TEMUBUAL BERSAMA DJ SITI ROHANI SURANI, PUAN HARIZA YUSOF (KETUA BAHAGIAN PENERBITAN USIM) DAN HERMAN ABDULLAH. KUPASAN BUKU - KIAS TERSIRAT: PERANTAUAN BERTEMU MELAYU & ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA, TERBITAN USIM & ITBM.
- SEJARAH REALITI MELAYU DAN ISLAM DIPERKEMASKAN.
- PARAMESWARA TERLALU LEWAT ISLAMNYA, MAKA JANGAN BABITKAN SEJARAH UMAT ISLAM DENGAN SEJARAH PARAMESWARA PALSU.
- KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU BERMULA DARI BARUS SEJAK ZAMAN RASULULLAH SAW, TEORI BIKINAN ORIENTALIS BARAT DAN PARA PENGIKUTNYA TERBANTAH DENGAN SENDIRI APATAH LAGI TEORI MELAKA PALSU.
- SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE BARUS DAN EMPAYAR ISLAM SIAM KEDAH KEMUDIAN TERTULISNYA UNDANG-UNDANG KEDAH 222 HIJRAH MENJADIKAN UMAT ISLAM TIDAK TERPUTUS DENGAN SEJARAH ASALNYA.
- SEJARAH HANG TUAH DAN JEBAT POLEMIK YANG SENGAJA DIBIKIN ORIENTALIS SUPAYA ORANG MELAYU TERBELIT DENGAN KONFLIK YANG MEMBELENGGU MINDA MEREKA SEHINGGA KE SAAT INI.
- USAHA-USAHA UNTUK MEROSAKKAN SEJARAH UMAT ISLAM DAN KESATUANNYA TELAH LAMA DILAKUKAN OLEH ORIENTALIS SEBAGAI CONTOH SNOUCKE HURGONJE AGEN YAHUDI DAN ORIENTALIS YANG TERKENAL PERAN MEROSAKKAN KESATUAN DI ACEH.
- ORANG MELAYU PERLU KELUAR DARI BELENGGU SEJARAH FANTASI DAN ILUSI!
- SUMBER EMPIRIKAL YANG MEMBUKTIKAN ORANG MELAYU SUDAH BERADA DI BENUA MELAYU SEJAK RIBUAN TAHUN YANG LALU.
- BUKTI ISLAM SUDAH BERTAPAK DI ALAM MELAYU 1437 TAHUN YANG LALU.
“Orang Melayu tidak perlu lagi duduk termenung dalam dilema yang tidak sudah-sudah. Orang Melayu tidak perlu lagi berasa kecil kerana telah dikecilkan oleh sejarah hasil tipu muslihat penjajah, maka yang paling utama ialah sempadan sejarah dan ilusi yang menyempitkan minda Melayu itulah yang perlu ditiadakan dahulu!”
(Herman Abdullah)
Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang kewujudan bangsa Melayu di Benua Melayu yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan daratan mahupun lautan. Umpama terowong masa, ada ketika, dengan sabar dan tabah, konvoi pasukan Jejak Warisan Jawi bersama-sama penulis membawa para pembaca kembali ke zaman silam; menjejaki realiti kisah percintaan, peperangan, keberanian, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan yang disulam pula dengan penemuan bukti-bukti tentang keindahan peradaban dan ketamadunan tinggi sebuah bangsa yang 1437 tahun dahulu secara bijaksana telah berhijrah menjadikan Islam sebagai pegangan dan pedoman untuk mengharungi pahit manis kehidupan; pusaka ilmu paling berharga yang ditinggalkan untuk anak cucu hari ini. Fotojurnal ini adalah sebuah refleksi yang sangat bermanfaat lagi berguna untuk seluruh umat Melayu di Alam Melayu yang masih tercari-cari seluas mana wilayah Benua Melayu itu? Sebuah karya yang secara tegas memadamkan fantasi sejarah yang sempit, sempadan yang menyekat dan membelenggu minda Melayu selama ini. Sesungguhnya, naskhah ini seharusnya diwarisi oleh generasi kini dan akan datang, sebagai azimat penguat jatidiri, mudah-mudahan warisan itu kelak tidak hilang daripada genggaman.
“Jika pada sekeping lukisan terkandung padanya seribu perkataan, maka pada setiap kiasan terwakil padanya seribu makna yang tersirat.”
(Herman Abdullah)
-Fikir Dengan Kritis, semoga ia memberi manfaat bagi sekalian umat Melayu.
THE MALAY PRESS
"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamualaikum,
BalasPadamTahniah tuan kerna menghasilkan buku ini... InsyaAllah akan ke USIM dalam masa terdekat :-)
Terima kasih Husaini kerna masih setia bersama TMP...maju terus maju buat tuan juga.
BalasPadamSudah 8 tahun dalam sedar x sedar...maka Melayu harus terus bercakap..
BalasPadamSudah 8 tahun dalam sedar x sedar...maka Melayu harus terus bercakap..
BalasPadamTerima kasih Husaini kerna masih setia bersama TMP...maju terus maju buat tuan juga.
BalasPadam