"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Disember 13, 2012

UMNO HILANG JIWA PEMBANGKANG?

0 comments
Merdeka Pak Kadok. Merdeka separuh masak. Merdeka Ayam Menang Kampung Tergadai. Itulah kemerdekaan Melayu. Tidak perlu pusing cerita. Itulah kenyataannya.

Apabila Melayu memilih untuk mengutamakan hal kepentingan politik, maka bersiaplah, setiap lima tahun kuasa politik ditangan pasti menjadi percaturan. Kuasa Melayu sentiasa dalam keadaan genting setiap lima tahun. Jika zaman selepas merdeka momentum "Merdeka" membutakan Melayu, hari ini slogan "Merdeka" menakutkan Melayu. Merdeka berfikir, merdeka menentukan parti pemerintah.

Dalam hal demokrasi, rakyat berkuasa menentukan parti pemerintah. Sudah 55 tahun merdeka parti pemerintah tidak pernah ditukar. Alasannya Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu yang akan diperbaharui setiap lima tahun oleh rakyat. Itu pun jika semua rakyat negara ini adalah Melayu. Itulah realiti Ketuanan Melayu versi Merdeka - macam lesen kena renew. Itupun belum tentu menjamin Melayu menjadi tuan.

Tetapi bagaimana jika Melayu tidak mahu mengundi, bagaimana jika Melayu menjadi minoriti? Masih relevankah slogan Ketuanan Melayu didalam prinsip demokrasi? Sudah tentu tidak sama sekali. 

UMNO sebagai parti pemerintah, yang dikatakan tunjang Barisan Nasional sudah tentu tidak dapat mengekang arus perubahan jika itu yang diinginkan oleh rakyat. Itu adalah realiti demokrasi. 

UMNO sebagai parti pemerintah, yang dikatakan tunjang Barisan Nasional sudah tentu ingin memerintah sampai hari kiamat, tapi adakah prinsip demokrasi membenarkannya? Mungkin mimpi disiang hari. Demokrasi adalah mimpi ngeri disiang hari.

Ya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu memang diasaskan atas semangat perjuangan. Jiwa-jiwa perjuang Melayulah yang berkumpul dan bersatu didalam Pekembar dan menyemarakkan lagi api kebangsaan yang berjiwa "ingin merdeka" pada ketika itu. 

Tapi masih adakah jiwa perjuangan dalam barisan UMNO ketika ini? Jika ada pun jiwa perjuangan jenis apa?

Dewasa ini, UMNO sudah hilang momentum merdeka. Apa yang hendak diperjuangkan oleh barisan pelapis UMNO? 

UMNO pada asalnya berjiwa pembangkang, sehingga pengasasnya pergi dalam keadaan membangkang - membangkang percaturan dan merdeka cara Pak Turut yang bakal melingkupkan UMNO dan orang Melayu.

Tetapi berdayakah UMNO untuk menjadi pembangkang pada ketika ini atau dimasa-masa hadapan? Apakah cara untuk UMNO mengekalkan kedudukan? Ternyata UMNO tidak akan berdaya menjadi pembangkang yang efektif - contoh sudah ada.

Orang perjuangan yang sejati tetap akan dinilai pada ketajaman buah fikiran dan keberanian apabila membangkang. Malangnya UMNO sudah tumpul adakalanya bercakap umpama orang dungu kepala hanggok.

UMNO perlu menghidupkan kembali jiwa pembangkang untuk kembali tegak menghadapi gelombang demokrasi. Sesungguhnya UMNO sudah hilang jiwa pembangkang - inilah realiti.

Langit tidak selalu cerah.

Penulis
Bekas Setiausaha Kelab UMNO UK/Eire
Birmingham
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger