketurunan dari Bukit Seguntang asalnya dari Baginda Seri Sultan ISKANDAR ZULKARNAIN. Inilah Raja yang Adil lagi Berdaulat yang mempunyai Tahta Kerajaan serta Kebesaran dan Kemuliaan kepada segala Negeri Tanah Melayu kurnia Tuhan Rabbul-Arsyil Azim atasnya dikekalkan Allah Subahannallahu Taalla diatas Kerajaannya ditambahi Allah pangkat yang Kebesaran serta Darjat Kemuliaan Daulatu Sa'adati Allahuma Khalidullahulahu Bija-annabiyi Mursalin Waalla=alihi Wasyahbihi Ajemain - Amin Amin - Allahuma - Amin."

    Salam tuan.

    Sorry, lambat nak jawab yang ni, tapi ini menunjukkan memang benar baginda Iskandar Zulkarnain sampai ke kawasan Selatan Benua Asia...dan menjadi sebutan orang-orang besar dikawasan2 sekitarnya.

    Dan seterusnya nak kena kaji pulak asal-usul kesultanan Melayu Riau Lingga tu ... sebab asalnya ia berada dibawah kesultanan Melaka.

    Dan Undang-Undang Kedah telah membuktikan bahawa Kesultanan Melaka masih lagi wujud pada tahun 1648.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger