"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Ogos 30, 2009

Iskandar Zulkarnain: destinasi akhirnya selatan?

13 comments
Foto: Tanjung Piai, Johor. Penjuru Benua Asia paling selatan.


Keterangan Surah Al Kahfi:


"Mereka bertanya kepada engkau Muhammad tentang masalah Zulqornain. Katakanlah: tunggulah akan aku bacakan keterangannya kepada kamu, sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan dimuka bumi dan Kami berikan jalan-jalan untuk mencapai cita-citanya. Maka lalu ditempuhnya jalan-jalan itu" (ayat 83-84-85)


"Kemudian sampailah Iskandar ke sebelah Barat ke arah matahari terbenam dilihat matahari seolah-olah terbenam dalam lumpur hitam yang mendidih. Didapatinya disitu suatu bangsa umat manusia. Kami berkata: Hai Zulkarnain terserah kepada engkau, apakah engkau akan menyeksa bangsa itu dengan memerangi mereka, ataukah engkau akan membuat perdamaian kepada mereka" (ayat 86)


"Jawab Iskandar: Barangsiapa berbuat kezaliman, maka kami akan siksa dia, kerana mereka tidak mahu beriman. Kemudian mereka akan kembali kepada Tuhannya dihari kemudian ia akan mendapat siksaan yang pedih. Dan barangsiapa beriman lalu beramal soleh, maka ia akan menerima balasan yang baik. Dan akan kami suruh dia melakukan pekerjaan yang kami gampang" (ayat 87-88)


"Kemudian ditempuhnya suatu jalan, hingga sampai ke arah matahari terbit (Timur), atas suatu bangsa yang belum kami jadikan suatu dinding bagi mereka, demikianlah sesungguhnya kami apa yang ia kerjakan" (ayat 89-90-91)


"Kemudian Zulqarnain menempuh jalan (kearah Utara) hingga sampai ke sebuah negeri yang letaknya berada di antara dua gunung dan disitu didapati suatu bangsa, yang hampir tidak dapat dimengerti bahasa mereka itu" (ayat 93)


"Mereka berkata: Ya Zulqarnain. Sesungguhnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj membuat kerusakan dimuka bumi. Maukah Tuan kami beri upah agar tuan membuat tutupan yang memisahkan kami dari (gangguan) mereka itu." (ayat 94)


"Kata Zulqornain: Apa yang Tuhanku berikan kepadaku lebih baik buat diriku. Oleh kerana itu bantulah aku dengan sungguh-sungguh semoga aku buatkan sebuah bentengan"(ayat 95)


"Kata Zulqornain: Berikanlah padaku kepingan-kepingan besi, letakkan disitu sehingga sama rata dengan dua tepi gunung. Tiupkanlah kepingan besi itu sehingga menjadi cair merah seperti api. Kata Zulqarnain tuangkan kepingan tembaga" (ayat 96)


"Lalu bangsa Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat memanjat dinding itu. Dan tidak sanggup pula mereka melubangi" (ayat 97)


"Kata Zulqornain: Inilah rahmat dari Tuhanku. Maka apabila telah datang saat kiamat nanti apa dijanjikan Tuhanku, runtuhlah dinding ini. Dan adalah janji Tuhanku itu tepat" (ayat 98)


"Kata Allah: Kami tinggalkan SEBAHAGIAN keturunan Ya'juj dan Ma'juj bercampur baur dengan manusia. Dan ketika ditiup sangsakala dihari kiamat lalu kami kumpulkan mereka disuatu tempat (padang Mahsyar)" (ayat 99)


Keterangan ayat:


Dengan keterangan ayat surah Al-Kahfi diatas, jelas Zulqornain mendapat petunjuk jalan dari sisi Allah, sampai ia menjelajahi negeri-negeri disebelah Timur dan kesebelah Barat (Afrika) terus ke Utara menyerukan kepada umat manusia supaya bersatu dalam kepercayaan beriman kepada Allah s.w.t


Dalam ayat itu diceritakan pula tentang Iskandar memberikan pertolongan kepada suatu bangsa yang bahasanya hampir tidak dapat dimengerti. Ia memberi pertolongan kepada bangsa itu dengan membuat dinding tebal yang teguh dengan cairan besi dicampur dengan cairan tembaga. Sehingga bangsa Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat mengganggu mereka lagi.


Akan tetapi kata Allah bila sudah tiba janji Allah dengan datangnya hari kiamat, dinding baja akan runtuh dan akan keluarlah Ya'juj dan Ma'juj.


Demikianlah usaha Iskandar Zulqornain akan mempersatukan umat manusia Timur dan Barat didalam satu kepercayaan kepada Allah s.w.t.


Kemudian diakhir zaman nanti akan muncullah seorang yang mempunyai cita-cita demikian yang mendapat julukan Imam Mahdi yang mendapat bimbingan dari Tuhan dan diberi kekuasaan dimuka bumi yang dapat mempersatukan umat manusia.


source: Berita Alam Ghaib Sebelum dan Sesudah Hari Kemudian, 1979.


--------------------------------------------------


Nota Penulis:


Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Datanglah apa jua sumber rujukan sekalipun - dari punca mana sekalipun, namun bagi menetapkan ketentuan sejarah dan memberi pertunjuk tentang perjalanan sejarah manusia ini tiadalah apa yang boleh menandingi Al-Quranur Karim - darinya terdapat segala kisah nabi-nabi untuk dijadikan teladan kepada umat manusia. Maka berpeganglah kita padanya disamping sunnah - ijmak dan qias bagi menentukan hukum.


Oleh itu dalam hal Iskandar Zulkarnain - yang telah tertulis namanya didalam Undang-undang Kedah, telah temaktub bahawa adat istiadat yang telah diturunkan dan diamalkan oleh bangsawan dan Maharaja Islam Benua Siam Kedah itu datangnya dari protokol Zulkarnain yang berlandaskan syariat Nabi Ibrahim Khalilullah.


Ia tersebut sedemikian rupa:


"Syahadan maka pukul gendang nobat lagu Ibrahim Khalilullah. Maka menjunjung duli bentara tiga kali, iaitu mengatakan "Daulat Tuanku". Maka sebanyak-banyak menjunjung duli tujuh bingkis atau lima kali." (UUK MS 33)


"Fasal pada menyatakan faedah raja-raja di dalam negeri. Maka tiap-tiap raja itu mengadakan ia pekerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu, dan majlis istana Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang di atas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu [] akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu di atas sembilan hukum." (UUK MS 49)


Baiklah tuan-tuan, petunjuk utama telah mengatakan bahawa Iskandar Zulkarnain ini diberi kelebihan oleh Allah swt diatas muka bumi ini untuk menyeru dan mengembalikan manusia ke jalan yang benar. Dan baginda telah pun pergi menurut jalan-jalan yang telah ditentukan ke Barat - Timur dan akhirnya ke Utara untuk berjumpa Ya'juj dan Ma'juj.


Cuma jika tuan-tuan perasan cerita itu seakan-akan tergantung disitu dan baginda belum lagi menuju ke selatan sebagai pelengkap destinasinya iaitu empat penjuru dunia...


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 52. JAGA LAH TANAH SEMENANJUNG INI SEBAIK MUNGKIN.


Wassalam.

Read full post »

Sabtu, Ogos 15, 2009

Pembunuhan JWW BIRCH - Arahan siapa?

8 comments
Sila baca petikan dibawah dan fahamkan keadaan sebenar yang berlaku di Perak setelah pengkhianatan Raja Muda Abdullah yang bermuafakat dengan British didalam Perjanjian Pangkor 1874. Dimana dalam perjanjian itu terang-terang British mengiktiraf Raja Muda Abdullah dan mengenepikan Paduka Seri Sultan Ismail sepupu DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah Duli Yang Dipertuan Kedah yang mempunyai hak atas wilayah Kinta yang kaya dengan bijih timah.

Walhal Paduka Seri Sultan Islmail ini mempunyai segala kelengkapan dan peralatan kebesaran Diraja yang sah kerana diperkenan oleh DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah.

JWW Birch vs Sultan Ismail Kinta

Kesimpulan dan persoalan yang mesti dijawab:

1. Bagaimana Raja Muda Abdullah dan orang-orang kuatnya seperti *Laksamana (Mohd Amin?) pula diangkat sebagai pejuang sedangkan merekalah yang berkhianat?

2. Sudah terang Dato Maha Raja Lela dan Dato Sagor tidak berpihak kepada Boneka British iaitu Raja Muda Abdullah dan bertindak membunuh Birch atas arahan Paduka Seri Sultan Ismail yang sah sebagai penguasa Wilayah Kinta.

3. Selepas peristiwa 'revenge and execution oleh British 1876' termasuklah pembunuhan DYMM Sultan Jaafar Mad Azam Syah (yang telah digelapkan dari sejarah) maka British mengambil Perak dan Thai mengambil Kedah.

4. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 datang pula Perjanjian Bangkok 1909 yang membahagi 2 Tanah Semenanjung. Berikutan dari itu pada 1913 barulah datang Enakmen Rizab Melayu dibuat British yang secara rasmi menukar nama Tanah Semenjanjung kepada Semenanjung Tanah Rizab Melayu @ Semenanjung Tanah Melayu. (asalnya Tanah Adat atau Tanah Anugerah Sultan)

5. Kalau 'Sebenar Melayu' itu meng-amok apa akan jadi pada Malaya hari ini? (bukan yang macam Melayu dalam PAS-PKR-UMNO yang dok kecoh tak tentu hala tu. Minta maaf cakap, tu seme pasai politik x leh pakai! Tak percaya baca sejarah, tak sompek lari jang...)

6. Maha Raja Lela and the Gang memang tak takut mati - walaupun yang menebas kepala Si Birch itu adalah Siputum tetapi tetap Dato Maha Raja Lela mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Sikit pun tak lari...demi agama, bangsa dan nagara Kedah.

7. At-Tarikh Salahsalah Negeri Kedah dibikin pada tahun 1923 atas arahan Sultan Abdul Hamid bertujuan menghalalkan sejarah Merong Mahawangsa beragama Hindu-Buddha setelah British dan Thai menjalankan konspirasi menutup dan menggelapkan sejarah sebenar Bangsa Melayu yang beragama Islam semenjak ribuan tahun dahulu di Semenanjung Siam-Malaka ini.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian - ada atau tidak penentangan orang Melayu (Siam) terhadap kemasukan British di Tanah Semenajung ini?

Patutkah gelaran syahid diberikan kepada mereka yang menentang British dan gelaran pengkhianat bangsa kepada mereka yang bersekongkol dengan penjajah? Fikir-fikirkanlah...

Selamat menyambut hari Merdeka ke 52 dengan fikiran dan jiwa yang merdeka!

Sila baca petikan dibawah dengan teliti.
































































































































































































































































end

* Offer masih lagi terbuka untuk iklan jual tanah dibawah.
Read full post »

Ahad, Ogos 09, 2009

TANAH MELAYU UNTUK DIJUAL - SOLD!

0 comments


































ASSALAMU'ALAIKUM Tun/Tan Sri/Dato Seri/Dato'/Dr/Ir/Professional/Petani moden dan para pembaca yang dikasihi sekalian.

ADA SEKEPING TANAH RIZAB MALAYU KELUASAN 1 EKAR - DUSUN BUAH-BUAHAN - TEPI SUNGAI - JUGA SESUAI UNTUK KEDIAMAN MEWAH - UNTUK DIJUAL.
SILA HUBUNGI - EMAIL THEMALAYPRESS@YAHOO.COM UNTUK KETERANGAN LANJUT.

SEKIAN. HARAP MAKLUM.
Read full post »

Isnin, Ogos 03, 2009

Coup d'état Young Turks 1908 (updated)

3 comments

Menyambut petikan dari blog SNK - Siam Ramadhan yang telah menyentuh dengan panjang lebar kisah pihak British yang secara licik menjatuhkan khalifah kerajaan Islam satu persatu, sebermula dari Empayar Mughal India, Empayar Manchu China, Empayar Islam di Benua Siam-Kedah dan terakhir sekali pusatnya iaitu di Mekah dan seterusnya Istanbul.

Maka disini ditayangkan semula klip video diatas, yang dalam perkiraan TMP amat sesuai untuk diambil iktibar bagi mereka yang masih belum nampak perancangan British dan Perancis yang bergerak secara global dan total menjahanamkan empayar Islam semenjak kurun ke 17 lagi.

(1791 British mencuri tapak di Pulau Pinang hasil bantuan Raja Abdullah anak kepada bini kedua Perdana Menteri Kedah Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa - refer UUK)

Apabila kita menyebut empayar, maka tergambar-lah kita akan keagungan sebuah kerajaan yang di dalamnya terdapat segala macam kepandaian dari segi falsafah, sains, teknologi dan ilmu perang para panglimanya.

Tetapi apa yang menghairankan kita hari ini ialah sejarah Islam kita tidak langsung mahu menyebut tentang keagungan Empayar Islam Ottoman dari segi falsafah sains dan teknologinya. Melainkan dikata pula kegemilangan Islam berakhir dengan kejatuhan kerajaan Baghdad dan Cordoba di Sepanyol. Berapa ratus tahun bezanya antara dua zaman tersebut?

(Jadi bagaimana mungkin sebuah bangsa boleh membina sebuah empayar yang besar tanpa bantuan daripada cerdik-pandai yang menyumbangkan kekuatan dari segi sains dan teknologi, contohnya Sultan Muhamad Al Fateh yang mengawal Selat Bosphorus dari kemasukan kapal asing sewaktu menakluk Constantinapol? Inginkan contoh lain yang nyata? Lihat sahaja bagaimana Navy Iran yang mengawal Teluk Parsi dari di monopoli oleh armada Amirika - dari mana datangnya teknologi Iran itu?)

Jika direnung kembali, maka jelaslah usaha penggelapan sejarah empayar Ottoman sebenarnya adalah antara agenda mereka (pihak Eropah) untuk memutuskan dan menjauhkan umat Islam hari ini dari mengetahui pencapaian sebenar mereka dalam bidang itu yang pada hakikatnya tidaklah teruk mana pun. Cuba bayangkan, apabila sebut sahaja sains dan Islam maka kita secara automatik akan ter-bawak sampai ke zaman Aladin di Baghdad - itu cerita zaman Tok Kadok, jadi sebab itulah ilmu Islam itu nampak lapok.

Tetapi jika kita selak sahaja sejarah empayar Islam Ottoman maka kembalilah kita bertaut dengan sejarah kita yang hilang. Jadi mengapa perlu kita menangis mengenangkan Baghdad yang kononnya dibakar pihak Monggol tetapi pada masa sama membenarkan pula Al-Tusi (astrologer Islam) membina pusat kaji bintang (observatory center) yang terbesar dan tercanggih (didunia) di Maragha dibawah naungan Hulagu Khan?


















"The library of the observatory contained 40,000 books on many subjects, related to astrology/astronomy as well as other topics. A number of other prominent astronomers worked with Tusi there, such as Muhyi al-Din al-Maghribi, Mu'ayyid al-Din al-'Urdi, from Damascus, Qutb al-Din al-Shirazi, and Hulagu's Chinese astronomer Fao Munji whose Chinese astronomical experience brought improvements to Ptolemaic system used by Tusi."

Ini menunjukkan pihak Monggol tidak membakar buku dan menghancurkan perpustakaan, malah membenarkan dan menghargai pihak sarjana Islam. Lautan dakwat sungai Tigris itu hanya kata yang diperbesar-penyedap cerita sahaja, tapi bukanlah fakta yang sebenar.

Yang di lanyak Monggol itu sebenarnya puak Syiah Hasyasyin yang kejam dan tidak berperi kemanusian beserta konco-konconya sekali. Dan barangkali yang dibakar dan dibuang itu adalah buku-buku sihir - tahyul khurafat, komik mangga, urtv, variapop kepunyaan puak 'syiah taik candu' ini tadi yang memang tidak membawa faedah kepada umat Islam sejagat.

Baiklah, jika tuan-tuan melayari klip diatas, maka awaslah terhadap tuduhan 'traitor' yang dilemparkan kepada Shariff Hussein Mekah oleh segelintir pihak dari Turki yang mungkin terkeliru dengan kerjasama antara pihak Arab dan British dalam melaksanankan kempen Arab Revolts 1916 - di mana dalam kempen tersebut pihak Arab berjuang untuk kemerdekaan wilayah Arab dari genggaman Turki Young Turks yang pada ketika itu telah pun menguasai kerajaan Ottoman melalui Coup of 1908 dan 1913 (sila baca petikan akhbar The New York Times dibawah sebagai bukti tentang rampasan kuasa yang berlaku di Turki)


Tetapi sayang sekali, walaupun pihak Syarif mempunyai muslihat, tetapi pihak Ingris sebenarnya berada dalam momentum yang kukuh dalam perancangan mereka memecah belahkan wilayah Islam dan merampas tanah Arab di Palestine buat menunggu kedatangan Raja mereka di masa peperangan akhir zaman kelak.

Oleh itu, walaupun pihak Syarif dalam beranggapan dengan terlepasnya mereka dari cengkaman Young Turks yang pro-German (dalam WW1) maka mereka boleh menjalankan pemerintahan sendiri, rupanya tidak, dalam diam mereka juga ditipu - oleh Inggeris, Perancis, Amirika, Russia, Italy dan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain.

(Sharif Mekah juga bukan hanya duduk diam apabila tahu dia tertipu malah turut melancarkan perang menentang kuasa-kuasa besar yang baru itu walaupun dengan kelengkapan perang yang dhaif)

Dalam masa kekalutan yang melanda empayar Islam itu, ideologi baru iaitu 'nasionalism' ditanam disetiap negara Islam yang mereka duduki bagi menggantikan semangat persaudaraan Islam, hingga dibuang perkataan Ottoman maka diganti pula dengan semangat Kebangsaan Turki. Perkara ini menjadi lebih mudah dengan ketiadaan Khalifah Islam - maka ideologi semangat kebangsaan ini pun cepatlah merebak sehingga ke Timur Jauh - Nusantara Alam Malayu. Yang paling menyakitkan hati - bahasa Turki diagung-agungkan bagi mengganti bahasa Arab yang menjadi lingua franca di seluruh wilayah Empayar Islam ketika itu. Ini kerana khalifah-khalifah Ottoman sebenarnya juga berdarah Arab Quraisy.

Perlu diingat sebelum ini tidak pernah terjadi golongan Sharif Mekah menentang Khalifah Ottoman kerana realitinya mereka juga adalah bersaudara - yang mana khalifah-khalifah Uthmaniah yang terdahulu mengambil puteri-puteri dari Bani Hasyim untuk dijadikan permaisuri bagi mengukuhkan lagi persaudaraan diantara mereka dalam usaha mengembangkan syiar Islam diserata pelusuk dunia.

Jika dikaji, sememangnya khalifah-khalifah yang terdahulu, yang mana telah ditakdirkan memerintah umat Islam sebenarnya ada mempunyai pertalian darah dengan Bani Hasyim - itu mungkin salah satu kelebihan yang Allah swt. kurniakan kepada mereka yang kita sendiri tidak dapat nafikan.

Ialah pun, jika menurut kitab-kitab lama dan jika menurut input dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai, maka dipenghujungnya kelak yang dikatakan akan pemimpin umat Islam di akhir zaman juga pun dikatakan dari keturunan Rasulullah s.a.w - penulis yakin, ini semua orang tahu, jadi tidak payah lah hendak berdebat panjang lebar. Kalau nak berdebat juga pergi cari Tok Alim yang murshid lagi siddiq. Bersidanglah sampai subuh.

Jadi, walaupun mereka (khalifah Ottoman) memerintah di Istanbul tetapi mereka tetapi hormat kepada ahli-bait yang telah diberikan wilayah autonomi memerintah di Mekah dan Madinah, yang hari ini dicabul pula oleh puak penipu dari Najd yang digelar Saud yang dikatakan berdarah Yahudi.

Memanglah mereka ini berupaya memajukan Mekah dan Madinah (dengan bantuan Amirika) tetapi jauh disudut hati - bukan itu yang kita mahu, yang kita hendak ialah 'the truth spiritual leader' yang boleh menyatukan kembali hati umat Islam tanpa berasaskan fahaman material yang melampau. Yang mana kita boleh menerima dengan rela tanpa syak wasangka - walaupun disoal bicara asal-usulnya kerana sudah menepati kriteria dan ciri-cirinya. Pihak Ingris tahu tentang 'spiritual leader' ini. Jadi kalau pihak Ingris pun tahu akan kriteria dan asal-usul pemimpin akhir zaman ini, tak kan kita pula buat pura-pura tidak tahu? Menipu diri sendiri lah namanya. Sebab itulah tiba-tiba tercokoh proxy-nya di pusat Islam sedunia itu.

Begitulah tuan-tuan. Dan bagi mereka yang masih belum jelas tentang siapa sebenar puak Raja Inggeris keturunan Raja Rom dari jurai Firaun Mesir ini silalah lihat wajah sebenar mereka dalam entri Bloodlines Vs Bloodlines. (atau layari siri The Arrivals daripada You Tube atau Facebook)

Maka kesimpulannya, Khalifah Islam terakhir - Sultan Abdul Hamid sebenarnya tidak melepaskan kuasa dengan rela melainkan dengan paksaan. Selepas dari itu barulah politik dalaman Turki mengalami krisis identiti dan pancaroba kusut masai - berterusan sehinggalah Mustafa Kemal mengambil alih dan seterusnya tertubuhlah sebuah negara Turki Sekular - dengan itu maka berakhirlah sistem pemerintahan Islam berkhalifah dari dakapan umat Islam.

Jika diteliti dan diamati situasi hari ini, berikutan daripada peristiwa coup d'état (kudeta) tersebut, dapat-kah kita pastikan ke mana rajuk-'nya' benih itu wahai tuan-tuan para pembaca yang dirahmati Allah sekalian?

*Adakah ini kisah realiti atau fantasi? Bak kata sahabat kita disebelah -
berentilah jadi sejarawan Pak Turut.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger