"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, April 21, 2014

Peristiwa Sejarah Membentuk Jiwa Bangsa?

0 comments
Pernahkah kita terfikir apakah peristiwa-peristiwa besar yang telah berlaku di dunia dan kaitannya dengan sejarah Tanah Melayu dalam tahun-tahun yang sama seperti berikut?

Emirs & Grand Sharifs of Mecca 
AD 1803 - 1917  
Mecca was under Ottoman governors from Egypt from 1819 until 1840 while the city was under occupation. As pashas of Mecca, the representatives of Ottoman control, the grand sharifs were also able to claim the title of emir of Mecca, increasing in power until 1916, when Sharif Husayn rebelled. 

1803 - 1827 Yahya (II) ibn Surur (era Perang Musuh Bisik Pertama di Tanah Melayu)

1818 - 1822 Unable to spare forces to retake Makkah and Madinah in the Hijaz themselves, the Ottomans send Muhammed Ali Pasha, viceroy of Egypt to destroy the Saudi state. He does so in a merciless campaign which ends with the siege of Diriyya. Arabia is temporarily occupied by the pasha's forces. However, the garrisons in Arabia are unable to prevent the rise of a new Saudi state. 

1827 Abdul Mutalib ibn Ghalib Aug to Sep only. 

1827 - 1836 Muhammad ibn Abdul Muin (era Perang Musuh Bisik Kedua di Tanah Melayu)

1836 - 1843 The position is vacant during the rise of the Second Saudi SateIn 1838, Muhammed Ali of Egypt re-occupies Arabia to destroy the Saudis and restore order, but it takes until 1843 before that mission is fully achieved. 

1840 - 1851 Muhammad ibn Abdul Muin Second term of office. 

1851 - 1856 Abdul Mutalib ibn Ghalib Second term of office. Died 1886. 

1856 - 1858 Muhammad ibn Abdul Muin Third term of office. 

1858 - 1877 Abdullah Kamil Pasha ibn Muhammad (era Perang Musuh Bisik Ketiga di Tanah Melayu, era Perang Saudara di Tanah Melayu dan era British mencengkamkan kukunya di Semenanjung dan Borneo)

1877 - 1880 Hussein ibn Muhammad 

1880 - 1882 Abdul Mutalib ibn Ghalib Third term of office. 

1882 - 1905 Aun ar-Rafiq Pasha ibn Muhammad 

1905 - 1908 Ali Pasha ibn Abdullah 

1908 - 1916 Husayn / Hussein Pasha ibn Ali Son. Commanded the Arab Revolt. King of Hijaz in 1916. (era Perang Dunia Pertama dan era Perjanjian Bangkok yang memisahkan Tanah Melayu dan Selatan Siam)

1916 Ali Haidar Pasha Ottoman sharif appointed to replace Husayn, unsuccessfully. (sejarah dahulu tidak menceritakan hal Sharif Ali Haidar Pasha pilihan Ottoman ini, yang kita ketahui hanyalah hal Sharif Hussein sahaja)

1916 Husayn is opposed in Medina by Ali Haidar Pasha, the Ottoman-designated sharif to replace Husayn, ultimately unsuccessfully. 

Kings of the Hijaz & Grand Sharifs of Mecca
AD 1916 - 1925 

The Arab Revolt between 1916-1918 against the Ottoman empire was led by Husayn's eldest son, Faysal. Operations on the ground were commanded jointly by Sharif Ali, and British Army officer T E Lawrence. Lawrence managed to combine the power of several Arabic tribes to drive the Turks north in a series of campaigns in coordination with the British forces in the Middle East. Once the Arabs captured Damascus they secured a semblance of power (very well depicted in the feature film Lawrence of Arabia). In subsequent bargaining with the British who now controlled the region, Husayn claimed Arabia and Faysal became king of Greater Syria. 



1916 - 1925 Husayn King. Final claimant of Islamic caliphate (1924-1925). Died 1931

1922 Britain assumes official governance of Palestine under the terms of its League of Nations mandate. At this time, Palestine encompasses not only modern Israel and the West Bank, but all of the Transjordan territory to the east of the river of the same name. 

1923 - 1924 The Ottoman empire collapses and on 29 October 1923 a republic of Turkey is declared. 

On 1 November the newly founded parliament formally dissolves the sultanate, and in the same year British-administered Transjordan is separated from Palestine. 

On 1 March 1924, the caliphate is formally abolished, and two days later the title is claimed by Husayn. The claim is not met with universal support from fellow Arabs, especially the Al-Saud, who care nothing of it. 

The Arab Revolt of 1916-1918 helped to destroy Ottoman hegemony over Arabia 

1925 Ali Son of Husayn. King. Last grand sharif. Died 1934. 

1925 The Hashemites are overthrown in Arabia by Abdul Aziz, also known as Ibn Saud. Abdul Aziz declares himself king of the Hijaz in 1926. Hashemite rule to the north of Arabia continues with Husayn's sons, with Abdullah in Transjordan, and Faysal in Iraq. Husayn and Ali both find a new home in Transjordan, where Husayn continues to use the title of caliph. (pada ketika situasi di Mekah dan Madinah tidak stabil akibat perang, pembunuhan dan pertukaran kuasa, begitu juga dengan keadaan dan kedudukan masyarakat Melayu Jawi yang sudah sekian lama menetap di sana. Mereka juga terganggu akibat keadaan yang tidak menentu tersebut. Tetapi syukur, sehingga ke hari ini kebajikan dan keselamatan orang Melayu Jawi dan nusantara masih lagi terjamin dan dihormati di sana.)

Hashemite Transjordan
AD 1918 - 1946 

The area of modern Jordan which lies on the eastern shore of the Dead Sea was, in the second and first millennia BC, part of the kingdoms of Edom and Moab. Successive empires then controlled the region, including those of Babylon, the Persians, and the Seleucid Greeks, before a period of fragmentation in which the Nabataeans and Kedarites flourished. Then Rome became the main authority, although inroads were made by the Parthians and Sassanids. The Byzantines lost the region to the Islamic empire in the seventh century and this, in turn, was taken over by the Ottoman empireThe Arab Revolt (led by the Hashemites) and the British campaign of 1916-1918 pushed them out, eventually paving the way for Arab independence following the conclusion of the Second World War. 

1918 - 1922 Transjordan is controlled by the British military forces that had been instrumental in freeing all of Palestine of Ottoman control (the initial steps towards this control are shown in the feature film Lawrence of Arabia). 

1921 - 1949 Abdullah I Son of Husayn. (era Perang Dunia Kedua dan era Penubuhan Parti-parti Politik di Tanah Melayu)

Emir (1921-1946), and then first king of Jordan. 

1922 Britain assumes official governance of Palestine under the terms of its League of Nations mandate. At this time, Palestine encompasses not only modern Israel and the West Bank, but all of the Transjordan territory to the east of the river of the same name. 

1923 The Jordan state is created as a British protectorate to be governed by Abdullah, partly in reward for his agreement not to attack French-held Syria following their expulsion of his brother, Faysal in 1920

1937 On 7 July the British 'Peel Commission' recommends partitioning Palestine into separate Jewish and Arab states. Abdullah supports this as it means the Arab section will be incorporated into Transjordan. While the Jews accept the commission's findings reluctantly, the other Arabs states do not, and it is eventually dropped. 

1946 Following the conclusion of the Second World War, in which Jordan had remained a staunch ally of Britain, the British mandate for Transjordan comes to an end. The emirate's independence is announced on 25 May, as the 'Hashemite Kingdom of Transjordan'. 

end.
source:http://www.historyfiles.co.uk/KingListsMiddEast/ArabicHashemites.htm

Tidak mustahil peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di atas ini; secara langsung atau tidak, samada yang nyata atau yang telah disembunyikan, telah pun yang membentuk jiwa bangsa dan pemikiran kita seperti hari ini. 

Yang nyata apabila institusi kesultanan Ottoman Turki itu di bubar dan ianya menjadi sebuah republik, maka terlerailah ikatan sebuah negara di bawah satu naungan, dan lebih mudahlah sesebuah negeri itu menuntut wilayah autonomi dan kemerdekaan dengan pemerintahan sendiri. 

Boleh atau tidak perkara yang sama berlaku di Tanah Melayu iaitu menjadi bercerai berai, jika kita menjadi republik of Malaya? 

Yang jelas perebutan kuasa dan harta tidak mengenal darah daging dan juga saudara.

Wahabi peduli apa?



Read full post »

Rabu, April 09, 2014

HAIL MARY 1967 YAHUDI ISRAEL

0 comments
Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab

Permulaan-Satu Kemusnahan
Ianya bermula pukul 7:10am 5hb Jun 1967- waktu Israel. Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis, pelatih2 era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor. Jet2 Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere dan Mirage. Mereka berlepas mengikut rutin patrol harian.


4 minit kemudian, skuadron sebenar - Ouragan Bombers berlepas dari Hatzor, selang 5 minit diikuti pula oleh skuadron Mirages dari Ramat David dan 15 Vatours dari Hatzerim. Dalam pukul 7:30am sebanyak 200 buah pesawat pelbagai jenis sudah memenuhi ruang udara Israel. 

Terkandar di atas bahu skuadron Israel ini arahan daripada Komander Udara Motti Hod :


"The spirit of Israel's heroes accompany us to battle...From Joshua Bin-Nun, King David, the Maccabees and the fighters of 1948 and 1958, we shall draw the strength and courage to strike the Egyptians who threaten our safety, our independence, and our future. Fly, soar at the enemy, destroy and scatter him throughout the desert so that Israel may live, secure in its land for generations."


Mereka terbang rendah, tidak lebih dari 15 meter untuk mengelak dari dikesan radar tentera Mesir - ada 82 buah semuanya di serata tempat. Kebanyakkan pesawat mengarah ke Barat - ke Laut Mediterannean sebelum membelok kembali ke arah Mesir. Selainnya pula mengarah ke Laut Merah menuju sasaran di kawasan pedalaman Mesir.


Komunikasi radio sama sekali tidak dibenarkan- arahan yang sangat penting untuk di patuhi. Komunikasi hanya dengan isyarat tangan! Tujuan mereka adalah "is to reaching the Egyptian coast without being spotted". Kol. Rafi Harlev, Cif Israel Air Force telah mengarahkan tiada komunikasi radio diantara juruterbangnya, biarpun terdapat kerosakan mekanikaljika terpaksa terhempas ke laut maka ke lautlah!


Sungguhpun begitu pilot2 Israel lebih terlatih dari saingan mereka pilot Mesir. Mereka lebih pengalaman dan mempunyai lebih masa penerbangan. Hampir kesemua pesawat mereka 65 Mirages, 35 Super Mysteres, 35 Mysteres Mark IV, 50 Ouragans, 20 Vatour light bombers dan 45 Fougas boleh beroperasi dengan baik.


Mereka sebenarnya sudah berulang2 kali membuat latihan peperangan dengan bersimulasikan lapangan terbang Mesir - secara rahsia! Hanya segelintir menteri yang tahu mengenai hal itu. Walaupun begitu, maklumat dan sasaran lokasi tentera Mesir memang dalam tangan Israellokasi setiap jet pejuang Mesir serta nama dan pangkat sehinggakan kepada suara juruterbang Mesir juga mereka tahu!


Kesemua maklumat ini telah dibocorkan oleh Wolfgang Lotz seorang yahudi kelahiran German yang mendapat maklumat dari hubungan baiknya dengan pegawai dan ketua staff tentera Mesir sebelum dia berjaya dicekup pada 1964. Selain itu, sumber risikan Israel juga disalurkan oleh pegawai Inteligen Yahudi di Mesir bernama Anwar Ifrim dan 'Ali al-'Alfi, masseur(ini maksudnya tukang urutlah) peribadi Gamal Nasser.

Inilah yang dikatakan oleh Hod sebagai:

"Israel's real time intelligence on Egypt's aircraft".


Mesir Lena DiUlik Mimpi
Mesir pulak satu hal, tidak langsung menghiraukan keselamatan jet pejuang mereka - rata2 buatan Russia - MIG, Ilyushin, Topolov dilonggok dalam satu pengkalan. Memudahkan Israel mensasarkan serangan mereka. Walaupun sebelum ini sudah dicadang pembinaan hangar konkrit , tapi cadangan itu dipandang sepi oleh pemerintah atasan tentera Mesir. Pesawat juang Mesir dibiar berpanas di tengah lapang tanpa sebarang perlindungan, waima sandbags pun kurang!


"A fighter jet is the deadliest weapon in existence - in the sky, but on the ground it is utterly defenseless," kata Hod Ketua Staff IAF.


Dalam masa musuh semakin mara, hampir kesemua pesawat Mesir dalam keadaan sejuk enjin dibasahi embun pagi, dan semua juruterbang sedang menikmati sarapan pagi. Walaupun begitu, pihak Mesir memang menjangkakan jika ada serangan Israel maka ia akan berlaku di awal subuh, oleh itu sebagai rutin mereka telah pun menghantar skuad tinjau untuk mengawasi ruang udara mereka pada waktu2 berikut. Pesawat tinjau pulang dan mendarat seawal 8:15am, rondaan cepat sejam dari pesawat Israel yang mendatang, dan gagal mengesan kehadiran mencurigakan dari skuadron Israel. Rutin harian tentera Mesir ni juga sudah diambil kira oleh perisik Israel sebelum memulakan serangan mengejut pada pagi 5 June tersebut!


Ada juga sumber2 mengatakan bahawa pada malam sebelumnya, pimpinan tentera Mesir telah dihiburkan dengan wanita2 cantik agen spy Yahudi sehingga mereka mabuk dan lupa diri untuk tegak menghadapi serangan Yahudi.


Andaian ini boleh dianggap benar kerana pagi itu tentera Mesir seumpama masih lalok, tidak berdaya menahan asakan skuadron Yahudi - taktik perempuan cantik ini pun memang selalu diguna pakai, dan menjadi favorit untuk cerita perisikan seperti James Bond. Wanita cantik juga selalu dijadikan umpan merosakkan pimpinan peringkat tertinggi angkatan tentera sesebuah negara!


Radar Jordan
Radar yang paling canggih dalam dunia Arab dimiliki oleh Jordan - buatan British, telah mendapat isyarat mengenai kemasukan pesawat dalam kuantiti luar biasa ke ruang udara Mesir di Sinai. Sangkaan mereka ini hanyalah rutin biasa tentera Israel, tetapi dalam ketidaktentuan itu, amaran masih juga disampaikan kepada pihak Mesir.


Satu kelemahan tentera2 Arab ini adalah kurang koordinasi yang tepat. Maka maklumat penting seperti itu tidak dapat disampaikan dengan segera kepada tentera Mesir. Sementelah pula, malam itu tentera Mesir sudahpun mengubah frekuensi kod mereka tanpa memberitahu pihak Jordan. Sungguhpun begitu pihak Jordan terus juga menghantar kod amaran berkali2 ke Mesir.


Di pihak Mesir pula, walaupun maklumat itu berjaya disampaikan, Shams Badran-Menteri Pertahanan Mesir tidak dapat untuk dihubungi, kerana beliau pergi masuk tidur beberapa jam sebelum itu dan memerintahkan supaya tidak diganggu! Begitu juga Kol. Mas'ud al Junaydi yang incharge untuk decoding dan juga Ketua Operasi Udara General Gamal 'Afifi - mereka ini orang penting yang tidak dapat dihubungi pada waktu itu. 

Ruang udara dan tentera Mesir masih telanjang...tidak tahu bahana yang akan menimpa! Kemana mereka dalam saat2 genting seperti ini?


Taktik Hail Mary
Di pihak Israel, masa2 berikut adalah paling mendebarkan buat mereka. "The suspend was incredible," kata Ezer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it, hatching it, dreaming of it, manufacturing it link by link, training men to carry it out. Now, in another quarter of an hour, we would know if it was only a dream, or whether it would come true".



Rancangannya, menggunakan sedozen skuadron udara daripada beberapa pengkalan, bergabung secara senyap. Sasarannya musnahkan sebelas target yang telah dikenalpasti dalam masa 20-45 minit! Taktik Israel ini agak merbahaya kerana meninggalkan ruang udara mereka langsung tanpa pertahanan.

Dan inilah yang dinamakan Hail-Mary taktik - sempena taktik permainan American Football-apabila semua naik menyerang tiada pertahanan di bawah. Keyakinan bahawa seluruh kekuatan Mesir akan musnah dalam serangan mengejut ini menyebabkan rancangan Hail-Mary diluluskan oleh pihak atasan tentera Israel.


Walaupun begitu, komando2 mereka sudah pun ditempatkan di seluruh sasaran strategik tentera Mesir dan bersedia meletupkan sasaran itu melalui darat jika rancangan udara mereka gagal. Adakah ini disedari oleh pihak Mesir?


Gelombang Pertama
Tepat 7:30am. Sasaran pertama kelihatan - pengkalan Fa'id dan Kibrit. Pesawat Israel bertali arus menjunam melepaskan bom meletupkan landasan tarmac, sudah terlambat bagi pihak Mesir untuk menyerang balas. Sebuah pesawat pun tidak dapat diterbangkan!


Pilot2 Mesir terkejut, tidak menyangka Israel berjaya melepasi kawalan radar mereka. Pesawat juang mereka terperangkap menjadi sitting duck bahan ujikaji Israel. Gelombang pertama serangan ini berakhir jam 8:00am. 25 serangan telah dilancarkan ke sasaran utama, termasuklah pengkalan Fa'id dan Abu Suweir, empat lapangan terbang di Sinai dan dua di Mesir berjaya dilumpuhkan sama sekali.


Yang bodohnya Mesir, tiada satu serangan balas pun dilancarkan dari darat ke arah skuadron Israel. Kesemua 100 artileri anti kapal terbang, 27 SAM-2 (Surface to Air Missiles) tidak diberi arahan untuk dilepaskan oleh Amer, kerana takut tersilap tembak kapal terbang mereka sendiri!

(Abdul Hakem Amer adalah Timbalan Ketua Perang kepada General Gammal Nasser, dia kemudian mati membunuh diri dalam tahanan kerana disyaki berkomplot menggulingkan Presiden Nasser selepas kekalahan dalam P6H. Dia jugalah yang mengarahkan pengunduran tentera Mesir dari Sinai kerana panik dengan kejatuhan Abu Ageila. Mesir sewaktu P6H, sebenarnya berada dalam konflik politik orang No 1 dan No 2 dan kerana itu jugalah cadangan2 bernas diantara kedua2 kem tidak sampai untuk dilaksanakan)


Gelombang Kedua
Kali ini walaupun pihak Israel mendapat tentangan hebat, mereka berjaya melakukan 164 sorties (serangan) dan memusnahkan 107 pesawat. Dalam serangan pagi itu keseluruhannya pihak Israel berjaya memusnahkan 286 pesawat - 30 Tupolev-16s, 27 Ilyushin-28 medium bombers, 12 Sukhoi-7 fighter-bombers, 90 MIG-21 interceptors, 20 MIG-19's, 75 MIG-17's, 32 pesawat angkut dan helikopter - suku dari pilot Mesir terkorban dalam serangan itu. 13 pengkalan lupus-musnah, 23 radar hancur termasuklah pusat anti kapal terbang.


Pada jam 10:35am Hod melaporkan kepada Rabin:

"the Egyption air force has ceased to exist".


Tentera Arab Terkangkang
Kemusnahan dahsyat di pihak Mesir, menyebabkan seluruh negara Arab terkedu! Tragedi paling dahsyat dalam sejarah peperangan Arab - Israel. Inilah tanda2 awal kejatuhan terus menerus tentera Arab di tangan Israel dalam hari2 yang berikutnya (selama 6 hari) dan badi itu membawak sehingga ke hari ini.

Ramai ulama2 seluruh dunia kemudiannya turut hadir dalam peperangan ini, termasuklah dari Tanah Jawi, tetapi itu tidak cukup untuk mengekang kemaraan Israel. Akibatnya Mesir terlepas Sinai dan Syria terlepas Bukit Golan dan Palestine terlepas Baitulmaqdis 'tetapi bukan untuk selama-lamanya'. Ulama2 seluruh dunia memfatwakan ini sebagai Perang Sabil, tetapi setakat memberi nama Perang Sabil tidak cukup untuk menggerak kekuatan dan semangat Jihad yang sebenar.

Puncanya adalah kerana tentera Islam tidak dipimpin oleh sebaik2 pemimpin dan askarnya juga bukanlah sebaik2 askar! Perlu diingat memang mudah menyebut perkataan jihad daripada melaksanakannya. Masih ingat peperangan Khaibar dizaman Rasulullah SAW? Siapakah yang ditugaskan untuk menumbangkan pertahanan Yahudi dan bagaimanakah pula pula ciri-ciri pemimpinnya?

Pihak Yahudi tidak pernah lupa dan dendam mereka tidak pernah kunjung padam akibat runtuhnya Tembok Khaibar ditangan Saidina Ali Abi Talib R.A. Sehinggakan Rasullullah SAW juga hampir diracun semasa tinggal disitu.

Mereka (puak Yahudi) juga tidak sekali2 akan membenarkan umat Islam melahirkan pemimpin2 yang berciri dan berkualiti sedemikian rupa di dunia hari ini. Jika ada mereka akan cantas seawal mungkin. Tetapi bolehkan Yahudi selama-lamanya merancang dan mencatas tunas baru umat Islam?


Tidak dinafikan juga bahawa Amirika, British dan Perancis adalah dalang disebalik P6H. Disamping medan untuk menguji teknologi dan kekuatan senjata mereka menentang teknologi blok komunis yang diketuai USSR.



Harapan Tinggal Harapan
Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Ottoman, umat Islam amat berharap Pak Arab dapat menebus maruah umat Islam, malangnya malapetaka terus menimpa. Sebabnya adalah kerana tiada penyatuan dikalangan pemimpin Arab kerana mereka berperang diatas dasar asabiah dan politik.

Koordinasi sesama mereka juga amat lemah, dan ada juga pemimpin negara Arab (Jordan) yang berperang dibawah pengaruh Amirika - berperang tidak sepenuh hati; semata2 menjadi pencukup korum dan main tangkap muat. Pemimpin Jordan dikatakan menelepon Amirika meminta izin untuk berperang sebagai menjaga hati lain2 pemimpin Arab! Arab Saudi semestinya tidak campur tangan dalam perang ini.

Mesir pula sewaktu itu adalah pendokong ideologi Socialist bawaan Soviet Union. Ramai alim ulama Mesir yang dibunuh secara zalim pada zaman itu.


Maka apabila tewasnya Mesir maka terkuburlah juga cita2 Gamal Nasser untuk menjadi wira Arab seperti Salahudin Al-Ayubi. Sehinggalah kepada zaman Anwar Sadat; yang mana dendam Mesir terbalas dalam perang Yom Kippur tetapi beliau dibunuh sewaktu perarakan tentera kerana perjanjian Camp David-yang ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai mengiktiraf kewujudan negara haram Yahudi.

Setelah itu berakhirlah era Mesir sebagai champion liga Arab. Hari ini harapan tinggal harapan. Masih tiada tanda2 penyatuan negara Arab dalam dunia hari ini. Walaupun satu bangsa, satu bahasa dan satu liga, mereka tidak bersatu hati, lebih2 dalam menyelesaikan masalah Palestine.

Dalam keadaan ekonomi mereka yang teruk dikontrol sistem kapitalis dan percaturan politik order baru dunia, kebangkitan bangsa Arab dari semenanjung sebagai suatu kuasa besar seakan2 mustahil- mustahil mereka kembali menggapai kecermerlangan silam.


Walaupun banyak duit dan dilengkapi dengan segala kelengkapan canggih dan teknologi barat, Perang Enam Hari telah membuktikan bahawa persediaan taktik dan strategi amat penting untuk memenangi sesuatu perperangan. Tentera Arab amat lemah dan kurang dari segi persediaan seumpama itu. Mereka sebenarmya telah dipermain2kan oleh pihak Barat dan Soviet.

Bagaimana mungkin Palestin dilepaskan Yahudi sedangkan perancangan itu sudah lama dipersetujui oleh England, Perancis, Amirika dan negara2 Eropah yang lain semenjak Perang Sabil yang pertama lagi?


Perang Enam Hari mengubah peta arab dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan umat Islam mempertahankan diri mereka. Kekalahan itu amat memalukan dan amat pedih untuk diterima oleh seluruh umat Islam. Secara tidak langsung fasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari membolehkan pihak Yahudi menginjak maruah umat Islam sehingga tidak berupaya bangun sehinggalah ke hari ini.


Oleh itu masihkah kita mahu bergantung kepada kekuatan dan pimpinan Arab dalam membawa kecemerlangan Islam seperti masa lampau?


Penulis rasa mungkin tidak buat masa yang terdekat ini.

-----------------------------------------------
Nota Penulis:

"Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang,"...betul lah tu.


Susunan: The Malay Press
Rujukan: Michael B. Oren, 2002, Six Days Of War: June 1967 and the Making of Modern Middle East, Penguin Books, US



Was Published on Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab | 7/11/2008 12:11 AM Malaysian Time.


Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger