"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Mac 29, 2015

LAMBANG BUNGA TERATAI DALAM FALSAFAH MELAYU.

0 comments
LAMBANG BUNGA TERATAI MENURUT ABDULLAH NAKULA DALAM FALSAFAH MELAYU. (Abdullah bin Muhamed dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan)


Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat Ketuhanan dan Tingkat Kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku. 

Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut:
  • Sifat ‘Jamal' dalam bahasa Arab bererti sifat-sifat 'Keindahan' dalam bahasa Melayu yang sama dengan ‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.
  • Sifat ‘Jalal' dalam bahasa Arab bererti sifat-sifat 'Kehebatan' dalam bahasa Melayu yang sama dengan ‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit.
[Bahasa Sanskrit itu adalah sejenis bahasa tinggi yang digunakan di Alam Melayu purbakala, ribuan tahun yang lampau. Ia seharusnya tidak dikaitkan dengan agama atau fahaman yang tidak berpaksikan tauhid dengan sewenang-wenangnya-TMP]

LAMBANG BUNGA TERATAI.
Dalam mentafsirkan  lambang, bentuk dan sesuatu  motif,  Nakula telah  mentafsirkan sebagai mempunyai suatu  makna yang tersirat  mengikut falsafah Melayu. 

Bunga teratai adalah  mempunyai  makna  yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang iaitu: 

1. Lambang  Kejadian Alam  dalam  tingkat  Ketuhanan. 
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai. Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. 

Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammadiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain. 

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah. 

2. Lambang  Kejadian Alam dalam Tingkat  Kealaman. 
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Nakula  zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. 

Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi Tingkat Kealaman ini kudup bunga adalah sebagi lambang ‘NurMuhammad’. Sementara sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk. 

Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. 

Penggunaan motif atau bunga teratai adalah sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai banyak makna-makna  rahsia tertentu yang tersirat pada kuntumnya. 

sumber: http://tempahankeris.blogspot.com/2013/03/lambang-bunga-teratai-menurut-abdullah.html 



Read full post »

Melayu & Keris - Sebuah blog yang menarik buat para peminat keris.

0 comments
Read full post »

Isnin, Mac 09, 2015

KEM BUDI - PROGRAM MOTIVASI BUDAYA MELAYU DAN ISLAM.

0 comments

Program Motivasi Budaya Melayu dan Islam. Membangun Budaya Dalam Diri.



Tuan dan puan juga boleh membantu dengan menaja penyertaan anak-anak yatim, miskin dan tahfiz seperti keterangan di bawah:



Jangan lepaskan peluang ini!

Wassalam.

TMP.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger