"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, September 12, 2008

Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup (gambar) berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.

“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salleh berkata, beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu, ia tidak diturunkan.

Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.

Utusan Malaysia hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil. Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL. [Lagi]
----------------------------------------------------
Nota Penulis:
Tulisan JAWI dan Bahasa Melayu adalah bahasa perantaraan undang-undang dan pemerintahan di Semenanjung sejak dahulu lagi. Tulisan JAWI menunjukkan pemerintah adalah beragama Islam.

Ia adalah lambang penyatuan pelbagai bangsa dibawah Payung Maharaja Islam. Tiada kompromi.

Sebarang usaha untuk menegakkan bahasa dan tulisan lain selain JAWI dan Bahasa Melayu dilihat sebagai cuba membuang pengaruh Islam dalam kerajaan yang sedia ada. Tidak kiralah pembangkang atau pemerintah. Tiada kena mengena dengan semangat muhibbah. Apa itu MUHIBBAH? (tanya Ustaz Ismail Kamus)

Buta JAWI makna Buta Al Quran. Membawak ke kubur...

-----------------------------------------
Tambahan:
Pasal buta JAWI la sampai Pak Det kita sakit (bedah jantung) pun minta Padre Kristian, Sami Hindu, Sami Buddha, Sami Benggali pakat doa sama...besok kalau mati, mintak la depa pi tolong semayang. Jangan lupa buh colok ngan epal sekali atas kubur. Nak muhibbah sangat.


3 comments:

  1. Aku dah pergi Temasek, Tanah Jawa dan Borneo tapi yg masih pakai tulisan Jawi secara meluas hanya di negera Brunei. Salah pemimpin mana yg hancurkan tulisan Jawi di Tanah Melayu ??

    BalasPadam
  2. Pemimpin2 yang terdahulu memang kuat pengaruh sekular asal dari tunjuk ajar British dan sekutunya. Zaman itu memang ada usaha yang kuat untuk menghapuskan pengaruh Islam.

    Zaman ni, pemimpin2 yang 'pure' sekular tu banyak yang dah arwah. Kat kubur depa sema pakat buh tulisan JAWI bukan RUMI oleh pemimpin yang terkemudian.

    So, yang lepas biar lepas. Yang ke depan ni kita sama2 pakat martabatkan kembali JAWI. Sebab ramai dah pemimpin hari ni yang dah ada kesedaran agama.

    At least sekarang ni sudah mula ada usaha dari pemimpin2 yang ada untuk memartabatkan kembali JAWI. Usaha seperti ini patut disokong.

    Tapi, kalau kita menyokong puak lain untuk memperlekehkan JAWI, makna kata kita serupalah seperti pemimpin yang dah arwah dulu tu...

    BalasPadam
  3. Di Brunei walaupun negara kecil dan serba-serbi dalam pemerintahannya berkiblatkan kepada contoh Malaysia atau/dan Singapura namun JAWI MELAYU BERAJA amat dimartabatkan.

    Lari dari tajuk sedikit.

    Minggu lepas bila di Singapore tak pula nampak ada tokong/kuil Hindu di merata-rata tempat. Malah di kawasan bandaraya Singapore City, kesan Islamnya sangat dominan dan jumlah masjid sangat signifikan.

    Rumusannya, jika pemerintah tegas Insya-Allah jawi dapat dimartabatkan dan pihak lain tidak berani nak mengHALALkan kuil-kuil haram yang bersepah. Yang penting kembali kepada 'root of the problem(s)'; mana dulu yang berlaku- kuil haram dibina dirobohkan ATAU kuil halal yang dirobohkan? Pada masa yang sama, keadilan beragama wajar diterjemahkan kepada semua rakyat.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger