"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Mac 13, 2011

Cabaran Akidah - Pemikiran Islam Liberal


Selingan, disamping membicara soal sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, para pembaca perlu juga peka akan cabaran yang melanda umat Islam dewasa ini. Serangan ini berlaku sejak zaman Nabi Adam a.s dan seterusnya ke setiap zaman nabi-nabi yang berikutnya,  sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w dan tidak akan sudah sehinggalah ke qiamat.

Realitinya jika menurut sejarah, serangan itu memang ada, dan telah ditangani oleh pemerintah dan ulama-ulama Tanah Melayu yang terdahulu yang kasih pada agama dengan membikin undang-undang yang terang dan jelas contohnya bab hukum murtad dan menyembah berhala - silat lihat UUK dan Perjanjian dan Dokumen Lama 1791-1965 (Kes Naning - Kebebasan untuk kembali ke agama asal dan tidak dikenakan tindakan undang-undang). Dan serangan terhadap Islam itu masih ada dan masih berlaku walaupun setelah British dan Belanda meninggalkan Nusantara.

Serangan akidah itu pelbagai, dan tidak perlulah dijelaskan kerana dapat kita lihat dengan sejelas-jelasnya didepan mata kita hari ini. Agendanya tidak lain adalah mencabut agama dari umat Islam (spiritual blindness - buta mata hati) dan seterusnya membawa umat Islam dan Melayu khasnya yang khayal, secara tidak langsung dan perlahan-lahan serta halus menuju ke zaman jahiliah (tak sanggup nak sebut kafir).

Agenda ini sebenarnya ada terkandung di dalam strategi RAND Corporation - berpusat di Amirika, yang tersebut seperti berikut:

"6. Mendorong kesedaran terhadap budaya dan sejarah PRA-ISLAM yang tidak Islamik melalui media dan  kurikulum di negara-negara yang relevan." - Haji Mohammad Arifin bin Ismail, JAWI, ms 26.

Soalan yang sering diajukan:
"Ada-ke dalam sejarah Rasulullah s.a.w orang Islam berperang mempertahankan Tauhid pakai ilmu mistik seperti tangkal, kebal dan sebagainya?"


Maka berhati-hatilah ummat Melayu jangan sampai terlampau hendak menjadi Melayu sehingga tersilap perkiraan.

Wassalam.

2 comments:

  1. buku ini memang sangat menarik dan kandungannya mudah difahami.

    SJ mendapat tahu bahawa buku tersebut telah berkali-kali dicetak kerana permintaan meluas dari pelbagai pihak terutamanya mereka yang mengkaji tentang Islam Liberal.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Ya SJ. Ahlan Wa Sahlan ya Akhi.

    Ya begitulah. Islam Liberal adalah virus paling merbahaya jika tidak ditangani dengan betul.

    Bunyinya cantik tapi hasilnya bakal memurtadkan ummah.

    Jika tuan berminat dengan sejarah islam di Nusantara boleh juga dapatkan Manuskrip Undang-undang Kedah selanggaraan Mariyam Salim terbitan DBP.

    Mungkin saudara buleh mendapatkan jawapan dan senjata ampuh yang dapat menewaskan ahli2 fikir dan askeri kafir yang berusaha menjahamkan iktikad dan pegangan Islam nusantara dengan pahaman yang menyelewengkan sejarah kedatangan Islam di Nusantara.

    Buat para pembaca sekalian, SJ dalam blognya suarajagat.blogspot.com berusaha menentang agenda ajaran sesat dan sebagainya.

    wassalam.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger