"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Januari 04, 2009

Fikirkan: 'Konspirasi' of The Malay Dilemma



Penulis tidak pasti sebab-musabab dan tujuan maklumat diatas berada diinternet, selalunya mereka ini kuat berahsia. Apa yang pasti, adalah tarikh acara-acara besar seperti yang tercatat dalam lembaran di atas amat berkaitan dengan peristiwa-peristiwa besar di Semenanjung Melaka dan Borneo seperti yang kita pelajari disekolah dahulu.

Semuanya bermula seperti yang di akui oleh TAR sendiri (sila lihat Malayanisation) iaitu datuk neneknya, Raja Abdullah anak gundik Perdana Menteri Kedah Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Abidin (UUK, ms26-27) menggadai Pulau Penang 6 ribu dolar Sepanyol setahun, seperti yang tercatat dalam buku Perjanjian Lama 1791-1965. Sepatutnya kalau mengikut perjanjian itu, Pulau Pinang wajib diserahkan kembali kepada kerajaan Negeri Kedah! (Bukan dok sibuk hal papan tanda)

Hari ini, peminat sejarah realiti tentunya lebih 'steady' untuk menilai hujah puak hipokrit politik kaki jerit yang mempertahankan sejarah Melingkup Melaka 1511. Mereka sebenarnya masih bermimpi. Ada tangan2 ghaib yang mencatur dibelakang mereka. Kasihan bidak-bidak yang telah diperbodohkan.

Manakala, jika ada puak-puak 'freethinker' suruh re-evaluate Hadis, maka mari pula kita ramai-ramai (umat Islam yang telah sedar), re-evaluate and rewrite history berdasarkan sejarah realiti. Lets Re-Educate...

Siapa pemilik sebenar sejarah kita?

-------------------------------------
Nota Penulis:

Penulis mencari jawapan mengenai masalah puak2 'materialis' ini sehingga ke Ireland. Buku The Hiram Key karangan Robert Lomas dan Christopher Knight yang juga diguna pakai sebagai rujukan oleh Harun Yahya @ Adnan Ocktar penulis jumpa di Bargain Book, kedai tepi jalan-kaki lima Dublin berharga 7.99 Pound Sterling. Setahun selepas cetakan pertamanya. (anyway, terima kasih warden Malaysia Hall Ireland esp. student medic - Trinity College zaman itu yang sudi memberi tumpang tempat berteduh)

secebis tanda kenangan sebuah perjalanan yang berbaloi.

Sejarah Realiti Nagara Kedah membuatkan semuanya masuk akal. Hanya tinggal menyusun...amin

------------------------------------



13 comments:

  1. Salaam Bro:

    Tahniah di atas usaha hang. KITA BONGKARKAN KEMBALI PENIPUAN TERSUSUN BARAT MEMBANGANGKAN BANGSA KITA. SEMUA INI BERLAKU DISEBABKAN ADA PUAK KITA (MUSUH DALAM SELIMUT).

    Kalau depa mau semak hadis wp BUTA Ulumul hadith, ulumul quran, lughah, mantiq, mustlah hadith (MAKSUDNYA DEPA TAKDE CREDENTIALS la tapi ada hati nak buat tafsiran baru hadis) kita yang wajar SEMAK balik sejarah memperbodohkan umat selama lebih setengah abad Malaysia Moden ini.

    Karl

    BalasPadam
  2. blom lepas lagi bro hehe,

    tolong terangkan lebih mendalam mengenai Harun Yahya dengan SNK ini..

    BalasPadam
  3. Siapa pula Mustapha bin Osman ni?

    BalasPadam
  4. Aku pernah jumpa Melayu Taiping nama Islam giler, tarmizi tapi berbangga kawin dengan Cina tanpa masuk islam dan siap tak mandi pagi. Itupun disebabkan dia amik HSC kat Australia setahun ajer.

    Kalau 4 tahun mesti lagi teruk daripada sekarang, pakai CROSS>

    BalasPadam
  5. Bro, the truth must be spoken and made known to all. Sejarah yang kita ada yang betul dan nyata adalah selepas british datang. Selebihnya dan sebelumnya adalah direka dan dibuat oleh british. We had a great civilisation before but it was all gone and destroyed. Basically sejarah kita ni semuanya boleh dipertikaikan kebenaranya. There definately was an empayar bigger then Malacca before that. Something must have happened along the way untill every trace of history is gone. Example dulu sebelum masuk kajang ada Pekan Sg Chua lepas highway SILK dibina hilang pekan tu. Apa bukti yang ada ? Sama lah macam Tanah ini. Bro so its up to you to spell out the truth about us. Aku akan support ko all the way dan akan contribute selagi boleh.

    The Broadway House,
    Perry Barr
    B20 3DL Birmingham

    BalasPadam
  6. Tuan TMP,

    Terima kasih atas kebenaran tuan. Semog di berkati Allah s.w.t

    BalasPadam
  7. Salmi: entahle siapa mustapha BIN osman tu...orang singapure le tu kot.

    Zahrin: Harun Yahya ni penentang kuat puak2 freethinker Turki. Cara dia lawan pakai logik sains dan Al-Quran, cuma satu je yang aku nak review pasal sebab dia kata banjir besar Nabi Nuh bukan satu dunia tapi tempat kawasan Nabi Nuh je...itu akan datang la ehhh

    Karl: depa semak hadis, xpe, kita semak sejarah Malaysia lagi bagus, xde le buat dosa kering sebab deal ngan fakta jer...

    "sejarah kata British tidak mencampuri urusan agama Islam. Kunun, tu yang kisah Dol Said Naning bersumpah dengan Al Quran tu menatang apa?"

    Bro Broadway House: itu pasal la wa suruh lu balik awal itu jam, wa tengah sibuk cari buku la...

    Ihya: compile sahaja.

    BalasPadam
  8. yup..sudah baca karya Harun Yahya..memang hebat dia nie..pasal banjir besar biasa la bro..manusia tak lepas dari kesilapan..

    apa pon nak tgk gak apa kaitannya dengan SNK..

    tak sabar dah nie...

    kalau 2008 kita senak perut dengan Tsunami politik..2009 kita bagi depa pulak senak perut dengan teori sejarah REALITI kita ini!!

    BalasPadam
  9. Man;

    Allah AWJ akan berkati usaha hang dan rakan-rakan kita yang lain yang cuba bongkarkan khazanah yang tertanam (ditimbus).

    Karl

    BalasPadam
  10. kalau sudah ada bukti dah bukan teori lagi dah

    BalasPadam
  11. Aku pernah terbaca buku Harun Yahya kepunyaan adik aku, tentang banjir besar tu aku rasa ada logik juga macam dia kata tak semua species haiwan dan tumbuhan dibawa naik kapal tu sebab bukan 100% bumi yang kena. Mungkin masa tu gunung Jerai pun tak tenggelam habis.
    Tapi, wallahualam.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,
    Saya Faris, sudah hampir setahun saya mengikuti blog SNK dan senantiasa dahaga menanti post-post terkini dan beberapa hari lepas baru saya dipertemukan jodoh dgn TMP, alhamdulillah.
    Saya ada sedikit pendapat yang ingin di sampaikan. Realiti sejarah ini memang agak sukar untuk di ketengahkan kedalam masyarakat kita yang mana sejarah itu sendiri suatu subjek yang amat tidak di gemari oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Kebanyakan lebih gemar untuk mengambil sikap hanya memandang kehadapan tanpa menyedari peri pentingnya sejarah dan implikasinya kepada masa depan negara. Sekarang kita sedang membicarakan suatu perkara yang mencarik adat kefahaman rakyat Malaysia yang telah lebih 5o tahun dimomokkan dengan cerita fantasi karangan penjajah. Memang sesuatu yang sukar untuk merubah semua ini. Ianya memerlukan perancangan dan usaha yang mampan dan rapi di samping matlamat dan halatuju yang jelas. Nabi SAW pernah memberi amaran bahawa 'kebatilan yang sistematik dapat mengalahkan kebenaran yang tidak sistematik'. Kita akan kalah bukan disebabkan kita salah tetapi disebabkan usaha yang tidak sistematik. Apa yang dapat saya perhatikan, bagi orang kedah mungkin kurang rintangan sebab sejarah ini adalah terkait langsung dengan kita tetapi bagi negeri2 lain amat susah untuk diketengahkan. Bukan bercakap soal Johor tetapi orang Perlis, Pulau Pinang dan Perak sekalipun susah untuk menerima dan berkongsi sejarah ini. Perkara yang kedua, adalah menjadi satu awan hitam yang besar untuk menerima hakikat bahawa mereka adalah orang siam ataupun berada dibawah empayar siam apabila sejarah ini disebut Sejarah Empayar Islam Benua Siam Kedah kerana umum memahami kalau siam itu adalah Thai. Mungkin kerana keegoan, mereka tidak akan rela untuk menerima dan berkongsi realiti sejarah ini. Untuk itu cadangan saya, pertama kita perlu mewujudkan satu gagasan dan gerakan yang tersusun untuk memperjuangkan sejarah ini supaya ianya boleh digerakan dengan lebih menyeluruh secara online dan offline. Yang kedua, kita perlu jelas tentang matlamat perjuangan ini. Adakah matlamat kita sekadar untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti sejarah ini atau kita sedang cuba untuk mengembalikan takhta kepada TNL Kassim ataupun kita sedang berusaha untuk merubah sistem pemerintahan hari ini yang penuh dengan kebejatan politik dan digantikan dengan sistem kekhalifahan yang diamalkan oleh Kerajaan empayar islam dahulu sekaligus melestari perjuangan yang dibawa oleh Merong Maha Wangsa serta mengembalikan syariat sebagai asas pemerintahan. Apapun syabas dan tahniah diatas segala usaha yang telah tuan-tuan jalankan selama ini dan saya amat berharap tuan-tuan semua ikhlas melakukan ini semua agar usaha-usaha ini akan dibalas dan di Pandang oleh Allah SWT sebagai satu amal soleh dan diberikan ganjaran pahala.

    BalasPadam
  13. Terima kasih Faris.

    Nampaknya saudara amat jelas sekali dengan hala tuju sejarah realiti.

    Salah satu objektifnya telah pun sebut oleh saudara: iaitu memberikan kefahaman yang sejelas-jelasnya kepada seluruh umat Islam mengenai ketamadunan Islam yang telah diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan Bani Hashim di nusantara ini sejak 1400 tahun yang lampau.

    Saya ingin menambah sedikit antara lain objektifnya (bunyi akademik sket yang ni):
    Menyedarkan umat Islam tentang perinsip 'ketuanan melayu' yang merugikan dan menyempitkan umat melayu itu sendiri kerana terpaksa berpuas hati dengan empayar yang berumur 100 tahun yang menyeleweng dan menyesatkan.

    Sejarah realiti ini secara tidak langsung berupaya membuang kepercayaan tahyul khurafat lagi pagan yang disumbat oleh sejarah fantasi yang tidak masuk akal yang memintal2 dan melembamkan otak umat Islam bernama melayu.

    Bagi saya kesedaran masyarakat itu yang penting, selagi masyarakat tidak dapat disedarkan selagi itu sejarah realiti tidak akan kemana-mana.

    Sepatutnya para ulama istanalah atau para muftilah yang patut menasihatkan raja-raja tentang bahaya sejarah yang berasaskan tahyul khurafat ini...harapannya dengan segala fakta baru yang jelas berlandaskan Islam ini dapat membantu mereka menasihatkan raja-raja yang ada sekarang.

    Alhamdu'lillah. Saya amat bersyukur sekali, akhirnya ada juga yang paham...

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger