"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Januari 29, 2009

Ukiran Naga Pedang Ottoman

10 comments
Berikutan daripada siaran Naga di Masjid Demak, penulis mendapat satu SMS daripada seorang lagi pengkaji sejarah tempatan yang antara tempat penulis membuat 'tuning' dan rujukan, digelar Tuan Syed. SMSnya berbunyi "Satu daripada 9 pedang Rasullullah nama Ar-Rusub ada lambang burong dan naga...gambar ada". Kenalah dengan sumbernya...

Alhamdu'lillah, satu lagi input ke arah kebenaran sudah timbul, berkaitan naga pulak tu. Petang itu juga penulis bergegas ke rumah beliau untuk mendapatkan bahan bukti tersebut. "Bukan senang nak dapat ni," kata hati kecil penulis.

Setelah melihat gambar itu pada peringkat awal, mungkin kerana teruja penulis beranggapan bahawa ukiran naga dipedang itu berasal dari zaman Rasullullah S.A.W. Tetapi setelah pulang ke rumah dan meneliti teks dan membuat sedikit kajian, akhirnya terbukti bahawa ukiran bermotif naga itu datang kemudian. Dibikin pada zaman kerajaan Ottoman diantara abad ke 14-18, yang mana waktu itu pedang-pedang lama telah dibaik pulih kembali atas arahan khalifah, termasuklah pedang Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

(Namun begitu penulis mungkin tersilap dalam andaian bahawa naga itu datang kemudian - harus juga pedang itu diperbaiki menurut replika asal yang mempunyai simbol naga di hulunya).

Penulis pasti ramai yang terlepas pandang mengenai ukiran naga ini. Jika pun perasan, mungkin payah hendak menghubungkaitkannya dengan sejarah dunia Islam secara total. Sementalah pula hari ini, makhluk naga ini banyak terdapat di tok pekong cina, mana mungkin ada kaitannya dengan Islam? (Jika begitu akalnya, kenapa terdapat simbol naga di Masjid Demak, terukir di pedang-pedang Ottoman dan juga Mameluk? Ini tidak termasuk lagi beberapa bukti lain berkaitan naga yang terdapat dipusat-pusat kerajaan Islam yang masih belum didedahkan)

Jadi, apa motif Kerajaan Ottoman memilih naga sebagai ukiran pada pedang dan hulunya? Justeru persoalan ini diharap bakal menerbitkan beberapa bukti lain berkaitan dengan sejarah Raja Siam Merong Mahawangsa dan Empayar Islam Benua Siam Kedah. Penulis tidak mahu mendahului dalam bab ini dan penulis percaya pihak SNK sudah pasti ada jawapannya....

Dengan adanya petunjuk yang baru ini diharap dapat membuka mata mereka yang masih sangsi dengan sejarah empayar Islam yang sebenarnya. Ia secara tidak langsung berupaya menyatakan dengan jelas perhubungan yang telah sekian lama terjalin diantara kerajaan Islam seluruh dunia yang suatu ketika dahulu terbentang dari Amirika, Eropah hinggalah ke Asia (asalnya dari Raja Iskandar Zulkarnain juga). Yang pasti semuanya akur dan bernaung dibawah satu empayar yang mengibarkan bendera tauhid pimpinan Khalifah Ottoman dan ulama-ulama ahlul sunnahnya. (Kecuali para pemberontak yang bersekongkol dengan yahudi dan ejen-ejen mereka)

(Jika diteliti dan diperhalusi, disamping Arab, pengaruh Ottoman juga sangat menebal dikalangan masyarakat Islam sedunia, lebih-lebih lagi pada masyarakat 'Melayu' kita hari ini. Jika tidak masakan Hang Tuah @ Iskandar Mahkota Alam -Acheh dan kemudiannya Syeikh Ahmad Fatani-Siam pergi mengadap Sultan Ottoman meminta bantuan dalam segala lapangan dan hal berkaitan umat Islam rantau Nusantara. Jika diperhati disekeliling, ada beberapa lagi tanda pengaruh Ottoman yang masih diguna pakai oleh kita hari ini, cuma kita sahaja yang tidak perasan)

Mungkin ramai yang tidak percaya, tetapi inilah realitinya sillaturahim dan kekuatan Islam yang sebenarnya.



The roar of the Ottoman:
Perkembangan dan Capaian Empayar Islam naungan Khalifah Ottoman 1089 - 1915M

*Jika dikaji sejarah Islam secara global dan makro, maka tiada tempat untuk cerita-cerita tahyul kurafat seperti muntah jin, buih lembu, keris sakti seperti yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat kita hari ini. Semuanya merimaskan! Jadi siapa punya angkara yang bersekongkol merosak akidah umat Islam dengan sejarah dongeng dan palsu? Habis rosak fikiran generasi muda seawal sekolah rendah dek propaganda mengong. Bila tang seksa kubur takut pulak...apakah mereka ini sudah terpengaruh dengan ideologi politik, syirik dan sihir ala Samiri?

--------------------------------------------------------------
Terima kasih kepada penyusun buku-buku bergambar pedang di atas...
Read full post »

Isnin, Januari 26, 2009

Fikirkan: Cop Mohor Sulaiman A.S ?

14 comments
The navy flag of Hayreddin Barbarossa may be confused with the Star of David, a Jewish symbol, used by Israel today. However, the flag is not a Jewish symbol. In medieval times, this star was an Islamic symbol known as the Seal of Solomon (Suleiman) and was extremely popular amongst the Turkish Beyliks of Anatolia. The seal was also used by Ottomans in their mosque decorations, coins and personal flags of pashas, including Hayreddin Barbarossa.[1] Another state known to use the seal on their flag was the Candaro─člu. According to the A. Cresques' Catalan Atlas of 1375, flag of Karamano─člu consists of a blue 6-edged star[2].

Nota Penulis:
No komen. Anyway tahun berapa yang negara haram Zionis buat bendera pakai apa yang mereka 'claim' sebagai 'star of David' ? Hakikatnya Nabi Daud A.S tu membawa agama dan kitab apa? Jadi simbol itu menunjukkan apa sebenarnya? Hang pakat pijak...depa pakat gelak...
Read full post »

Selasa, Januari 20, 2009

Anak Lembu Emas @ Golden Calf

4 comments

Sedutan dibawah adalah kisah @ sejarah yang diambil dari perspektif karangan yahudi dan nasrani. Sila baca dan cari perbezaannya dari kisah seBenar yang boleh didapati daripada Al-Quran Karim.

Perhatian: Kisah ini boleh menjadi amat berat bagi mereka yang tidak minat sejarah Nabi-nabi.

Anak Lembu Emas @ Golden Calf versi Bibilikal Baru.

An object of worship among the Hebrews, mention of which occurs principally in  the story of the molten calf of Aaron is narrated.

Waiving all critical discussion as to the sources embodied in Exodus 32 the main features of the present narrative are as follows:

Becoming impatient at Moses' long delay on the mount, the people ask Aaron to make them a god or gods to go before them. He yields to their solicitations, and, making use of the golden earrings of the women and children, he causes a "molten calf" or bull to be fashioned. Shortly after its construction Moses returns, and, moved to wrath and indignation, destroys the idol, reducing it to dust and throwing it into the brook from which the Israelites are made to drink. [<-mereka menuduh Aaron @ Nabi Harun A.S yang membikin anak lembu emas tersebut]

Most writers have accepted the view of Philo and the early Fathers, who regarded the worship of the golden calves as borrowed from the Egyptians, and in favour of this opinion is the fact that both Aaron and Jeroboam had sojourned in Egypt shortly before constructing their respective idols; this view, however, has its difficulties, among which is the improbability of an Egyptian deity being set up as the god "who brought Israel out of the land of Egypt ". <-Inilah point yang dicari-cari sebenarnya - kenapa puak Yahudi ini menyembah anak lembu, padahal patung lembu adalah salah satu objek yang menjadi berhala kepada puak2 Firaun Mesir yang selama ini menindas mereka?? Mat Salleh pun pening, xpe nantikan jawapannya....

Source: http://www.newadvent.org/cathen/06628b.htm

-----------------------------------------------------------------------------------

Apa kata Rabai Yahudi mengenai kes ini dalam sedutan dibawah (kisah penuh di Jewish History)

This is a classic case of knowing how to correctly read the text of the Bible. When I say correctly read, I mean, ideally in Hebrew but certainly with the commentators because there's an oral tradition that must be studied along with the simple, very brief description in the text.

When Moses came down the mountain, were all 3 million Jews dancing around a golden calf? No. The Torah in Exodus 32:28 says it was only about 3 thousand people, mostly the mixed multitude of individuals who left with the Jews because they were so impressed by what went on with the Ten Plagues.1

That means that only about .1% of the Jews (one in a thousand) participated and 99.9% of the Jews did nothing wrong, (although the majority's failure to stop the minority from worshipping the Golden Calf was considered a mistake). Yet God's reaction makes it clear he is blaming the whole nation.

Secara terangan mereka memfitnah Aaron @ Nabi Harun A.S dan menulis dalam kitab mereka bahawa Baginda yang membikin lembu emas tersebut. Jadi persoalannya disini, siapa sebenarnya yang cuba mereka lepaskan dari kesalahan tersebut? Siapakah yang menjadi ikutan dan idola mereka ketika itu sehinggakan di anggap hebat (bagi mereka) dan tidak mengendahkan seruan Nabi Harun A.S yang diamanahkan untuk menjaga mereka? Nama siapa yang mereka padam dan sembunyikan dari pengetahuan umum dan kenapa?

Mereka juga mengatakan hanya 1% yang membuat salah dan tidak patut seluruh bangsa Yahudi dipersalahkan. Dari situ sudah nampak gaya mereka mengatakan yang Tuhan itu tidak adil dan tidak patut menghukum mereka. Mereka juga mengatakan yang golongan majoriti tidak berjaya menghalang golongan minoriti oleh sebab itu Tuhan murka kepada mereka. Padahal secara terangan majoriti mereka menentang Nabi Harun A.S dan mereka buat hal ini semasa ketiadaan Nabi Musa A.S.

Oleh itu tidak perlu kita terpedaya dalam analogi 1% atau 99% ini, kerana dalam kisah Nabi-nabi yang terdahulu pun selalunya kita mendapat iktibar bahawa amat sedikit golongan yang beriman (minoriti) jika dibandingkan dengan golongan kafir selalunya menjadi majoriti yang menentang. Contohnya, baca sahaja kisah Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S dan kisah Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Oleh itu, kisah Anak Lembu juga tidak terkecuali dari perkara yang sama.

Apa yang pasti, mereka sebenarnya mengubah fakta sejarah dengan tulisan-tulisan palsu mereka. Puak-puak Yahudi atau yang berfikiran seperti Yahudi memang pakar menyeleweng sejarah. Banyak contoh yang boleh dikaitkan dalam dunia moden hari ini. (Sejarah Kesultanan Melayu pun ada terpengaruh jugak dengan cerita harut-marut lembu ni...)

Cuma Al-Quran Karim yang terpelihara dan terjamin dari sebarang penyelewangan dan kepalsuan...

----------------------------------------------------------------------------------

Penulis pernah sentuh mengenai Dome of Rock dalam entri yang lalu: Museum Islam Kelabu Asap? Disini penulis cuba kaitkannya sekali lagi.

Golden Dome of Rock itu asalnya tapak kuil Yahudi?

The service in both the Mishkan and later theTemple was carried out by the priest, in Hebrew: the Cohanim. The first Cohanim were Moses' brother Aaron and Aaron's sons. This line has continued for 3,300 years until today. Most interesting is the fact that recent genetic analysis of the Y-Chromosomes of hundreds of Cohanim from around the world proves that close to 80% are in fact descended from a common male ancestors more who lived more than 3,000 years ago.3

Even though the Temple service has been discontinued for 2,000 years Cohanim (who often have the last name: Cohen, Kagan, Kahn, Katz or Cowen) are still awarded special honors (ie the first person called up during the weekly Torah reading is a Cohen) in recognition of their unique status and responsibility.

(ini menunjukkan bahawa bangsa Yahudi ini amat memelihara dan bangga dengan jurai keturunan mereka - contoh paling dekat George Bush bekas Presiden Amirika yang bangga dengan keturunannya dari Panglima Perang Salib yang turun dari kapal Mayflower antara yang pertama mendarat di Amirika. Tidak menghairankan jika sicelaka ini mahu dikenali sebagai Presiden Perang, perang apa?)

This sanctuary -- which was readily dis-assembled and assembled -- the Jews carried around in the wanderings in the desert for 40 years [<-pasal mereka takut berperang dengan penduduk asal Palestin-kisah Jalut]. For 440 years after they entered the land of Israel, but before they conquered Jerusalem, they assembled it in four different locations. After David became king and made Jerusalem his capital, he planned to build a permanent structure just outside the city, atop Mount Moriah where Abraham had offered Isaac as a sacrifice to God [padahal ini sepatutyna kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S] and where Jacob had dreamt of a ladder to heaven. For reason that we will explain later, he did not actualize his plan.

Finally, in 832 BCE, his son King Solomon built the first Temple there, (<-siapa tukang batunya?) and it became the permanent sanctuary until it was destroyed by the Babylonians in 422 BCE. At this time the Ark of the Covenant disappeared never to be seen again. (We will discuss the speculations where it might be hidden when we reach that point in history.)

Seventy years after the first destruction and exile, the Jews returned and the Temple was rebuilt and then again destroyed by the Romans in 70 CE, never to be rebuilt again. The golden Dome of the Rock, which is there now, was built on the site in the year 691 CE and it has stood there ever since.(jadi apasal yang depa dok korek bawah Masjidil Aqsa?)

But we are getting ahead of the story. At this juncture in time, the Jewish people have experienced a national revelation. They've been given the Torah, and built the sanctuary for God to dwell among them. Now they are ready to enter the Promised Land.

(Semasa pemerintahan Khalifah Islam, dari zaman Omar Al-Khatab R.A, Sallehudin Al-Ayubi seterusnya hingga ke zaman Khalifah Ottoman yang terakhir, orang Yahudi dan Nasrani dibenarkan tinggal di Jerusalem, tiada berlaku penindasan seperti yang mereka alami sewaktu Babilon dan Rom. Hari ini kenapa perlu mereka membalasnya dengan membunuh pula umat Islam yang tidak berdosa? Arahan siapa itu?)

----------------------------------------------------------------------------

Nota Penulis:

Baca, faham dan fikirkan...tak payah jerit-jerit.


Read full post »

Selasa, Januari 13, 2009

Siapa Uncle Sam?

14 comments
Siapa sebenarnya Uncle Sam dan apa itu Hollywood?


------------------------------------------------------------------------------------------
"Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang".
(Kalau ikut pada perkembangan terkini di Palestin, nampak gayanya lambat lagi nak kiamat, boleh lepak boleh releksla lagi...legaaa)
Sila refer kisah: Perang Enam Hari 1967 - Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab. Antara sebab kenapa Arab Mesir menjadi bodoh seperti yang kita lihat hari ini! 
Siapakah pengkhianat yang perlu bertanggungjawab dalam memporak-perandakan segala hal berkaitan penyatuan umat Islam yang telah terjalin sekian lama? Mana punca dan silapnya? Sila refer: WW1 Penutup Perang Sabil? 
Mereka mengkaji dan telah berjaya dalam perlaksanaan agenda mereka. fikirkan...baru je 200 tahun.
Read full post »

Ahad, Januari 11, 2009

Sultan Muhammad Syah Melaka 1276M

5 comments

Kisah Sultan Muhammad Syah Melaka dalam UUK:
“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri melaka pada zaman purbakala itu, jika kanak-kanak itu sekalipun nakhoda itu kerana sudah teradat boleh diketahui didalam laut dan dalam jong baluk itu; hubaya hendaklah segala orang didalam jongnya itu berbuat takut dan malu kepadanya; hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas kerana hukum dibawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang di laut dan yang didarat, wallahualam”. UUK, ms88

Baca penerangan selanjutnya di SNK mengenai Siapa yang membuka Melaka?

------------------------------------------------------------------------------------------
Nota Penulis:

Sila rujuk lampiran diatas.
Lihat sahaja cara mereka memadamkan nama Sultan Muhammad Syah @ Nara Suan dari lipatan sejarah. Seterusnya memutuskan sejarah realiti umat Islam dari pengetahuan generasi berikutnya. Gantinya kita disogok dengan sejarah yang batil; asal Kesultanan Melayu Melaka bersusur galur Parameswara hindu dari Palembang. 

Padahal sebelumnya mereka (ahli2 sejarah) tahu, ada bukti serta fakta yang mengatakan Sultan Muhammad Syah 1276M itu memang wujud! Yang peliknya lagi, setelah wafatnya Sultan Muhammad Syah datang pula orang lain dari Jeddah (?) yang membawa agama Islam, adakah ini boleh diterima akal?  Sultan Muhammad Syah itu bukan Islamkah?

Manakala diperenggan kedua, bukti daripada sumber-sumber luar negara mengkuatkan lagi kisah kerajaan Siam yang menguasai Semenanjung Melaka pada abad ke 14 (sepatutnya sehingga abad ke 19 - sebelum Sultan Long Jaafar Muadzam Syah 1876 dibunuh Thai dan Ingris)

Manuskrip Undang-undang Kedah mengesahkan perkara ini, Sultan Muhammad Syah Melaka yang cuba dipadamkan dari sejarah itu adalah seorang Maharaja Siam atau gelaran lainnya King Narasuan (amat diagongkan oleh bangsa Thai hari ini). 

Kebenaran fakta ini disulami pula babad tanah Jawa (Babad Tanah Jawi (The Chronicle of Java) and Serat Kanda, both written during the 17th-century period of the Mataram kingdom) raja-raja Majapahit sendiri, yang mengaku kekuasaan Siam Ayuthia! Cuma apa yang mereka tidak ketengahkan atau cuba untuk menafi ialah hakikat bahawa kerajaan Siam Ayuthia itu beragama Islam.

Dengan adanya 'berita' Sultan Muhammad Syah (sebelum UUK dikembalikan pada 2003), dan wujud pula namanya di dalam UUK (ms88) yang telah dikembalikan, secara tidak langsung menyangkal cerita dongeng Melaka 1511 yang bersumberkan British dan SATII.

Terang, hakikat sebenar sejarah Islam rantau nusantara yang mula timbul ini bakal membatalkan sejarah batil penjajah dan agen-agennya. Sesungguhnya, umat Islam rantau ini tidak akan 'bebas merdeka' selagi mendokong dan terkongkong dalam sejarah palsu. Buatlah macamana, cakaplah apa sahaja, hanya omongan tin kosong belaka.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita yang telah sedar untuk memperjuangkan sejarah realiti ini walau apapun terjadi. Ini adalah perihal sejarah agama tauhid-sejarah umat Islam yang telah ditong-sampah, dihinjak-dihina maruahnya oleh puak barat dan sekutunya. Maka wajib kita mengeluarkan, membersihkan, mengangkat dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya yang selayaknya paling tinggi.

Perjalanan jua...

----------------------------------------------
Masih ingat lagi kaligrafi bertulisan Jawi- Malaka Haji Mi Malaya dalam kisah Cherokee Islam yang dijumpai di sebuah gua di El-Salvador Amirika Latin pada abad ke 13? Ia berkisar pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah Melaka II yang pernah berlayar ke Parsi dan menunaikan fardu haji di Baitullah Makkah.
Read full post »

Ahad, Januari 04, 2009

Fikirkan: 'Konspirasi' of The Malay Dilemma

13 comments


Penulis tidak pasti sebab-musabab dan tujuan maklumat diatas berada diinternet, selalunya mereka ini kuat berahsia. Apa yang pasti, adalah tarikh acara-acara besar seperti yang tercatat dalam lembaran di atas amat berkaitan dengan peristiwa-peristiwa besar di Semenanjung Melaka dan Borneo seperti yang kita pelajari disekolah dahulu.

Semuanya bermula seperti yang di akui oleh TAR sendiri (sila lihat Malayanisation) iaitu datuk neneknya, Raja Abdullah anak gundik Perdana Menteri Kedah Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Abidin (UUK, ms26-27) menggadai Pulau Penang 6 ribu dolar Sepanyol setahun, seperti yang tercatat dalam buku Perjanjian Lama 1791-1965. Sepatutnya kalau mengikut perjanjian itu, Pulau Pinang wajib diserahkan kembali kepada kerajaan Negeri Kedah! (Bukan dok sibuk hal papan tanda)

Hari ini, peminat sejarah realiti tentunya lebih 'steady' untuk menilai hujah puak hipokrit politik kaki jerit yang mempertahankan sejarah Melingkup Melaka 1511. Mereka sebenarnya masih bermimpi. Ada tangan2 ghaib yang mencatur dibelakang mereka. Kasihan bidak-bidak yang telah diperbodohkan.

Manakala, jika ada puak-puak 'freethinker' suruh re-evaluate Hadis, maka mari pula kita ramai-ramai (umat Islam yang telah sedar), re-evaluate and rewrite history berdasarkan sejarah realiti. Lets Re-Educate...

Siapa pemilik sebenar sejarah kita?

-------------------------------------
Nota Penulis:

Penulis mencari jawapan mengenai masalah puak2 'materialis' ini sehingga ke Ireland. Buku The Hiram Key karangan Robert Lomas dan Christopher Knight yang juga diguna pakai sebagai rujukan oleh Harun Yahya @ Adnan Ocktar penulis jumpa di Bargain Book, kedai tepi jalan-kaki lima Dublin berharga 7.99 Pound Sterling. Setahun selepas cetakan pertamanya. (anyway, terima kasih warden Malaysia Hall Ireland esp. student medic - Trinity College zaman itu yang sudi memberi tumpang tempat berteduh)

secebis tanda kenangan sebuah perjalanan yang berbaloi.

Sejarah Realiti Nagara Kedah membuatkan semuanya masuk akal. Hanya tinggal menyusun...amin

------------------------------------



Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger