"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, November 30, 2008

Fikirkan: Keris itu adalah 'Merong Besi' ?

7 comments
The Keris has Spoken.
Penulis mendapat banyak maklumbalas berkenaan sejarah bangsa Melayu dan asal keturunannya dari ramai pembaca budiman. Ada juga yang menelefon memberikan 'feedback'. Terima kasih yang tidak terhingga penulis ucapkan kepada semua yang telah menyumbang idea dan fikiran. Sesungguhnya ia amat membantu usaha penulis mencari jatidiri bangsa Melayu yang sebenar.

Dalam pada itu segala input yang diberikan akan dicross-check dengan material yang ada disamping merujuk kepada sejarah Raja Iskandar Zulkarnain, UUK, Merong Mahawangsa, Adat Istiadat Raja Siam (Melayu), SNK,tafsir, pengalaman dan adat dan budaya Melayu kita.

Baru-baru ini penulis menerima email dari seorang rakan, En. Salmi yang memberikan input yang cukup mantap berkenaan senjata keris. Senjata yang amat sinonim dengan orang Melayu, tetapi tidak diketahui asal-usulnya. Petikan ini membuktikannya:

"The keris has romance, tales of adventure, nobility and tradition. It is a distinct part of an island world culture. Every keris has a story. It is so commonly encountered, yet we do not know very much about it," says Kamaruddin Hassan, an avid keris collector. (www.thingsasian.com:30/11/2008)

Oleh itu sila amati pula petikan dibawah ini dan fikirkan logik, signifikan dan relevannya keris itu dengan kisah Raja Iskandar Zulkairnan, Merong Mahawangsa dan seterusnya ke mitos dan fantasi masyarakat Melayu hari ini:

12) Lastly the Malay ethnicity is also CONTINUING THE NAGA SNAKE CULT. For one example, The Malay ethnicity has a family ancestral sword called a "Keris" it is a wavy blade that is shaped to look much like a snake’s body. The handle of the sword is even designed to look like a serpant’s head which we call a "naga motif." The Keris is a symbol of our ancestors, it is said to be the reincarnation of our ancestors and a true Malay carries their family keris with them at all times and treats it as though it were a part of their body with it’s own life.

Tidak syak lagi, perhubungan itu memang ada, cuma dinafikan oleh sejarah yang telah digelapkan oleh puak-puak yang takut akan ketinggian tamadun dan intelektual bangsa Melayu yang berasal dari Siam yang sebenar memiliki Empayar Ayuthia. Ramai yang ingin menafikan hakikat KeSiaman Melayu itu. Siam itu adalah Islam bukan Thai Buddha! Dan sejarah membuktikan yang Maharaja Siam Islam memang berkeris!

Semakin dinafi, semakin timbul kebenaran dan keris adalah buktinya. Pengaruh keris itu memang telah tersebar luas ke Alam Melayu sejak beribu tahun dahulu. Sehinggakan orang kepulauan Jawa pun mempunyai keris sendiri. Itulah bukti yang kita berasal dari satu punca, kerana mempunyai identiti yang sama. Bukti itu selama ini ada pada kita, bukan pada sejarah pelabuhan Melaka akibat pelanduk menendang anjing raja.

Jika ada yang bertanya, kenapa keris tidak dipakai diParsi atau Rom? Ini kerana peristiwa Nyajuj wa Makjuj dan 'tembok besi' secara spesifiknya berlaku di Asia bukan di eropah ataupun negara timur tengah. Simbol naga laut juga tidak kedapatan di negara2 belah sana. (updated 13/01/2009 - Simbol Naga Laut ada di pakai di negara timur tengah, penulis sudah menemui buktinya)

Hakikatnya, badan keris yang berke-lok mengambil ilham daripada badan Merong(Naga) yang 'menghembuskan api' mencair besi. Bukan ilham dari badan ular yang bersifat khianat. (Pendapat penulis, surah Al-Khafi itu mempunyai maknanya yang tersendiri untuk umat Islam nusantara-Asia).

Diabadikan pula bentuk naga itu sebagai senjata, menjadi simbol sebuah bangsa yang tinggi lagi berdaulat. Disebatikan dalam jiwa raja-rajanya yang Islam. Diturunkan zaman berzaman sehinggalah kepada sultan-sultan kita yang sememangnya menjunjung adat. Sehingga tidak disedari, yang dijunjung itu adalah adat majlis Raja Iskandar Zulkarnain.

Melayu, sesungguhnya kamu bukan bangsa rendah dan picisan seperti yang dikarang-tipu oleh penjajah dan agen2 mereka. Sejarah realiti telah membuktikan bahawa asalmu dari bangsa yang berjiwa besar penakluk Timur dan Barat, merong-besi itu buktinya!

-------------------------------------------------------
*Foto 'keris dapur nogo sosro' dari Sunda (menggunakan Bahasa Sunda) ikhsan:

*Peranan keris amat istimewa di Alam Melayu. Naga (Melayu), Nogo(Sunda) atau Merong(Siam) itu selalunya didakap dan disisip kemas menjadi teman dan bukan hanya sebagai lambang atau logo seperti yang terdapat dimana2 bangsa lain.

*Diharap dengan sedikit input ini dapatlah mematahkan cubaan hendak menstereotaip keris dengan keganasan dan khianat, seperti yang dikata oleh puak orientalis: "(George) Orwellian-isation of the Malay world, physically and psychologically - the keris is a symbol of violence" (Azly Rahman Blog).

*Simbol keris itu membawa maksud yang sebenarnya lebih besar dari apa yang mereka sangka mereka tahu. Kisah dongeng Tuah dan Jebat adalah bertujuan meyimpangkan peranan keris dan mengotorkan lagi sejarah 'melayu' dengan kisah dengki khianat. Hari ini semua bangsa mengecam dan melabel Melayu suka berbunuhan atas cerita khayalan Tuah dan Jebat. Mat Salleh yang tidak tahu apa2 pun tumpang tui sekaki mengutuk melayu. (Mat Salleh lagi kuat khianatnya, kenapa mesti melayu sahaja yang kena?)

*Penulis yakin tukang karut Tuah dan Jebat khayalan pun tidak tahu kisah Merong ini melainkan meninggalkan Melayu dengan soalan bodoh, sehingga menjadi forum dan seminar - Tuah atau Jebatkah yang benar? (Takan Hang Tuah@Raja Narai@Tun Syaaban nak buat kerja tak senonoh tu?)

*Pengaruh senjata yang berunsur keris memang ada terdapat pada senjata2 dari negeri China (bukan China komunis atau hongkong).

*Keris itu adalah 'Merong Besi' bukan maksud dalam bahasa Siam.harap maklum.

*InsyaAllah, sama2lah kita berdoa agar bangsa yang digelar 'Simuw Ul Amir' ini mendapat tempatnya kembali...
Read full post »

Selingan: Revolusi Kamera dan Fotografi

0 comments
Secara praktikalnya teknologi kamera hanya boleh digunakan oleh orang ramai di eropah ialah pada tahun 1839. Dimana pada tahun itu Daguerre, Niepce dan Fox Tallbot berlumba mendapatkan hak cipta dan 'patent' terhadap ciptaan mereka. Daguerre menang dalam perlumbaan itu. Lalu terhasilah kamera pertama yang diberi nama 'Dauguerrotype camera' yang menggunakan plate besi sebagai media penyimpan imej. Hanya orang kaya atau yang berkhidmat dengan kerajaan atau press sahaja yang mampu memiliki kamera jenis Daguerrotype ini.

Sejak dari itu, teknologi dan inovasi kamera berkembang sehinggalah pada tahun 1881, George Eastman seorang Amirika mencipta teknologi 'filem' yang mudah diselenggara, iaitu Kodak. Dengan penggunaan kodak, badan kamera dapat dikecilkan dan teknologi itu dapat dinikmati oleh kebanyakkan kerana ianya lebih murah dan mudah berbanding Daguerrotype yang besar, berat dan mahal. Daripada inovasi Eastman inilah lahirnya teknologi filem yang membolehkan kita menonton wayang gambar pada hari ini. Bayangkan dunia tanpa wayang gambar?

Qamara Obscura yang asalnya adalah perkataan arab untuk 'pinhole camera' mengambarkan satu konsep 'bilik gelap yang menghasilkan imej' kini telah pun berevolusi dengan pesat sehinggalah ke zaman digital. Ternyata, daripada lukisan tangan, proses mempotrait wajah berkembang daripada plate besi Daguerrotype kepada emulsi Kodak sehinggalah kepada CCD atau CMOS. 

Dan sememang sifat 'melukis atau menangkap gambar' itu menjadi minat dan kemahuan manusia tidak kiralah dari zaman mana dia berada. Yang berevolusi hanyalah cara dan teknologinya sahaja. Jika tidak masakan 'cameraphone' menjadi kegilaan ramai dewasa ini?
Read full post »

Rabu, November 26, 2008

Fikirkan: Bahasa Melayu terikat...

14 comments
Perhatian: Artikel ini ditulis dalam Bahasa Malaysia.

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Meluas penggunaannya di Nusantara sebagai lingua franca. Dahulu tercatat namanya diantara lima bahasa yang paling ramai penuturnya di dunia disamping Bahasa Ingris, Arab, Perancis dan Mandarin. Malangnya hari ini peratusannya semakin berkurang.

Bahasa Melayu berkembang kerana sifatnya yang 'fleksible', mampu berdinamik bersama pengamalnya sejak zaman berzaman. Ia telah pun diuji dan dicabar penggunaannya dari pelbagai sudut ilmiah. Ini termasuklah keberkesanannya menyampaikan maksud dalam bidang ilmu Islam, ilmu undang-undang, ilmu perniagaan, ilmu alam, ilmu hisab, ilmu kaji hayat, ilmu siasah, ilmu pertukangan, ilmu timbang sukat, ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu batin,ilmu silat, ilmu sastera, ilmu kaji bintang, ilmu persuratan dan pelbagai cabang ilmu lagi. Boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu itu adalah bahasa serba boleh dan tidak pernah sekali membawa masalah kepada majoriti pengamalnya yang rata-rata penduduk kepulauan di Asia Tenggara.

Bahasa Melayu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Bangsa Melayu yang dikonsepkan oleh penjajah Ingris. Malahan bangsa Melayu-lah yang menumpang populariti bahasa Melayu yang telahpun dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat dunia barat dan eropah berkurun dulu.

Sehinggakan si Raffle sendiri melahirkan konsep Language Based Nation berdasarkan bahasa Melayu dalam usahanya mengkelaskan penduduk-penduduk di nusantara dalam tesis pengajian orientalisnya. Begitu juga dengan puak orientalis yang lain yang datang dengan pelbagai muslihat dan agenda untuk menghakis pengaruh Islam secara beransur-ansur dari jiwa orang timur (orient itu timurlah)

(Kita tidak boleh memandang sepi atau merendahkan usaha licik puak-puak orientalis ini. Penangannya amat hebat. Jika tidak masakan kita boleh terlepas sebuah pulau akibat sekeping surat...?)

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang melambangkan status pada waktu awal kedatangan eropah adalah sama dengan peranan bahasa Ingris hari ini. Umpamanya bahasa Melayu itu adalah ibarat pepatah Ingris yang berbunyi- 'Elevate your status'; tidak dianggap intelek bagi bangsa eropah yang bertandang ke nusantara tetapi tidak mahir berbahasa Melayu. Begitulah tingginya taraf bahasa Melayu pada ketika itu.

Hari ini bahasa Melayu dipandang rendah. Berlawanan sekali dengan sifatnya dahulu. Pada pandangan penulis, sebab utamanya, tidak lain dan tidak bukan kerana ikatannya dengan bangsa Melayu itu sendiri. Bangsa yang telah berjaya diperlemahkan dengan sejarah yang tipu dan palsu oleh penjajah.

Bahasa Melayu telah di 'checkmate' - dibelengu pergerakannya sebagai bahasa ilmu oleh kerana prestasi bangsa Melayu hari ini yang tidak kemana, baik diperingkat lokal atau mahupun global. Lihat sahaja usaha kucar-kacir yang dijalankan oleh pihak yang kononnya mewakili bangsa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu. Setelah 50 tahun, sampai mana hasilnya?

Tergamakkah Melayu mengkhianati 'bahasa' yang telah memberikan nama kepadanya? Bukankah berbahasa Melayu itu adalah syarat untuk menjadi bangsa Melayu dalam konteks perlembagaan?

(Barangkali kemungkinan untuk pupus lebih besar tanpa bantuan penduduk Indonesia yang rata2nya bukan bangsa Melayu)

Seterusnya amat rumit untuk dijelaskan, tetapi bagi penulis, bahasa Melayu akan kembali segar berdaulat jika ia diasingkan pemilikannya dari mana-mana bangsa. Asalnya dahulu pun adalah bahasa universal, milik bersama bagi semua penduduk nusantara.

Oleh itu, jika kita sayang pada bahasa Melayu, mahu melihatnya kembali subur, segak dan bermaya, hanya satu, lepaskan ia dari ikatan kebangsaan yang sempit...

'Tidak bahasa Melayu hilang di dunia...'
Read full post »

Sabtu, November 22, 2008

Fikirkan: Metallurgy Melayu

6 comments
(updated 07/05/09 Catatan tinggalan silam)
Memandang sinis
Bangsa kita sememangnya telah dihinjak maruahnya oleh penjajah. Dinafikan daya intelektual. Diputuskan dari sejarah kegemilangan Islam yang sebenar. Dihina, dipinggir, di terajang masuk ke hutan. Minda generasi muda yang lahir selepas merdeka dirosakkan dengan putar belit sejarah yang tipu lagi palsu.

"Macamana orang Melayu hendak merdeka, hendak memerintah negara sendiri, nak buat sebatang jarum pun tak reti!". Tentu ramai yang masih ingat dengan ayat merah ini. (updated 29/09/09 - ini kalau tidak silap adalah kata-kata Dato Onn yang mungkin berbau muslihat)

Penghinaan itu memang nyata dan semua orang tahu. Tersentak juga penulis apabila mendengar sejarahnya disekolah dulu. Teringat tembaga acuan kuih bahulu dikampung. Logik budak kadangkala mengatasi akal orang tua.

Siapakah gerangannya yang meracun minda Melayu sebegini rupa? Sehinggakan 'merdeka' itu tiada langsung tersemat di jiwa. Takut merdeka untuk berdikari dan memerintah sendiri. Lebih baik bertuankan Ingris.

Sinis tentang projek kereta nasional ilham Che Det tahun 80an. 'Inferiority complex' merantai intelektual Melayu dari luak Undang England. Lain pula halnya fikiran ulama-ulama industri dari aliran Matahari Terbit. Tin Milo pun tin milolah. Yang penting 'happy'. PM yang happy.

Konsep bangsa ciptaan penjajah itulah yang mendatangkan masalah kepada Melayu. Semua penyakit dibakul-telurkan dalam satu acuan. Di label Melayu itu lemah dan tidak bertamadun. Empayarnya pun tidak lama, setakat 110 tahun, asalnya pulak Hindu. Sifatnya penuh dengki khianat.

Ditampal tanda didahi, umpama hantu cina, Melayu hanya mengikut tanpa soal bicara. Sejarah kita hari ini masih lagi menabur racun yang sama. Rendam buku minum air, insyaAllah lulus periksa.

Betul lemahkah Melayu sehingga dikait dengan jarum sebatang? Lihat sahaja dibawah ini nanti, penguasaan teknologi 'metallurgy' dan belerang sebelum kedatangan Ingris ke Semenanjung Melaka. Memang sesuailah nama Kuala Muda di Kedah itu dengan nama asalnya Kuala Muadat (belerang).

Tidak bergantung pada keris
Orang Melayu tidaklah bodoh benar, mengharap kuasa keris, tombak dan sumpit sebagai senjata untuk berperang (seperti yang digambarkan oleh sejarawan barat dan tempatan). Mereka juga normal, mempelajari seni besi sebagai satu keperluan, jika tidak pun menunaikan tuntutan Islam yang berkehendakkan umatnya bersedia menguasai teknologi dan berilmu.

Memang benar, keris dan pedang adalah hasil produk pandai besi Melayu, tetapi dalam pada itu mereka juga telah pun mahir dalam mengadunkan campuran besi untuk dibuat loyang bahulu, yang mana kalau dibesarkan sikit menjadi lobang meriam buat isi peluru.

Justeru, jikapun keris ingin diangkat sebagai pelakon utama, hero pembela bangsa, janganlah pula sampai kita hilang rasional, dikaburi dengan kisah mistik dan jumud yang akhirnya membawak kepada unsur-unsur tahyul khurafat seperti kisah Hang Tuah dan Tamingsari. Keris tetap besi yang tiada punya kuasa.

Untuk pengetahuan pembaca, pada kurun ke 15, orang Melayu telah pun menguasai teknologi meriam-bedil kalau pun tidak menggunakan senapang. Mereka tidak pula menggunakan keris terbang untuk berperang.

Ini memang diakui oleh pihak Portugis sendiri, yang mana memang terdapat kelengkapan meriam yang banyak sewaktu mereka mematahkan pemberontakan raja daerah Melaka. Bukti ini menunjukkan teknologi meriam sewaktu itu sudah menyeluruh ke Semenanjung Melaka, sehinggakan raja daerah pun memiliki kelengkapan tersebut.


(Walaupun mempunyai kelengkapan meriam, adalah logik Raja Melaka tewas dengan angkatan Portugis pada 1511 (berjumlah 1400 orang, separuhnya adalah tentera yang dibawa dari Benua India), yang datang atas arahan Maharaja Siam Islam. Mungkin kerana taraf tenteranya adalah taraf daerah sahaja dan bukannya seperti sebuah empayar Islam yang besar yang pada masa itu yang berpusat di Ayuthia, Siam. Portugis pula bukan penjajah. Mereka hanya meletakkan 'base' di Melaka atas perkenan Maharaja Siam Islam, seperti 'base' mereka yang terdapat di Macao, Nagasaki, Hormuz dan Goa. Dan memang angkatan Portugis akur pada kekuasaan kerajaan Siam Islam yang berpusat di Ayuthia pada waktu itu. Memang silap kalau sejarah kita mengambil 1511 sebagai tahun kejatuhan Empayar Melayu, kerana pusat empayar Islam itu sebenarnya di Ayuthia @ Shahru Nuri. Melaka hanya berperanan sebagai sebuah pelabuhan seperti yang diceritakan dalam buku sejarah kita hari ini).


Dari mana datangnya ilmu metallurgy Melayu?
Cendekiawan German hanya berjaya mem'patent' teknologi 'chrome' beribu tahun setelah tentera Terra Cotta dari Dynasti Qing mengaplikasikan teknologi 'chrome' di setiap senjata mereka. Kecanggihan teknologi tentera Terra Cotta ini memang menakjubkan pakar-pakar dari Eropah. Tapi mereka tidak jumpa punca (mungkin jumpa tetapi tidak mahu mengaku).

Baiklah, dari manakah pula orang-orang kita (Asia) mendapat ilmu pandai besi yang lebih awal dari orang Eropah?

Untuk mendapatkan 'klu' mari teliti Al-Quran, surah Al Khafi seperti berikut:

Ayat 96, "Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga, supaya ku tuangkan diatasnya.

Secara sederhana, ayat di atas dengan jelas menunjukkan ilmu yang diguna-pakai untuk membina tembok besi memenjara bangsa Nyajuj wa Makjuj. Ayat itu juga dengan tegas membezakan besi (iron) dan tembaga (bronze). Dan kepandaian itu turun ke Maharaja China yang pertama (Terra Cotta) dan seterusnya ke Merong Mahawangsa dari keturunannya. Bukan untuk menunjuk pandai, tetapi disitulah terletak logik sejarahnya.

Secara tidak langsung cerita ini dapat membuktikan bahawa memang terdapat kesinambungan dan perhubungan orang Semenanjung Melaka dengan Raja Iskandar Zulkarnain melalui Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Hikayat dan cerita orang-orang tua zaman dahulu sudah mula menampakkan kebenarannya dari segi logik dan saintifik.

Apa lagi yang hendak dinafikan tentang kepakaran orang Melayu yang sememangnya berasal dari titisan Raja Iskandar Zulkarnain. Boleh ke orang Melayu jadi pandai sendiri tanpa petunjuk Allah S.W.T? Atau orang Melayu lebih rela jadi pandai sebab mendapat petunjuk dari bangsa Mat Salleh? Buatlah pilihan.

Meriam dan adat orang Melayu
Seterusnya kita lihat pula bagaimana impak ilmu 'metallurgy' terhadap bangsa Siam-Melayu, dalam seni pembuatan meriam, diaplikasikan pula dalam adat dan norma kehidupan mereka.

Sila lihat sedutan dari Undang-undang Kedah (Mariyam Salim, 2005, Ms 47) yang berbunyi:

"Keempat hari itu sembahyang rayalah. Maka bedil meriam itu dipasang segenap petang sembilan cucuk atau sebelas cucuk. Maka pada Hari Raya itu dipasang bedil pada waktu subuh, sekali, raja hendak ke masjid, sekali, dan raja balik dari masjid, sekali pasang meriam itu. Maka duduk dibalai besar itu diserambi sebelah kanan itu bentara kanan dan anak bendahara dan anak maharaja dan Megat Bongsu dan anak menteri dan anak hulubalang, dan serambi kiri itu fakih dan haji-haji dan segala saudagar dan sekalian dagang adanya"

Tidak menghairankan jugalah jika setiap kali musim Raya, orang Melayulah yang putus tangan dulu, mungkin sebab sifat Melayu yang memang telah sebati dengan meriam dan belerang.

Oleh itu Melayu Moden sedarlah, jangan katakan sebatang jarum, meriam pun kita boleh buat, tapi dengan syarat kena rujuk kepada sejarah realiti baru jumpa jati diri bangsa yang hakiki.

Bayangkan jika segala manuskrip seni dan bukti peradaban 'Melayu' tidak dibawa balik ke England, disorokkan atau dikaramkan mungkin kita tidaklah jadi seperti sekarang. Umpama ayam dikepuk...

Dan mana pergi Perwaja Steel?

--------------------------------------------
Contoh-contoh meriam dan bedil orang 'Melayu' dari abad ke 15 sehingga ke 18:




A. This cannon was made in 1623 by a Malay kingdom, Singora in what is now southern Thailand. The Siamese conquered Singora in 1687 and used this cannon against the Annamese and Burmese. In 1766 the Burmese overran the Siamese capital Ayuthiya and took the gun to Burma. It was deployed by the Burmese in their three wars against the British. In 1887 the British defeated the Burmese and brought this cannon to London where it remains to this day.

(Cerita sebenar mengenai meriam dan perang di atas: Meriam 'A' di atas adalah milik Raja Bersiong -Tengku Sulaiman yang telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand) yang masih lagi berada dalam Nagara Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah Maharaja Siam Islam telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Paduka Seri Iskandar Mahkota Alam untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan (bunyinya macam perang) dan baginda dibunuh oleh Iskandar Mahkota Alam di Singgora. Tengku Sulaiman @ King Sulayman Shah inilah Raja Bersiong, kerjanya makan orang. Kisah ini menunjukkan bahawa SIAM itu adalah Melayu sebab Tengku Sulaiman di Singora itu pun adalah orang SIAM. Bukannya 'Siamese (dianggap Thai) conquered Singora' macam tulisan diatas. Kita juga mungkin tertanya-tanya kenapa TAR beria2 menjadi penaung kepada produksi filem Raja Bersiong lakonan Ahmad Mahmud terbitan Shaw Bros. dulu. Tidak lain dan tidak bukan sebab TAR pun orang SIAM juga tetapi telah menjadi Melayu).

B. 15th Century Miniature Cannon Discovered in Mindanao in 1950. Estimated 500 years old. Records show that this rare cannon had its Malayan origin as shown in the carvings of floral patterns and it strongly suggest that this cannon was used as "status symbol" by "datus" during the early civilization.


C.
Cannon such as these were being manufactured nearly one hundred years before the arrival of Europeans to this part of the world. It is believed that gun making was introduced to the region by Muslim traders from the Middle East. The cannon are smooth bore and muzzle loading. They were used as weapons ofwar and also signalled the start and end to fasts during the period of Ramadan. The firing of cannons was also used by royalty to announce a royal birth or wedding.

----------------------------------------------

*Jika benar Portugis itu penjajah, duduk tanpa kebenaran, sudah lama kota A Famosa yang seketul itu dikromok dan dihancurkan oleh meriam2 angkatan Islam Siam, Acheh, Majapahit, Pasai, Mindanao, Patani dan lain-lain lagi.

Ternate pun Portuguese tak boleh makan. Apatah lagi Empayar Islam Benua Siam Kedah

*Ingris hanya masuk menjajah empayar Islam di Semenanjung Melaka pada awal abad ke 19, setelah berjaya membunuh Maharaja Siam Islam Sultan Long Jaafar 1876 melalui tipu daya, seperti mana mereka membuang Maharaja Moghul India ke Burma 1862. Jika tidak susah juga untuk menjajah Semenanjung Melaka selagi tuan dia ada.

---------------------------------------------

update 05/03/2009







MERBOK - Dua buah tapak prasejarah yang dipercayai digunakan sebagai tapak penempatan dan tapak kilang melebur besi yang terawal ditemui di Sungai Batu, Lembah Bujang di sini baru-baru ini.


Penemuan kedua-dua tapak itu yang terletak kira-kira satu kilometer (km) antara satu sama lain di lencongan Merbok itu menguatkan lagi dakwaan bahawa kawasan Lembah Bujang adalah antara kawasan penempatan yang tertua di dunia.

Ia ditemui sekumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Februari lalu.
Menurut Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, kedua-dua tapak itu ditemui ketika sekumpulan penyelidik yang diketuai Pengarah PPAG, Prof. Madya Mokhtar Saidin menjalankan kerja-kerja pemetaan untuk penyediaan pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang.

"Kami menemui lebih kurang 30 bukit kecil mound di sekitar kawasan seluas tiga kilometer persegi yang dijangka mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat kediaman atau pemerintahan.
"Hasil ekskavasi (penggalian) ke atas dua tapak itu mendapati salah satunya mempunyai batu-bata berstruktur bangunan manakala satu lagi mendedahkan fungsinya sebagai kilang melebur besi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, penemuan kedua-dua tapak berkenaan dianggap penting kerana ia mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar peradaban Lembah Bujang.


-------------------------------------------------
Updated 07/05/2009
Teks Idris Sulaiman rencana@hmetro.com.my

JIKA ada yang belum mendengar nama Gangga Negara, berkunjung ke Muzium Beruas Perak untuk mendapat maklumat mengenai dua kerajaan yang pernah bertapak di utara tanah air sekitar abad ke-8.Mengikut catatan, Beruas, pekan kecil kira-kira 48 kilometer (km) dari Lumut, Perak ini pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara.
Malah, kedua-dua kerajaan agung yang bertapak kira- kira 600 tahun lalu itu dipercayai wujud lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka. Ini dapat dibuktikan menerusi kesan artifak ditemui di sepanjang tebing Sungai Beruas.Pelancong yang singgah ke muzium dibuka pada 1995 ini dapat menyaksikan tinggalan artifak termasuk seramik dari Dinasti Qing, bekas colok ketika perkembangan tamadun awal Hindu dan pinggan mangkuk abad ke-19 dari England.Selain pinggan mangkuk berusia ratusan tahun, anda juga dapat menyaksikan jongkong timah yang digunakan sebagai mata wang masyarakat silam.
...Sebelum pulang, jangan lupa bergambar dengan meriam seberat 128 kilogram (kg) yang ditemui di Kampung Pulau Meranti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung ketika kerja pembersihan Sungai Beruas dijalankan pada 1986.Pengarah Muzium Perak, Nor Janati Ibrahim, berkata tapak asal muzium itu adalah bangunan menempatkan mahkamah dan pernah dijadikan pejabat, sebelum kerja ubah suai dijalankan pada 1994 yang dibiayai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.Katanya, selepas selesai pada 23 Mei 1995, bangunan itu diserahkan kepada Kerajaan Perak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Habib Mansor oleh Ketua Pengarah Muzium Negara, Mohd Zulkifli Abdul Aziz.
Read full post »

Jumaat, November 14, 2008

Fikirkan: Semenanjung Melaka 1782

11 comments
Mana pergi Semenanjung Tanah Melayu? (Peta Perancis)

By 1795, Blumenbach added another race called 'Malay' which he considered to be a subcategory of both the Ethiopian and Mongoloid races
  • I wish to call it the Malay, because the majority of the men of this variety, especially those who inhabit the Indian islands close to the Malacca peninsula, as well as the Sandwich, the Society, and the Friendly Islanders, and also the Malambi of Madagascar down to the inhabitants of Easter Island, use the Malay idiom.[2]

Jika ada tulisan mengatakan 'Malayan Peninsula', penulis akan refer balik kepada 'peta lama' untuk memastikan fakta dan mendapatkan keputusan. Maklumat di Wiki boleh diedit maka ia akan mengurangkan integriti sesuatu fakta itu berbanding peta lama (bukan sumber British).

1782 - Francis Light belum masuk Pulau Pinang lagi.

--------------------------------------

"A sum of 565 names, 484 in America and 81 in Canada, of villages, towns, cities, mountains, lakes, rivers and etcetera, are etymologically Arabic, designated by locals long before the arrival of Columbus. Many of these names are in fact the same as names of Islamic places; Mecca in Indiana, Medina in Idaho, Medina in New York, Medina and Hazen in North Dakota, Medina in Ohio, Medina in Tennessee, Medina in Texas, Medina and Arva in Ontario, Mahomet in Illinois and Mona in Utah, are just a few noticeable names at the outset. A closer analysis of the names of native tribes will immediately reveal their Arabic etymological ancestry; Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin, Cherokee, Cree, Hohokam, Hupa, Hopi, Makkah, Mohician, Mohawk, Nazca, Zulu, and Zuni are only a few."

Semua penduduk asal benua Amirika telah pun bernama, tetapi dikelaskan sebagai Red Indian oleh Columbus dan digelaran itu diguna pakai oleh 'scholars' hingga ke hari ini.

Jika begitu, adakah konsep Language Based Nation yang yang digunakan oleh Stamford untuk merangkumkan dan mengkelaskan semua kaum di Malaya yang terdiri daripada Melayu, Boyan, Banjar, Jawa, Rawa, Bugis, Acheh, Siam, Mendeleng, Bangkahulu, Patani, Batu Bara, Jambi, Riau, Minang, Arab, Keling dan lain-lain lagi sebagai satu bangsa Bangsa Melayu @ The Malay itu meniru idea Red Indian Columbus?

Mungkin betul juga, apa yang penulis pasti, tiada bangsa peribumi dinegara lain yang mempunyai keistimewaan 'tanah reserved' seperti Red Indian Amirika melainkan orang Melayu; dalam pada masa yang sama menjadi miskin akibat dipinggirkan* dari arus pembangunan oleh penjajah. Adakah itu menunjukkan kelebihan atau kelemahan ?

Sebab itu ada juga terdengar cakap2 penghujungnya orang Melayu di Malaysia masuk hutan macam Red Indian. Ada juga persamaannya tu...FELDA contohnya. Realitinya?

Bagaimana susahnya kita hendak membuang konsep Red Indian itu dari 'mindset', begitu jugalah halnya dengan konsep Bangsa Melayu yang disogokkan kepada kita. Berat hati penulis untuk menerima kenyataan, jika itulah hakikat sebenar kisah konsep Bangsa Melayu yang digula-gulakan oleh Ingris dan agen-agennya.

end.

-----------------------------------

*Memetik kata2 Roslan Latif, Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA) dalam Berita Harian 15 November 2008:

Malah seawal 1816 lagi, kaum India dan Cina belajar di sekolah apabila Penang Free School dibuka. Anglo Tamil menumpang di Penang Free School. Tahun yang sama sekolah Cina dibuka di Melaka. Sekolah Melayu pertama dibuka pada 1856, iaitu Sekolah Melayu Telok Air Tawar, Pulau Pinang dan Telok Belanga Singapura, selepas 40 tahun bukan Melayu bersekolah. [MCKK hanya baru dibuka pada 1905]

[orang Melayu ketinggalan lebih daripada 40+ tahun kebelakang dalam bidang pendidikan Ingris, tetapi membuktikan boleh membina sebuah negara maju dalam tempoh yang sama selepas merdeka].

[Pendidikan orang Melayu kampung ketika] Itupun sampai darjah lima sedangkan India dan Cina sampai Senior Cambridge sebelum melanjutkan pelajaran ke Raffles College, King Edward Medical College, Australia dan United Kingdom. Mereka pulang jadi peguam, doktor, jurutera dan professional lain.

Ketika itu kebanyakkan orang Melayu menjadi petani dan bekerja di kampung.

Mengikut kajian USM pada 2002, hanya 14 peratus Melayu mencapai tahap pengurusan tertinggi, 60 peratus di pengurusan terendah berbanding 73 peratus pada pengurusan tertinggi dan 20 peratus dalam pengurusan terendah bagi kaum Cina.

Polar guna tenaga Bumiputera dalam firma swasta pada 2005, hanya 20 peratus CEO bumiputera berbanding 80 peratus bukan bumiputera dan hanya 40 peratus pada peringkat pengurusan berbanding 52 peratus bukan bumiputera.

Dalam hal ini, janganlah kita cepat terpengaruh dengan mainan politik dan media yang selalunya mencipta Melayu kaya. Berpijaklah pada bumi nyata. Ini belum diambil kira pemilikan hartanah, properties, pusat beli belah, profesional dan sebagainya.

Bangsa Melayu di Semenanjung Melaka nampaknya masih ketinggalan dan terpinggir. FELDA telah mencapai objektif, lebih baik dari Red Indian Amirika. Adakah itu realitinya?

-------------------------

*Jawapan kepada sejarah Sebenar Ketamadunan Bangsa Melayu berpaksikan Islam ada tersirat pada peta Semenanjung Melaka 1782 diatas.

*Percayakah anda nama asal Putrajaya adalah Prang Besar Estate, terletak dibawah jajahan kerajaan Negeri Selangor? Lagi 100 tahun tentu ada yang tidak percaya dan bermatian mempertahankan nama Putrajaya itu yang sekarang dibawah kerajaan Persekutuan...

Read full post »

Isnin, November 10, 2008

Cherokee Islam

8 comments
Cherokee, nama yang digunakan sebagai label kenderaan, pernah juga menjadi tajuk lagu hit sebuah kumpulan rock bernama Europe pada satu masa dahulu (disamping Final Countdown).

Siapakah Cherokee ini? Penulis pernah terbaca dan pernah juga diajukan pertanyaan mengenainya. Sebagai jawapan kepada persoalan itu, disini penulis tempelkan artikel mengenai puak Cherokee untuk kita fikirkan bersama. Mereka juga mempunyai sejarah panjang berkait dengan Islam tetapi digelapkan oleh para penjajah Ingris dan Amirika.


Sila abaikan nama Indian itu kerana gelaran itu diberikan oleh Christopher Columbus semasa ingin mencari jalan ke Benua India melalui laluan Barat. Pada masa itu, jaringan laut menuju ke India dan Asia Tenggara melalui laluan Timur (rempah) telah pun diterokai dan dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam, Arab, Portugis, Melayu?, Moor. China, melalui Laksamana Cheng Ho (Syed Ajjal) telah tiba lebih awal lagi sebelum itu.



Sangka Columbus, daratan yang pertama dijumpainya itulah India, lalu diberilah nama penduduk yang dijumpainya itu Indian. Kononnya, dialah orang pertama yang menjumpai benua India melalui laluan Barat. Apa yang cuba disembunyikan adalah jalan laut itu telah pun diterokai oleh pendakwah2 muslim lama sebelum Sepanyol menang perang ke atas Andalusia dan seterusnya menguasai semenanjung Iberia.


Oleh sebab itu tidak sepatutnya Native American digelar RED INDIAN, kerana mereka sudahpun mempunyai nama, awal lagi sebelum Columbus tiba. Maksudnya mereka (orang Sepanyol) memberi nama kepada kaum yang sudah bernama hanya melalui sangkaan mereka sahaja. Agaknya jika mereka tiba di kutub utara, maka eskimo pun boleh jadi digelar Indian juga (white Indian). Kalau mengikut kebiasaan orang Sepanyol, Red Indian atau Cherokee Islam ini sepatutnya digelar sebagai moor, seperti mana mereka menggelar Bangsa Moro di Filipina.


Columbus dikatakan menggunakan khidmat navigator muslim dalam eksplorasinya mencari 'the new world'. Ini sesungguhnya tidak menghairankan penulis. Berapa ramai saintis German tidak dibunuh tetapi diambil berkhidmat untuk memajukan teknologi Amirika selepas WW II? (The first American missiles and the entire Apollo program was built on Von Braun’s German technology).

"Two of Columbus’ captains on the first voyage, in actual fact, were Muslims: Martin Alonso Pinzon was in charge of the Pinta, while his brother Vicente Yanez Pinzon was the designated captain of Nina; both were from the Moroccan Marinid dynasty, descendants of Sultan Abu Zayan Muhammad III (r. 1362-1366). Formerly well-to-do ship riggers, they assisted Columbus in organizing his voyage of exploration, preparing the Santa Maria, the flagship, and covering all its expenses."

---------------------------------------
Sila baca artikel dibawah berkenaan Cherokee.
Article Taken from: MESSAGE, July 1996.
My name is Mahir Abdal-Razzaaq El and I am a Cherokee Blackfoot American Indian who is Muslim. I am known as Eagle Sun Walker. I serve as a Pipe Carrier Warrior for the Northeastern Band of Cherokee Indians in New York City. There are other Muslims in our group. For the most part, not many people are aware of the Native American contact with Islam that began over one thousand years ago by some of the early Muslim travelers who visited us. Some of these Muslim travelers ended up living among our people. For most Muslims and non-Muslims of today, this type of information is unknown and has never been mentioned in any of the history books. There are many documents, treaties, legislation and resolutions that were passed between 1600s and 1800s that show that Muslims were in fact here and were very active in the comunities in which they lived. Treaties such as Peace and Friendship that was signed on the Delaware River in the year 1787 bear the signatures of Abdel-Khak and Muhammad Ibn Abdullah.


If you have access to records in the state of South Carolina, read the Moors Sundry Act of 1790. In a future article, Inshallah, I will go in to more details about the various tribes, their languages; in which some are influenced by Arabic, Persian, Hebrew words. Almost all of the tribes vocabulary include the word Allah. The traditional dress code for Indian women includes the kimah and long dresses. For men, standard fare is turbans and long tops that come down to the knees. If you were to look at any of the old books on Cherokee clothing up until the time of 1832, you will see the men wearing turbans and the women wearing long head coverings. The last Cherokee chief who had a Muslim name was Ramadhan Ibn Wati of the Cherokees in 1866.


Cities across the United States and Canada bear names that are of Indian and Islamic derivation. Have you ever wondered what the name Tallahassee means? It means that He Allah will deliver you sometime in the future.


---------------------------


During the eighteenth century, the Cherokee people were primarily settled in more than forty thousand square miles area comprising the higher regions of the Southeast, the Appalachian (Apa-la-che) mountain ranges in the southwest Virginia, the western North and South Carolina, eastern Tennessee (Tenasuh), northern Georgia, and northeastern Alabama (Allah bamya) [ALLAH BUMINYA? @ BUMINYA ALLAH?] This is the same region where a group known as'Melungeons' had settled. By 1840 almost all eastern Native American tribes were forced to migrate to their territories west of the Mississippi.


As the leader of Western Cherokee, Sequoyah was a peace-loving man who strived to make his people literate, and made substantial effort to unite them. He retained his customary turban and long clothing, typical of Muslims, while on official mission to Washington, D.C. for treaty negotiations. He was the subject of lectures by Samuel Lorenzo Knapp. His famous portrait was done in 1828 by Charles Bird King in Washington, D.C. Suquoyah was not alone in wearing Muslim dress. More than a dozen Native-American leaders of other tribes, including Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk & Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, and Yuchi, wore the Muslim head dress. Some of them wore distinctly Arab head dress. Their famous portraits published between 1835 and 1870 confirm this fact.


Bukan SIAM sahaja yang difitnah sebagai kafir, Cherokee (Shar-kee) pun sama. Masalah 'serban' Sequoyah ini pun sebenarnya menjadi perdebatan hangat di Amirika sehingga ke hari ini. Ada puak yang menafikan keIslaman Sequoyah ini. Mana lagi datangnya serban ini, kalau tidak dari pengaruh Arab. Orang Melayu pun sama berserban untuk menunjuk alim, dan biasanya tok imam atau ketua masyarakatlah yang paling besar serbannya.


Jika berpandu pada tahun yang tercatit didalam dua artikel diatas, tarikh2nya adalah selari dengan tahun2 kemelesetan pengaruh empayar Islam sedunia, termasuklah Empayar Islam Benua Siam Kedah 1876.


-------------------------------------------


Lagi antara bukti ke Islaman penduduk asal benua Amirika dan kaitannya dengan Orang Melayu:






"Proof of Muslim presence in the America from authenticated Western sources:


1. Professor Barry Fell, retired lecturer from Harvard University and also a member of the American Academy of Science and Arts, the Royal Society, the Epigraphy Society and the Society of Scientific and Archeological Discoveries, is adamant about the arrival of Islam in America in the 650s, predicating this argument upon the Cufic calligraphy belonging to that era found in various diggings across America. If the words of Professor Fell have truth-value, then the Muslims had arrived in America during the era of Uthman, or at least that of Ali, the fourth caliph. Such information, however, is not found in Muslim sources.


Jika Islam dikatakan sudah tersebar luas ke Amirika seawal zaman Saidina Uthman dan Ali, apatah lagi kisah seorang lagi sahabat Rasullullah S.A.W, Saad Al Waqas pergi ke China mengislamkan Maharaja China. Perkara seperti ini tidak perlu membawak hairan kepada orang mukmin, kerana Nabi Muhammad S.A.W diturunkan sebagai rahmat ke seluruh alam, bukan untuk orang Arab sahaja.

Para pendakwah Islam sewaktu itu tentunya telah dibekalkan dengan kaedah pengisian rohani dan jasmani untuk menghadapi segala kemungkinan yang timbul ditanah asing. Berani itu sifat mukmin. Lihat sahaja contoh 'survival' seorang Arab Ibn Fadhlan, disamping Norsemen dalam filem 'the 13th Warrior @ Eaters of the Dead. Walaupun itu hanya cerita 'fiksyen', tetapi anggaplah ia sebagai contoh untuk mendekatkan kita kepada kenyataan dan realiti.


Picture 8 shows a piece of rock discovered in a cave in the region of Corinto in El Salvador, bearing the inscription Malaka Haji mi Malaya; this has been identified as belonging to the thirteenth century, suggesting a possible arrival of Muslims in South America, perhaps coming from somewhere near Indonesia.


[apa pulak near Indonesia, memang Melayu la tuh. 13th Century adalah zaman King Nara Suan - Sultan Muhammad Syah Yang Adil memerintah Ayuthia dan Semenanjung Siam-Melaka. Tapi Malaya itu merujuk pada siapa? Nama El Savador pun ada membawa pengaruh Arab. El atau Al?]


Walaupun bukti itu boleh disangkal (oleh puak yang berfikiran negatif), tetapi sekurang-kurangnya kita tahu yang Melayu bukan sahaja telah menerima syiar Islam di Nusantara, tetapi telah pun mengambil bahagian, berjuang menyebarkan syiar Islam ke seluruh dunia. LAGI AWAL DARIPADA PANGLIMA AWANG atau The ENRIQUE yang menjadi mentor Datuk Azhar Mansor.


Umpama mengangkat batang terendam...sejarah bangsa yang digelar 'SIMUW UL AMIR' perlu ditegakkan kembali. Peranannya menegakkan syiar Islam diperingkat global mesti diangkat buat tatapan dan pedoman generasi masa hadapan.

Jika ada yang tidak bersetuju dengan fakta ini, terserah. Mungkin ada orang lain yang mendapat manafaat darinya. Penulis hanya menyiasat dan mencari bukti sejarah bangsa yang telah digelap dan disempitkan disekitar pelabuhan Melaka. (puak ni boleh pulak pertahan cerita karut yang semacam ini)


Secara logiknya, macamlah orang Melayu dan sultan2 Islam zaman dahulu tidak pernah berkeinginan menunaikan rukun Islam, naik haji ke Baitullah Mekah. Jangan ditanya macamana caranya, naik unta, berakit, jalan kaki, jika sampai seru maka wajiblah ia bagi orang Islam yang berkemampuan, Cherokee ke Apachee ke sama sahaja hukumnya. Maka berkumpul umat Islam sedunia, di Baitullah, menghadap Kaabah.


1000 AD (10th century Arab map showing America as the Unknown land Ard a Majhoola)
Ada nampak tanah semenanjung? (sila rotate 180 darjah untuk melihat peta dunia versi moden)











Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger