Sesekali tu berkunjunglah ke Perpustakaan Negara Malaysia, banyak faedahnya.
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
"sangat menarik pameran ni" kata seorang staff perpustakaan negara.
"terima kasih kak," kata saya.
"sangat menarik pameran ni" kata seorang staff perpustakaan negara.
"terima kasih kak," kata saya.
Pameran Karya Agung Bangsa Melayu.
Ruang legar pameran
Undang-undang Kedah adalah undang-undang yang diiktiraf kesahihannya, malah menjadi tunjang sejarah keagungan Islam di Alam Melayu. Siapakah yang dipertanggungjawabkan melaksana hukum didalam UUK hatta anak raja waima anak menteri sekalipun tidak terlepas dari hukuman? Mengapa para ulama zaman moden menikus tidak berani menegak kebenaran walhal sudah terang lagi bersuluh kebenaran sudah terbentang di depan mata?
Selain dari naskhah manuskrip Al Quran lama, Undang-undang Negara Kedah Pasai Ma Kheag Tesh tidak dikategorikan sebagai hikayat malah ia adalah sebuah undang-undang yang mengesahkan sejarah awal tamadun Islam di Tanah Semenanjung. Semua rakyat yang bernaung dibawah Empayar Negara Kedah tertakluk kepada undang-undang syariat Islam ini. Seperti yang tertulis, buku ini adalah bukti kukuh kehebatan dan perkembangan ketamadunan bangsa Melayu dan hukum Islam -- sejak 220 hijrah lagi. Ini adalah realiti bukan hikayat dongeng mitos muntah kerbau muntah lembu pakai sari biawak hidup penyepak anjing bawah pokok Melaka Hindu Penipu No Satu!
Kepada yang mendalami perihal kisah Ahmad Muhammad sudah tentu tahu bahawa hikayat yang diceritakan ini penuh dengan makna yang tersirat. Kisah dua orang putera raja dari negeri Syam (Damsyik) Ahmad dan Muhammad yang melarikan diri lalu terpisah dan akhirnya bertemu kembali. Jika diselidiki siapakah putera dari negeri Syam yang bernama Ahmad dan Muhammad? Putera raja yang mana satu? Mereka lari ke mana dan merantau sampai ke mana? Bertemu pula dimana? Begitulah kisahnya kias yang tersirat.
Apa pula kaitan *UUK dan kisah Ahmad Muhammad?
~Makbul doa orang yang teraniaya~
~Makbul doa orang yang teraniaya~
takat ni la dulu...