"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Ogos 27, 2008

Ben Abraham?

0 comments
27/08/2008 12:17am

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini. Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lepas akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa pada Oktober.

Anwar berkata, rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan anggota Parlimen nanti.

Beliau berucap kepada para penyokongnya di padang Institut Penguruan Tuanku Bainun di sini. Jawatan ketua pembangkang itu sebelum ini dipegang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya itu. - Bernama

-------------------------------------------

Nota Penulis:

Kot mana pun, depa ni mai dari sekolah UMNO-BN la jugak...

Read full post »

Rabu, Ogos 20, 2008

Bangsa Malaya

5 comments

Petikan Sinar Harian - Khamis/5hb June 2008.

...Sesungguhnya konsep Bangsa Malaysia bukan isu baru meskipun ia tidak disedari sesetengah orang. Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Kedua, mengungkapkannya lebih awal yakni semasa beliau merasmikan kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 16 Ogos 1971. Beliau menegaskan bahawa Perlembagaan negara, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan strategi jangka panjang untuk mewujudkan 'Bangsa Malaysia' yang bersatu padu.

Tun Razak pernah menjelaskan dengan kata-katanya pada tahun 1971 itu bahawa:

"Wujud kita sebagai satu bangsa masih sangat baru dan belum pun sampai satu generasi semenjak kita merdeka dan berdaulat, mula-mulanya sebagai Bangsa Malaya dan kemudian jadi Bangsa Malaysia"

-Aziz Deraman

---------------------------------------------------------------------
Nota penulis:

Cerita Moro.
Bangsa Moor atau Moro adalah gelaran yang diberikan oleh penjajah Sepanyol kepada semua suku kaum atau masyarakat yang beragama Islam yang terdapat di Filipina (termasuklah Tausug, Bajau) semasa mereka mendarat disana. 

Orang Sepanyol Kristian memang sebelum ini menggelarkan Moor kepada umat Islam di Andalus terutamanya yang berbangsa Arab, Berber dan Afrika. Jadi 'gelaran' itu mereka bawa bersama dalam eksplorasi mereka untuk menjarah negara-negara timur jauh, sehinggalah ke kepulauan Filipina termasuklah Borneo (Sabah dan Sarawak). 

Gelaran Moro ini menunjukkan bahawa sebelum kedatangan Sepanyol membawa Kristian, umat Islam memang telah lama wujud di Filipina. Kerana 'familiarity' itu, maka mudah bangsa Sepanyol mengelarkan mereka Moor sempena sempena nama musuh mereka di Andalusia. Dan sememangnya Bangsa Moor Filipina cukup anti dengan puak2 penjajah Sepanyol ini.

Bangsa 'Moor/Moro' (umat Islam) inilah yang terkenal tegas mempertahankan kedaulatan Islam dalam siri penentangan terhadap penjajahan Kristian Sepanyol/Inggeris. Salah seorang dari mereka ialah Almarhum Mat Salleh pejuang Sabah. 

Mat Salleh adalah contoh klasik pejuang Bangsa Moro dari suku kaum Bajau. Persoalannya, kenapa beliau tidak digelar Melayu? (Ada juga menteri kita yang asalnya Bajau tapi masuk Melayu - demi politik. Bagaimana dengan penghayatan budaya 'Melayu' nya nanti?)

Perlu juga diingat, bahawa Filipina dan Borneo adalah pada suatu ketika dahulu tertakluk dibawah pentadbiran Kesultanan Islam Sulu. Adakah Kesultanan Sulu ini mengambil adat istiadat seperti Kesultanan Melayu di Semenanjung? Ini perlu juga kepada kajian.

Apa kena mengena cerita Bangsa Moro dan kisah Bangsa Melayu?
Kedua-dua gelaran itu samada Moro dan Melayu hanyalah 'identification' yang diberikan oleh penjajah untuk memudahkan kerja2 pentadbiran di wilayah jajahan mereka. Padahal mereka ini terdiri daripada suku kaum yang pelbagai.

Bangsa Moro diKepulauan Sulu, gelarannya di beri oleh Sepanyol, diambil sempena agama mereka iaitu Islam dan bangsa Moor di Andalusia. Manakala Bangsa Melayu di Semenanjung Melaka @ Malaya @ Malaysia, adalah gelaran yang diberi oleh Inggeris - Stamford Raffle. 

Seperti yang telah ditulis sebelum ini, Konsep Bangsa Melayu pula berevolusi dari bangsa yang berasaskan 'bahasa' (sila lihat Malay Race - Istilah Orientalis?) kepada bangsa berasaskan 'negara' seperti dalam petikan akhbar ucapan Tun Razak di atas. 

Yang pasti dan peliknya, istilah bangsa Melayu itu hanya wujud dan diperakui di Semenanjung Melayu ini sahaja. Tidak seperti di Indo Nesos (Indonesia) atau di Kepulauan Borneo. Tetapi BAHASA MELAYU pula difahami dan diguna pakai oleh hampir kesemua penduduk di gugusan Kepulauan Melayu rantau ini-lingua franca.

Tidak Percaya Lagi?
Bangsa Moro dan Melayu itu tidak sama walaupun rumpun bahasanya adalah Melayu. Contohnya, memang tidak tercapai dek akal jika kita menggelar orang Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu sebagai Bangsa Moro. Dan bangsa Moro di Borneo telah dilabel sebagai Bumiputera jika mereka rakyat Malaysia. Kenapa tidak dilabel Melayu?

Juga, jika nama Bangsa Melayu itu sudah terkenal di seantero Alam Melayu, kenapa penjajah Sepanyol menggelar mereka (pejuang Tausug dan Bajau) sebagai Moro dan tidak Melayu? Kenapa pula Kesultanan Sulu tidak menamakan kerajaan mereka Kesultanan Melayu Sulu seperti Kesultanan Melayu Melaka?

Mungkin ada mencongak secara sinis, kenapa mata tidak dinama hidung, telinga tidak dinama gigi...begitulah nama Melayu dan Moro. Jawab penulis, tidak salah mengkaji dan mencari walaupun tidak bergaji.

Kemana Melayu akhirnya nanti?
Jika dilihat dari senario politik dan dasar dalam perlembagaan yang menjurus kepada satu bangsa yang berasaskan negara, maka tidak mustahil nama Melayu akan hilang dari muka bumi. 

Biarpun ungkapan 'Tidak Melayu hilang di dunia' dicipta untuk dilaungkan, realitinya ia sudahpun mulai serak ditelan zaman. Bahasanya pula hidup segan...

Harus diingat, nama Melayu hanya wujud dan kuat kerana menumpang kuasa politik yang tertubuh di Semenanjung ini selama 62 tahun yang lampau. Maka apabila hilang kuasa politik maka hilanglah segala istilah dan propaganda Melayu yang diagung-agungkan dan yang dipertahankan selama ini. Perlembagaan kita sendiri yang mengizinkan. 

Kita pula belajar sejarah yang telah ditapis dan diedit oleh pihak penjajah, maka paradigma pemikiran kita telah pun diacu dan ditentukan sejak dibangku sekolah lagi. Agak sukar mengubahnya. Tertanam dan terpasak diminda, bermula kerajaan Melayu 1404 dan tumbang pada 1511 (walhal yang ditawan hanya pelabuhan Melaka sahaja). Dan hari ini kita bersusah payah menegakkan Ketuanan Melayu dan bukan Ketuanan Sebenar yang telah dipadam oleh Inggeris.

Realiti Konsep Bangsa Malaysia
Makin hari makin jelas, nama Melayu hanya bertahan kerana sistem pemerintahan yang ada sekarang. Jika sistem ini dibubarkan maka terkuburlah Melayu seperti di Pulau Pinang dan Singapura.

Itulah realitinya Konsep Bangsa di Malaysia ini, yang menurut arwah Tun Razak masih baru, yang mulanya bernama bangsa Malaya akhirnya bangsa Malaysia. Tiada terselit pun kisah bangsa Melayu melainkan bahasanya, yang nampaknya bakal terpinggir dipenghujungnya cerita.

Justeru, ke mana  Bangsa Melayu bila konsep Bangsa Malaysia di implementasikan sepenuhnya? Menang Sorak Kampung Tergadai.

ps: Di Afrika Selatan, menurut seorang pensyarah jemputan, Melayu digelar Malayan.

Read full post »

Isnin, Ogos 18, 2008

Foto Vintage: Dato Harun Idris

1 comments

Diri Kiri-Kanan : Attendant (Atd)No Name, Atd. Ahmad, Assistant Nurse (AN) Hasnah, AN Kamaladevi, Staff Nurse Sharifah
Duduk Kiri-Kanan: Atd. Jalil, Dato Harun, Atd.Kana

Foto: Wad 7 HKL
Date : Circa 80s

Who is Dato Harun?

Dato' Seri Harun bin Haji Idris (22 December 1925 – 19 October 2003) was a Malaysian politician. He was born in Selangor, Malaysia. He worked as a field officer with the publicity department until 1948, when he was appointed District Officer for Gemas and Tampin, in the Malay Administrative Service.

In March 1964, having won the State Assembly seat for Morib, Selangor,[1] Dato Seri Harun was elected to the Umno Supreme Council and served as Selangor Umno liaison chief from 1964 to 1976. From 1964 to 1976, Dato Seri Harun was appointed the eighth Chief Minister of Selangor,[1] after Datuk Abu Bakar Baginda and he was the longest serving Chief Minister of Selangor, holding office for exactly 12 years, until his resignation in April 1976. From the early 1970s until 1976, Harun was the Head of Umno Youth and Supreme Council member. He was then expelled from UMNO and charged with corruption by the government, due to his abuse of state funds.[2]


What was he famous for?

Harun's career was marred by the May 13 racial riots, which had been triggered by a political rally held at his residence in the national capital of Kuala Lumpur. Harun, who was perceived as a proponent of ketuanan Melayu (Malay supremacy, although this exact phrase was not in use at the time), had seen UMNO suffer several losses in the Selangor State Assembly due to the 1969 general election. After the opposition held a victory rally, UMNO leaders called for a retaliatory rally to be held on May 13 to "teach the Chinese a lesson". The discipline of party members soon broke down, and the rally turned into a riot which lasted two days and cost at least 180 lives.

Harun's role in the riot is not exactly clear. Although the rally was to be held at his house and then parade around the town, it has been claimed by some — including a member of the opposition in the state assembly and Parliament at the time — that Harun was too pre-occupied with trying to form a new state government to have given much thought to the rally, although it is not denied that he approved it. It has also been claimed that during the riot, Harun sheltered some Chinese who had been forced into the mosque he attended by the rioters.[3] There are also accusations that the Malays who gathered at his house were supplied with knives and machetes.

[Lagi]

-------------------------------------------------------------------

Nota Penulis:

Karier politik Dato Harun habis dicantas pada zaman Tun Razak. Alasannya mudah, Dato Harun telah menyalahguna tabung Bank Rakyat semasa menganjurkan perlawanan boxing diantara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Negara, June 1975. 

Tapi yang sebenarnya adalah kerana pada zaman itu populariti Dato Harun melebihi dari Tun Razak, Ketua Pemuda la katakan. Tun Razak suruh resign cara hormat pegi keluar negara tak nak. Melawan. Tak lama lepas tu Tun Razak pun arwah - 1976.

Para pembaca budiman, kerja cantas mencantas dalam sejarah politik 'Melayu Moden' bukan baru, dari dulu lagi dah ade. Kita je tak tahu. Dan sejarah berulang. Dahsyat beb!


Read full post »

Sabtu, Ogos 09, 2008

Harap 'terima mesej'

0 comments
...Syed Hamid berkata, beliau berharap Majlis Peguam menerima mesej yang mahu disampaikan bahawa "ada perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka, malahan diadakan di tempat persendirian."
    
Beliau berkata, kes yang melibatkan seseorang memeluk agama Islam boleh dirujuk ke mahkamah untuk penyelesaian.
    
Mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Majlis Peguam, beliau berkata, kerajaan tidak mahu menggunakan pendekatan undang-undang pencegahan dengan sewenangnya...
    
...Beliau meminta golongan terpelajar seperti Majlis Peguam agar mengambil pendekatan berhati-hati dalam membincangkan itu tertentu seperti isu agama supaya tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan ISA bagi membendung keadaan.
    
Syed Hamid turut meminta umat Islam negara ini tidak mengambil langkah berdiam diri, tetapi sebaliknya perlu menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka. [lagi berita]
Read full post »

Khamis, Ogos 07, 2008

Batalkan Forum Memeluk Islam?

0 comments
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pelbagai pihak mendesak Majlis Peguam supaya membatalkan penganjuran forum awam bertajuk Memeluk Islam kerana ia dikhuatiri menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Badan profesional guaman itu turut dibidas kerana memberi perhatian yang keterlaluan sejak kebelakangan ini kepada isu-isu sensitif yang boleh mengundang syak wasangka.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, jika isu berkaitan agama Islam mahu dibincangkan, ia perlu dibuat antara Majlis Peguam dengan pihak berwajib, bukannya melalui forum awam.

Katanya, perbincangan isu sensitif melalui forum awam itu pada Sabtu ini boleh menyebabkan ada pihak yang berasa marah dan tidak berpuas hati...[lagi berita]

- utusan 7 Ogos 2008
-------------------------------------------------------------------
Komentar penulis:
Teruskan forum ini. Tidak perlu batalkan!

Intelektual dan pemimpin yang benar2 berjiwa mukmin tidak perlu takut dan bertindak defensive dalam hal2 berkaitan dengan agama. Jika mereka puak kafirun ingin berdebat maka kita patut juga berdebat dan menurunkan pakar2 atau ulama2 dalam bidang syariah.

Kita jangan jual murah, asyik mengalah dengan konsep sekular humanism dan cerita2 'human rights', kerana semua konsep ini ciptaan manusia. Jika tidak diambil dari England maka Amirikalah puncanya bukunya dan ijazahnya. Kenapa perlu takut sedangkan kita ada senjata ampuh iaitu kitab Suci Al Quran dan Hadis. Mereka ada apa?

Bila sudah ada penerangan dan perdebatan yang difahami oleh semua kaum maka jangan lagi ada pihak2 yang cuba mempermainkan Islam, kerana selepas ini tidak perlu lagi bertolak-ansur dengan golongan2 freethinker ini jika berkaitan dengan akidah. Buang masa sahaja.

Sudah 50 tahun merdeka inilah masanya kita perlu tegas. Walaupun agak terlewat-kerana mereka sudah semakin berani. Silap pemimpin terdahulu juga. Mentaliti Acuan British.

Oleh itu dengan apa yang berlaku hari ini, jangan pulak nanti bila dah 100 tahun merdeka, umat islam caca marba...masjid jadi muzeum, surau jadi tok kong, madrasah jadi gereja.

Sekarang, jika perlu dirombak perlembagaan maka rombaklah. Tetap dan tegaskan hak2 agama Islam terhadap penganutnya. Jika ada kelemahan dari perlaksanaan Islam dalam perlembagaan yang sedia ada, maka perbaiki dan kukuhkannya. Kita mesti mengambil kesempatan ini sebaik-baiknya, kerana mereka sudahpun membuka ruang dan tawaran untuk mendengar kebenaran yang hakiki.

Itulah gunanya Islam-Melayu-Islam-China-Islam-India-Islam-Siam-Islam-Filipina-Islam-Indonesia dan sebagainya, bergabung menegakkan ketuanan agama, bukan menegakkan ketuanan bangsa. Tak faham lagi...?

Kembali, agama Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain memeluknya. Tetapi ini tidak bermakna boleh masuk keluar sesuka hati. Ini agama ada peraturan. Berlembut biarlah bertempat.

Mungkin 'orang-orang' didalam Majlis Peguam ini merasakan diri mereka besar dan sudah pandai; mungkin pandai dalam skop undang2 tempatan sahaja.

Mereka lupa yang Islam itu universal. Undang-undangnya 'complete'. Bersesuaian benar dengan fitrah semulajadi manusia - dari sekecil2 cara potong kuku sehingglah ke sebesar2 hukum kanun jenayah.

Kita mesti fahamkan mereka tentang perkara ini. Dan selanjutnya menyedarkan mereka yang dunia ini siapa punya dan tinggi mana pula langit itu. Jika benar orang2 ini berfikiran terbuka maka kebenaran undang2 Islam tetap akan mereka terima.

Jadi, jika benar mereka ingin membeli- sepatutnya kita pun berani menjual. Harga tetap. Tiada tawar menawar, tiada kompromi dalam nilai agama. Maka lawan tetap lawan, paksa berlengan maka berlengan...
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger