Khamis, September 09, 2010

Melayu Pulang Pulih Sediakala - Salam Aidilfitri



"Sesungguhnya Allah dan Muhammad itu sentiasa disebut disepanjang zaman semenjak dari zaman Tok Adam lagi sehinggalah ke hari ini. Bermaksud Islam itu tidak pernah terputus begitu jugalah para penganutnya. Jika ada yang mengatakan pernah satu zaman diantara zaman itu tiada Islam maka berhati-hatilah dengan aqidah mereka. Secara tidak sedar mereka menafikan kebesaran Allah taala dan mereka telah lupa akan janji mereka. Ketahuilah tidak pernah lekang walau seditik mahupun seketika ingatan golongan ini daripada mengingati Allah dan rasulNya. (Ini kiranya kita mengambil sejarah para nabi yang terdahulu walaupun kita ini sebenarnya harus, takde pun takpe tak luak)"

Maka kali ini, bersempena dengan Aidilfitri yang mulia ini, TMP ingin mengajak para pembaca budiman sekalian kembali berfikir dan mengenang apa yang sebenarnya masalah utama yang melanda umat Melayu hari ini - yang terlupa akan asal kejadian diri.

Isnin, September 06, 2010

JWJ TIBA DI BANGKOK - REALITI BIL 7 BULAN SEPTEMBER DIPASARAN

Bangkok
Sepatutnya saya tinggal sebilik bersama Abang Nan, tetapi memandangkan ini adalah kota Bangkok, maka saya batalkan sahaja hasrat itu. Bukannya apa, tahap hormat kami pada peserta yang veteran menyebabkan kami kalau boleh nak mengelak daripada sebilik dengan mereka. Lalu dapat juga saya sebilik dengan Ajaq. Abang Nan akhirnya sebilik bersama Pok Nik.

Batu Permata
...yang kemudiannya disertai oleh sahabat kepada ketua kampung itu, seorang pakar batu permata yang juga bekas seorang ‘engineer’. Agak berumur juga orangnya. Raut mukanya bersih bejanggut putih seakan peranakan cina.