"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Februari 20, 2011

REALITI BIL 12 MAC 2011 - Nusantara Melayu Terima Islam ketika Nabi s.a.w masih hidup?

13 comments


Ikuti temubual REALITI bersama seorang pengkaji sejarah realiti dari Indonesia.
Cari dan dapatkannya di pasaran.

HAB


Read full post »

Sabtu, Februari 19, 2011

Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah - [Kesultanan Kedah lebih awal daripada kesultanan Turki Ottoman]

0 comments
 [Kesultanan Kedah lebih awal daripada kesultanan Turki Ottoman]

*TMP mengambil semula artikel ini sebagai bukti dan arkib (daripada pihak akhbar) bahawa Kesultanan Tertua didunia ini adalah Kesultanan Kedah, kerajaan Islam yang berasaskan TAUHID - lebih awal dari Kesultanan Ottoman Turki! Adalah tidak logik kerajaan itu tidak punya sebuah empayar yang besar dan tidak dikenali oleh masyarakat dunia pedagang dan pendakwah. Maka cari asal usul Kesultanan Kedah untuk mendapatkan kembali sejarah Malaysia yang telah hilang. Jika Kesultanan Kedah itu tertua, maka ia ada pula undang-undangnya bernama Undang-Undang Kedah,undang-undnag syariat berlandaskan TAUHID dan sunnah Nabi. Dan kerajaan ini ada ulama-ulama dan para panglimanya. Dan ada mempunyai sejarah perang sabil yang panjang lagi sadis.  Ini kerajaan Islam bukan berasaskan mistik dan khayalan semata seperti kerajaan khayalan Melayu Melaka yang pening mencari Melayu tak jumpa punca, tak tahu nak bawak sampai ke mana. Disini kita berasaskan risalah yang asal, RISALAH TAUHID! Dan kita tidak goyang dan tidak peduli dengan segala cerita ranting dan palsu sejarah khayalan, sebab nak berkhayal ni bukannya susah. Melayu sudah lama BERKHAYAL. Maka cari dan kajilah teks UUK itu untuk mendapatkan kembali maklumat yang disembunyikan. 

Jika penduduk asal di Semenanjung itu Ansar maka Merong Mahawangsa itu Muhajirin datang membawa risalah Tauhid (dalam bentuknya kedat atau watiqah) atas syiar Islam, dan diterima syiar itu oleh pihak ansar dengan sepenuh hati. Dan pihak Muhajirin itulah yang menjadi penguasa sebab bukan kuasa, tetapi atas nilai-nilai persaudaraan dan penyatuan Islam semata. Manakala dari sudut Empayar pula, andaipun Dynasti Tang itu telah lenyap, tetapi kesinambungan Maharaja Dynasti Tang yang mendapat Islam terus dari tangan sahabat Rasulullah s.a.w itulah yang membentuk kesultanan Melayu lalu menjadi Melayu di Semenanjung ini. Itulah ibarat dan iktibarnya Risalah Tauhid yang sampai lebih 1000 tahun yang dulu, bukannya semalam.

"MELAYU TAK NAMA MELAYU KALAU TIDAK ISLAM LAGI BERSULTAN DAN SULTAN ITU ADA GURU DAN ULAMA-ULAMA 'WARISATUL ANBIA' YANG MENASIHAT - ITULAH ASAL KERAJAAN."

----------------------------------------------------------------
teks asal.


Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah -arkib 15/12/2010

Oleh Dato Zaini Hassan

SAYA dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.

Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.

Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.

Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:

‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Read full post »

Isnin, Februari 14, 2011

MEMAHAMI MAKNA AL-BARZANJI

0 comments
MEMAHAMI MAKNA AL-BARZANJI
Pada waktu-waktu tertentu dimasyarakat pada umumnya kita sering membacakan kitab Al Barzanji. Di Indonesia, kita biasa menyebutnya “kitab Barzanji” atau “syair Barzanji”. Di berbagai belahan Dunia Islam, syair Barzanji lazimnya dibacakan dalam kesempatan memperingati hari kelahiran (maulid) Sang Nabi. Dengan mengingat-ingat riwayat Sang Nabi, seraya memanjatkan shalawat serta salam untuknya, orang berharap mendapat berkah keselamatan, kesejahteraan, dan ketenteraman. Sudah lazim pula, tak terkecuali di negeri kita, syair Barzanji didendangkan biasanya, di kala menyambut bayi yang baru lahir dan mencukur rambutnya. Karena itu adalah sebuah tradisi yang sering dilakukan dari dahulu.

Oleh karena itu juga kita harus bisa memahami makna dan tujuan dari Al Barzanji itu sendiri karena pada saat sekarang ini kita sering mendapati pemahaman yang lain tentang syair tersebut yang sering kita lakukan pada umumnya, ada yang mengatakan itu dilarang (Haram) untuk dilakukan karena itu perbuatan tersebut tidak dilakukan Rasulallah SAW (Bid’ah). Meraka mengatakan hal tersebut tapi meraka juga tidak memahami makna bid’ah itu sendiri.

Dari berbagai pemahaman yang timbul dikalangan masyarkat pada masa sekarang, saya sedikit-banyaknya ingin memberikan sedikit pengetahuan mengenai Al Barzanji.

a) Sejarah Al Barzanji


Read full post »

Selasa, Februari 08, 2011

KENYATAAN ULAMA'-ULAMA' NUSANTARA MENGENAI ALLAH TIDAK BERTEMPAT

0 comments
Serangkai Empat, Rindu yang terubat.
Ulama/Panglima Perang Ahlussunahwaljamaah - Al-Syeikh `Abd al-Samad al-Falembani (titisan daripada Tuan Kadhi al-Syeikh Abdul Jalil Kadhi Besar 'Empayar Islam Benua Siam Kedah - namanya tercatat dalam UUK) , al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, al-Syeikh `Abd al-Wahhab dan al-Syeikh `Abd al-Rahman Mashri.  (harus benar jika menurut nama yang tercatat pada gambar diatas)
Maka pertahankanlah sekuasa-kuasa bagi kamu agar jangan terjebak dek aqidah sesat lagi menyesatkan agen-agen kafir tajaan British @ Wahabi dan juga Syiah.


KENYATAAN ULAMA'-ULAMA' NUSANTARA MENGENAI ALLAH TIDAK BERTEMPAT
by Al-Asyairah Al-Syafii on Saturday, February 5, 2011 at 11:58pm

ULAMA` NUSANTARA[1]

Al-Shaykh Daud ibn Abdullah al-Fatani berkata dalam kitabnya al-Durrur al-Thamin[2]:

“Maka wajib atas mukallaf menafikan daripada Allah Tuhan sekalian alam daripada serupai akan Dia dengan segala yang baharu seperti jirim dan `arad dan yang melazimkan bagi jirim dan `arad (dan) lazim bagi jirim itu empat perkara iaitu baharu dan bersusun dan mengambil lapang (ruang atau tempat) dan qabul bagi `arad  seperti maqadir (ukuran dan  sukatan) dan jihah (arah) dan zaman dan hampir dan jauh dan kecil dan besar dan bersentuh dan bergerak dan diam…”.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger