"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Jun 21, 2013

Ayuthaya Syiah - Siapa disebalik Sheikh Ahmad Qomi?

Mari mengkaji dengan lebih detail mengenai Ayuthaya Syiah.

Menurut Dr Behzad Shahandeh, Sheikh Ahmad Qomi ialah ulama [Syiah] dari Iran yang hadir dalam pentadbiran kerajaan Ayuthiya pada kurun ke-16. Dari kerana kebijaksanaannya, beliau telah dilantik menjadi penasihat kewangan kepada raja Siam Cao Praya Phra Klang. Sheikh Ahmad juga diberi kuasa untuk membangunkan pentadbiran perlabuhan. Oleh kerana terlalu besar peranan dan kuasa yang dipegangnya, beliau dikatakan adalah orang nombor dua selepas raja Siam. Beliau juga menjadi pemimpin masyarakat Islam dengan gelaran Cao Phya Rattana Dhibodi dan bertanggungjawab mengembangkan agama Islam di Ayuthiya hingga ke selatan Siam. Selepas bersara, beliau dinaikkan gelaran atas kecemerlangannya kepada Cao Praya Boworn Racnayok oleh raja Siam Prasat Tong.[2]


Hanya Syiah Iran sahaja Syiah Immamiah yang mengagungkan Syeikh Ahmad Qomi - kerana beliau bukan ulama dari kalangan ahlul sunnah wal jamaah yang menjadi pegangan majoriti Umat Melayu di Selatan Siam - Patani dan di seluruh Nusantara. Cuba namakan kitab Syeikh Ahmad Qomi yang menjadi panduan ulama-ulamak Melayu al-Fatani?


Syiah Iran yang menjadi sekutu kuat Yahudi itulah yang paling bahaya sebenarnya.

Adalah menjadi suatu budaya bagi penganut agama Buddha di Thailand apabila berkabung mereka memakai pakaian bewarna gelap. Adat ini dipercayai telah meniru tradisi berpakaian hitam dalam upacara perkabungan hari Asyura oleh penduduk Islam yang tinggal di Ayuthiya sejak kurun ke 14.

[2] Dr Behzad Shahandeh 1995, Sheikh Ahmad Qomi and The History of Siam, Cultural Center Of the Islamic Republic of Iran, Bangkok 1995, Hal 221

Petikan dari blog http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/pengaruh-parsi-di-benua-siam.html Monday, May 28, 2007



0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger