Sila baca petikan dibawah dan fahamkan keadaan sebenar yang berlaku di Perak setelah pengkhianatan Raja Muda Abdullah yang bermuafakat dengan British didalam Perjanjian Pangkor 1874. Dimana dalam perjanjian itu terang-terang British mengiktiraf Raja Muda Abdullah dan mengenepikan Paduka Seri Sultan Ismail sepupu DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah Duli Yang Dipertuan Kedah yang mempunyai hak atas wilayah Kinta yang kaya dengan bijih timah.
Walhal Paduka Seri Sultan Islmail ini mempunyai segala kelengkapan dan peralatan kebesaran Diraja yang sah kerana diperkenan oleh DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah.
JWW Birch vs Sultan Ismail Kinta
Kesimpulan dan persoalan yang mesti dijawab:
1. Bagaimana Raja Muda Abdullah dan orang-orang kuatnya seperti *Laksamana (Mohd Amin?) pula diangkat sebagai pejuang sedangkan merekalah yang berkhianat?
2. Sudah terang Dato Maha Raja Lela dan Dato Sagor tidak berpihak kepada Boneka British iaitu Raja Muda Abdullah dan bertindak membunuh Birch atas arahan Paduka Seri Sultan Ismail yang sah sebagai penguasa Wilayah Kinta.
3. Selepas peristiwa 'revenge and execution oleh British 1876' termasuklah pembunuhan DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah (yang telah digelapkan dari sejarah) maka British mengambil Perak dan Thai mengambil Kedah.
4. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 datang pula Perjanjian Bangkok 1909 yang membahagi 2 Tanah Semenanjung. Berikutan dari itu pada 1913 barulah datang Enakmen Rizab Melayu dibuat British yang secara rasmi menukar nama Tanah Semenjanjung kepada Semenanjung Tanah Rizab Melayu @ Semenanjung Tanah Melayu. (asalnya Tanah Adat atau Tanah Anugerah Sultan)
Kesimpulan dan persoalan yang mesti dijawab:
1. Bagaimana Raja Muda Abdullah dan orang-orang kuatnya seperti *Laksamana (Mohd Amin?) pula diangkat sebagai pejuang sedangkan merekalah yang berkhianat?
2. Sudah terang Dato Maha Raja Lela dan Dato Sagor tidak berpihak kepada Boneka British iaitu Raja Muda Abdullah dan bertindak membunuh Birch atas arahan Paduka Seri Sultan Ismail yang sah sebagai penguasa Wilayah Kinta.
3. Selepas peristiwa 'revenge and execution oleh British 1876' termasuklah pembunuhan DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah (yang telah digelapkan dari sejarah) maka British mengambil Perak dan Thai mengambil Kedah.
4. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 datang pula Perjanjian Bangkok 1909 yang membahagi 2 Tanah Semenanjung. Berikutan dari itu pada 1913 barulah datang Enakmen Rizab Melayu dibuat British yang secara rasmi menukar nama Tanah Semenjanjung kepada Semenanjung Tanah Rizab Melayu @ Semenanjung Tanah Melayu. (asalnya Tanah Adat atau Tanah Anugerah Sultan)
5. Kalau 'Sebenar Melayu' itu meng-amok apa akan jadi pada Malaya hari ini? (bukan yang macam Melayu dalam PAS-PKR-UMNO yang dok kecoh tak tentu hala tu. Minta maaf cakap, tu seme pasai politik x leh pakai! Tak percaya baca sejarah, tak sompek lari jang...)
6. Maha Raja Lela and the Gang memang tak takut mati - walaupun yang menebas kepala Si Birch itu adalah Siputum tetapi tetap Dato Maha Raja Lela mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Sikit pun tak lari...demi agama, bangsa dan nagara Kedah.
7. At-Tarikh Salahsalah Negeri Kedah dibikin pada tahun 1923 atas arahan Sultan Abdul Hamid bertujuan menghalalkan sejarah Merong Mahawangsa beragama Hindu-Buddha setelah British dan Thai menjalankan konspirasi menutup dan menggelapkan sejarah sebenar Bangsa Melayu yang beragama Islam semenjak ribuan tahun dahulu di Semenanjung Siam-Malaka ini.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian - ada atau tidak penentangan orang Melayu (Siam) terhadap kemasukan British di Tanah Semenajung ini?
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian - ada atau tidak penentangan orang Melayu (Siam) terhadap kemasukan British di Tanah Semenajung ini?
Patutkah gelaran syahid diberikan kepada mereka yang menentang British dan gelaran pengkhianat bangsa kepada mereka yang bersekongkol dengan penjajah? Fikir-fikirkanlah...
Selamat menyambut hari Merdeka ke 52 dengan fikiran dan jiwa yang merdeka!
Sila baca petikan dibawah dengan teliti.
Selamat menyambut hari Merdeka ke 52 dengan fikiran dan jiwa yang merdeka!
Sila baca petikan dibawah dengan teliti.
end
* Offer masih lagi terbuka untuk iklan jual tanah dibawah.
Sultan Ismail dikatakan tidak hadir dalam majlis Perjanjian Pangkor atas kapal Pluto kerana mendapat surat jemputan lewat. Mungkin juga ini satu konspirasi sebab kalau dia hadir sudah tentu dia tidak setuju diberi jawatan Raja Muda sahaja kerana sudah dilantik menjadi sultan mengikut adat istiadat dan menyimpan semua alat kebesaran.
BalasPadamMaka Raja Abdullah pun dilantiklah Ingris menjadi sultan ikut sedap mereka.Punca dia tidak dilantik jadi sultan selepas Sultan Ali mangkat pun salah dia sendiri. Mayat Sultan Ali disimpan sebulan menunggu Raja Muda Abdullah yang malu datang kerana tidak sanggup berhadapan dengan saudara mara salah seorang isterinya yang lari mengikut seorang kerabat diraja Selangor.
Pada permulaannya juga Sultan Abdullah dikatakan akrab dengan Birch sehingga Birch memesan baju resmi untuk baginda dari London(rujuk kepada gambar dlm buku sejarah, baju style Inggeris yang dipakai tanpa headgear).
Di antara punca permusuhan dengan Birch selain dari isu cukai ialah kerana hamba perempuan Raja Abdullah (gundik) dikatakan lari (ada pendapat dikatakan diambil Birch) berlindung di rumah dan "dipakai" oleh Birch.
Banyak hal-hal di atas kita tidak belajar di sekolah kerana sudah ditapis oleh ejen-ejen Freemason.
Begutu juga perihal melodi lagu Negaraku yang diperolehi Sultan Abdullah dalam buangan. Ada riwayat mengatakan baginda sering mendengar band Perancis memainkannya di Pulau Seychelles itu. Melodi itu kemudiannya juga popular di Indonesia dan Singapura dan di Indonesia diberi nafas baru menjadi "Terang Bulan".
Sekarang ini waris Sultan Ismail ada di Kedah, walaupun Sultan Ismail dibuang begeri ke Johor keturunannya kembali ke Kedah iaitu tempat "watikah asal" Merong Mahawangsa.
bro HERMAN,
BalasPadammungkin bro dah add group ni di facebook
http://www.facebook.com/pages/The-Arrivals/40497487822?ref=pymk
saudara salmi,
KEEP IT UP
Well said TMP... Tapi apa pulak kaitan dgn dato' menteri ngah ibrahim yang terbabit sama dibuang negeri? Adakah Raja Larut Ngah Ibrahim termasuk dipihak Raja Abdullah?
BalasPadamPetikan artikel diatas masih boleh dipersoal, kerana British menyembunyikan hakikat sebenar apabila mereka melantik Raja Abdullah yang sememangnya sedang bermusuhan dengan Sultan Ismail, dan kedudukan Raja Yusuf yang sedang bersiap sedia mengambil kesempatan. Dan kita juga jangan lupa peranan Raja Yusuf selepas itu yang menyaksikan baginda dilantik sebagai Raja Muda selama beberapa tahun selepas Raja Abdullah di buang.. Yang menyaksikan Perak tidak berSultan selama beberapa tahun...
Selain single source yang saudara TMP petik di atas, artikel yang di tulis dlm The Star(lupa tarikh artikel berkenaan) oleh Tun Hanif Omar juga harus di baca. Tun Hanif mengiktiraf Laksamana Muhammad Amin sebagai pemain utama dlm plot pembunuhan JWW Birch, dan Laksamana sendiri adalah sepupu rapat kepada Raja Abdullah. Untuk info,Tun Hanif Omar adalah waris utama yang sah dari keturunan Maharajalela (sebagaimana TNL Kassim yang menjadi waris sah drpd Yang Dipertuan Maharaja Besar). Bagi saya, merujuk kepada sumber keluarga utama akan memberikan lebih bnyk petunjuk, dan kebenaran mungkin akan terserlah bila kedua-dua sumber dibandingkan.. Sumber2 lain saya rasa tuan TMP lebih arif...
Saya tak pandai berteori, tetapi jika dilihat dengan logik akal, ada sesuatu yang "hilang" dari artikel diatas, mungkin terlupa di tulis mereka..
Saya sendiri jarang menerima sumber-sumber barat secara total... (terutamanya wikipedia.org)
well put my friend Shahrizal.
BalasPadamCarry on...ada benda yang tak lepas tu...
Seperti yang ditulis oleh Hishamuddin Rais dalam Malaysia-today pada 25/8/09 @ artikel "Tujuh Mitos Tujuh Penipuan" :
BalasPadamLagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagu ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia
memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan
British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
(Memang jelas bukan Raja Abdullah yang gubah)
Kalau begitu kisahnya, maka lagu Negara-Ku adalah saduran melodi Terang Bulan ciptaan seorang Perancis menjadi siualan Raja Abdullah di Seychelles.
BalasPadamIni adalah kenyataan dan fakta sejarah yg tidak boleh nafikan.
Bro TMP, can i have copy of that book? Kalau boleh, please let me know bro....
BalasPadambaru best baca sejarah kita
BalasPadamx lah asyik tido ja kat sekolah masa dengar cikgu mengajar sejarah
mesti naik berderau darah dan naik semangat kalo tahu sejarah kita yg
x diputar belit